14 December 2007
13 December 2007
21 November 2007
Perhimpunan Aman Bersih
16 November 2007
Demokrasi Cara Malaysia
"This is democracy Malaysian's style. (Ini adalah demokrasi cara
Kata-kata di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut seorang wartawan asing yang terkena tembakan meriam air dan percikan gas pemedih mata. Wartawan tersebut mencari berita untuk Al-Jazeera, sebuah media yang dikenali ramai akan ketelusannya menyebarkan berita-berita sensasi lagi berani. Media inilah yang bertanggung jawab menyiarkan footage-footage Usama bin Laden.
Dan pada satu masa dahulu media ini juga amat dipuji ketelusannya oleh pemerintah
Dengan membenarkan pejabat Al-Jazeera beroperasi di negara ini, pihak pemerintah mahu dunia melihat bahawa negara Malaysia adalah jagoan negara membangun yang membenarkan “ketelusan” beroperasi di Negara ini. Pemerintah juga mahu dunia melihat bahawa
Tetapi situasi yang berlaku di negara ini, seperti yang dilaporkan oleh Al-Jazeera English Edition pada hari Sabtu yang baru lepas menunjukkan ketidak telusan pemerintah. Kejadian perhimpunan rakyat aman dan cara polis mengendalikan para demonstran amat memalukan.
Ini ditambah dengan gelagat "lucu" Menteri Penerangan
Hamish MacDonald, wartawan dari Al-Jazeera itu secara tulus menyampaikan berita untuk tatapan jutaan penonton. Seperti Al-Jazeera suasana itu dikongsi bersama oeh BBC, CNN dan beberapa lagi agensi berita antara bangsa seperti AP, AFP, Reuters dan lain-lain lagi.
Jika Al-Jazeera mengelirukan rakyat, maka samalah juga keadaannya dengan BBC, CNN, AP, AFP, dan Reuters. Mungkin ada "konspirasi peringkat tertinggi", untuk membunuh imej negara terutamanya parti pemerintah. Mungkin. Tak masuk akal.
Di sisi lain pula, media arus perdana seperti mahu bersekongkol dengan parti pemerintah; menutup apa sebenarnya yang terjadi Sabtu lepas. Jumlah yang menghadiri perhimpunan itu kata mereka 4 ribu lebih orang sahaja, sedangkan laporan dari akhbar-akhbar dari luar negara mengatakan menurut laporan polis seramai 30 000 orang dan menurut BERSIH pula 40 000 orang menghadiri perhimpunan raksasa itu.
Betul kata Prof Dr. Hamdan Adnan, sikap ketidak telusan hanya akan menyebabkan masyarakat pembaca akhbar tidak akan membeli akhbar atau pergi ke sumber alternative lain. Seperti yang terjadi ketika pada zaman reformasi 1998. Kredibiliti akhbar dalam melaporkan hal sebenar diragui.
Dan situasi pada masa kini seakan membenarkan Indeks Kebebasan Akhbar RSF (Reporters Without Borders) yang meletakkan
Apa yang terjadi Sabtu lepas, merupakan lubang kubur yang sudah siap digali, tinggal hendak memasukkan jenazah ke dalam kubur. Mahu dibawa beramai-ramai ke bawah, ke dalam kubur atau mahu sahaja jenazah menggolek-golekan diri, turun sendiri ke dalam kubur -- namun ia pasti sukar dilakukan atau boleh sahaja tidak mungkin dilakukan.
Jangan pula jenazah itu demokrasi, demokrasi yang gagal untuk marak di rantau ini atau sahaja ke alam dunia membangun atau dunia ketiga. Walaupun gagal untuk marak, namun ia tetap berkembang pesat; nyaris ada dunia siber ini. Pihak pemerintah mungkin boleh mengharamkan kritik kepadanya tetapi di dunia siber ini masalah jurisdiksi menjadi penghalang.
Dunia sekarang berteraskan demokrasi yang mementingkan hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan lain-lain. Gelombang kuning Sabtu lepas mengisyaratkan kepada yang berkenaan bahawa demokrasi
14 November 2007
ZAM ZAM ALA KAZAAM
Baik volunteer letak jawatan sebelum kamu DIPECAT!
13 November 2007
Kreatifiti
07 October 2007
Budak Tua SMCKK 97
02 September 2007
Pak Khalid berbicara tentang negarakuku
30 August 2007
MERDEKA
Cubalah perhatikan kemampuan anak bangsa Malaysia mencapai kedudukan tertinggi dalam pelbagai bidang, nilai-nilai intelektual sebenar anak bangsa dan lain-lain kemampuan yang tidak boleh diukur dengan mana-mana tahap ketinggian, kebesaran, kejauhan atau kecantikan-kecantikan yang terzahir.
Tanya pada diri kita adakah cukup rasa merdeka kita dengan mengibarkan bendera sahaja. Atau belayar sekeliling dunia. Atau berenang di lautan luas. Atau menciptakan sajak bertemakan tentang hari Merdeka. Atau menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Dan jangan kita lupa hari ini, bahawa ada seorang lagi yang lebih penting jika hendak dibandingkan dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir.
Datuk Onn bin Jaafar. Pemimpin yang kerap kali disisihkan pada hari yang mulia ini.
Datuk Onn adalah pemimpin perintis kemerdekaan, cuma beliau mati dalam pihak opposisi. Beliau juga telah mendepani masanya, mengilhamkan bahawa penting wujudnya satu parti pelbagai kaum, UMNO tetap dengan parti berteraskan satu kaum, tidak bersetuju dengan apa yang beliau cadangkan.
Langsung beliau keluar dari UMNO, menubuhkan parti pelbagai kaum -- parti IMP (Independence Malayan Party).
Beberapa orang lagi lagi yang patut kita ingat ialah Chin Peng, Rashid Maideen, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh. Mereka berjuang, tetapi dengan cara yang agak berlainan.
Bagi yang sudan terkorban kita hadiahkan al-Fatihah.
Bagi mereka yang lahir pada zaman pasca 31 Ogos 1957 berhati-hatilah, kalau dulu penjajahnya berkulit putih, tetapi kini, penjajah zaman kini menyerupai muka-muka kita.
Selmat Hari Kebangsaan ke 50!
Federal Reserve Unit atau Unit Simpanan Persekutuan
Dalam padang pun diorang nak buat hal!
22 August 2007
Undang-undang
Ok. Aku rasa sudah masanya kita beralih kepada satu sahaja jenis undang-undang. Seelok2nya kita ikut sahaja kata Prof Ahmad Ibrahim, satukan sahaja undang2 common Inggeris dan undang2 syariah. Kita ujudkan Undang2 Common Malaysia.
Segala masalah dalam undang2, kita rujuk kepada Undang2 Common Malaysia, yang mana di dalam Undang2 Common Malaysia adalah terdiri daripada Undang2 Common Inggeris dan Undang2 Syariah.
Dengan itu mahkamah kita akan menjadi satu. Tiada lagi masalah pertindihan kuasa mahkamah.
07 August 2007
Fokus III
Ingat lagi aku, waktu tu aku nak ambil peperiksaan SPM. Paman aku - seorang motivator bebas yang terkenal - menasihatkan aku tentang betapa pentingnya fokus. Dia membuat perbandingan dari filem Robin Hood (lakonan Kevin Costner) untuk mengingatkan aku bahawa fokus ini tersangatlah penting.
Katanya, "cuba kamu bayangkan, Robin Hood nak panah ke sasaran, tiba2 Lady Marion datang dan meniup akan telinganya. Fokusnya ke sasaran lari. Habis tersasar jauh anak panahnya."
Dia berkata lagi, menerangkan, "tengok betapa pentingnya fokus. Walaupun Robin Hood itu seorang yang pakar memanah, tetapi bila fokusnya terganggu atau diganggu, panahannya juga akan tersasar.
Ya, walaupun Robin Hood seorang yang pakar bermain alat panah, tetapi dia juga pasti akan tersasar jauh panahannya, jika tiada fokus.
Tapi sayang aku tak pegang kata2 paman aku itu. Aku tak fokus dalam pembelajaran. Akibatnya aku kena dismiss dalam pengajian aku.
Aku tertanya2 jugak, kenapa orang lain boleh fokus, tapi aku tidak. Ntah.
Ada orang tu pegang jawatan presiden dalam lebih 3 persatuan sukan. Sekarang ni kejar satu jawatan dalam satu persatuan sukan yang besar. Boleh jer dia control.
Mungkin agaknya dia lebih hebat dari Robin Hood yang dilakonkan oleh Kevin Costner yang kerap kali dikisahkan kepada aku oleh paman aku untuk mengingatkan aku tentang peri pentingnya "fokus".
Kini aku sudah belajar dari kesilapan aku. Jadi sebelum orang lain hilang fokus, lebih baik tetapkan satu fokus saje.
01 August 2007
Menteri dilarang pegang jawatan dalam persatuan sukan
PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan arahan supaya Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen tidak lagi boleh memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said di Kuala Lumpur hari ini. - Bernama
31 July 2007
Mungkin tersilap agaknya... - Adlan Razak
SHAH ALAM - Seorang pensyarah undang-undang di sini hari ini mengeluarkan pendapat bahawa Raja Petra Kamaruddin mungkin tersilap dalam menyatakan pendapat tentang masalah jurisdiksi internet.
Menurut Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam artikelnya di Malaysia Today, yang berjudul "A comedy of errors, ""Let me put it another way," I told the police. "Sodomy is a crime in Malaysia and you can get sent to jail for nine years for the crime of sodomy even if you are a Deputy Prime Minister. In England, men can marry men and you will even receive a congratulatory message from the British Prime Minister. So, sodomy is not a crime in the UK and you do not go to jail.""
Raja Petra Kamaruddin juga berpendapat bahawa Akta Hasutan Malaysia tidak boleh dikenakan ke atas dirinya. Ini kerana baginya, blognya itu adalah "rakyat negara luar", maka undang-undang Malaysia tidak tertakluk pada blognya.
Dalam pendapat ringkasnya Adlan Razak ketika dihubungi wakil RK berkata, "[s]aya rasa RPK silap buat kenyataan agaknya, sebab kita masih boleh memastikan jurisdiksinya dalam hal ini. Cumanya kita nak [cuba cari] bukti sama ada yang dia boleh atau tidak mengawal komen-komen yang muncul di blognya."
Dalam perkembangan berkaitan, Rosli Ismail seorang penulis dari web berita AgendaDaily.com menulis di dalam artikelnya yang disiarkan di blog Malaysia Today, berjudul "Raja Petra cetuskan persoalan besar" bertarikh 27/07/o7, berkata, "[s]eorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kedengaran bertanya rakannya, "Katakan seorang pelancong asing datang ke Malaysia dan melakukan jenayah membunuh orang di sini apakah dia tidak tertakluk di bawah undang-undang Malaysia atas alasan dia bukan pemegang paspot Malaysia." Rakannya yang kelihatan mengaru kepala menjawab, "Kita selalu dengar orang asing dihadapkan ke mahkamah di sini kerana buat salah."
Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam artikelnya berjudul "Jangan tutup pintu 'Ijtihad' IT negara!" pula mengatakan bahawa "...perkara yang sedang diujikaji dan tindakan ke atas Raja Petra itu sebagai cubaan terhadap kekebalan undang-undang negara ini dan sejauh mana universal bidang kuasanya. Adalah dipercayai undang-undang yang diujikaji ke atas fenomena ini ialah seperti Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama-sama kita tunggu apakah Raja Petra akan disabitkan dengan mana-mana akta berkenaan." -- Zulfikar Samsuri
28 July 2007
Jurisdiksi II
Ketika ini, masih terngiang-ngiang suara salah seorang penceramah seminar "cyber-terrorism" di Hotel Nikko, Kuala Lumpur sekitar lebih kurang 5 tahun sudah. Sekali lagi masalah jurisdiksi (jurisdiksilah bukan juriprudence!) di sebut. Dan aku tertanya-tanya, adakah para bloggers terjamin kebebasannya.
"Okay, now I will make that statement. Malaysia Today’s domain name is registered in the UK," I told the police. When you click on the domain name malaysia-today.net you are sent to the server of the registered IP address in that domain name. Our server is in Singapore. But what you see is only the front page. Then you choose which item on the front page you want to read and you are sent to the blog. The blog sits in the US. When you post a comment it goes straight to the blog. For all intents and purposes, Malaysia Today is a foreign website and not a Malaysian website. We therefore do not come under Malaysian laws."
"Let me put it another way," I told the police. "Sodomy is a crime in Malaysia and you can get sent to jail for nine years for the crime of sodomy even if you are a Deputy Prime Minister. In England, men can marry men and you will even receive a congratulatory message from the British Prime Minister. So, sodomy is not a crime in the UK and you do not go to jail."
"In short," I summed up. "Your Sedition Act is valid only in Malaysia and not outside Malaysia. So you cannot impose Malaysia's Sedition Act on Malaysia Today which resides outside Malaysia. I can actually tell you to go to hell and that I will not waste eight hours answering all your questions. But I do not want you to think I am sombong so I was prepared to spend eight hours with you answering all your questions as I know you have a job to do and it is not your fault."
25 July 2007
Lojik Akal
Tetapi jauh di sudut hati aku tertanya2 jugak, "kenapa Muhammad berdakwah dengan tiada diberikan kepadanya mukjizat. Melainkan ayat2 suci al-Quran".
Umat Muhammad sudah tidak boleh terima [ya, wajib bagi kita untuk mempercayai mukjizat nabi2 terdahulu yang tertulis dalam al-Quran] air lautan yang terbelah atau tongkat bertukar jadi ular atau semua air menjadi darah atau membuati kapal apabila dunia tenggelam dek banjir besar atau dinaikkan ke langit dan diganti dengan 'judas'.
Dan lagi aku terfikir jugak 'qiyas' itu, apa?
Maksud Qiyas [seperti yang aku galicari, di Wikipedia Free Encyclopedia], "[a]ccording to this method, the ruling of the Quran and sunnah may be extended to a new problem provided that the precedent (asl) and the new problem (far) share the same operative or effective cause (illah). The illah is the specific set of circumstances that trigger a certain law into action. Both Sunni Islam and Shi'a Islam share Qur'anic interpretation, the Sunnah, and Ijma' (consensus) as sources of Islamic law, although the two sects differ significantly with regards to the manner in which they use these sources. The sects also differ on the fourth source. Sunni Islam uses qiyas as the fourth source, whereas Shi'a Islam uses 'aql (intellect). Other methods of deducing the law, such as mafhm al-nass (the clear implication of the text), tamthil (similarity or likeness), istihsan (juristic preference), or istislah (consideration of public interest), either explicitly rely on qiyas or use methods of analysis that are similar in their approach to qiyas."
Ijtihad?
Lojik akal yang bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Bolasepak
Sehingga semalam masih hangat lagi, isu yang diperkatakan rakyat negara ini. Isu bolasepak negara. Atau lebih tepat sekali, isu maruah bolasepak negara.
Rakyat negara ini mempekatakan tentang isu ini, berikutan kekalahan [kalah hi5 2x] di kejohanan Piala Asia, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah bersama. Situasi itu sangat mengaibkan.
Kekalahan skuad bolasepak kebangsaan dikatakan bagai menconteng arang ke muka seluruh rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja. Arang yang dicalit ke muka, amat busuk lagi membusukkan dan kotor lagi mengotorkan.
Paham maksud aku?
Kesalahan atau kelemahan yang dibuat sering, diperkatakan. Yang terdengar suara kutukan, cemuhan dan kejian. Jarang sekali kedengaran suara kritikan membina. Atau paling kurang suara kejian membina.
Tak paham lagi?
Betul kata Ibrahim Saad, ramai rakyat Malaysia yang ingin jadi hero. Hero dengan menghentam orang, tanpa perlu membina.
Malaysia diletakkan di dalam grup 'maut'. Dengan pasukan lain seperti China, Uzbeskistan dan Iran menjadi anggota lain grup tersebut.
China dah beberapa kali masuk World Cup. Begitu juga dengan Iran. Terdapat seorang atau dua dari skuad China beraksi untuk kelab Liga Perdana Inggeris [EPL]. Iran pun sama, ada seorang dua bermain di kelab di Eropah. Uzbekistan pula, sebuah negara baru dari pecahan Soviet, sememangnya umum tahu, merupakan salah satu dari kuasa besar bolasepak sebelah sini Asia.
Bagi aku, kalah 5-0 atau 5-1 sememangnya pantas buat Malaysia. Tetapi, jika boleh buat upset adalah sesuatu bonus untuk negara.
Janganlah nak diperbesarkan perkara yang kecil. Kalau kau malu [tambah lagi kalah ketika mejadi tuan rumah], baik kau persalahkan siapa yang melobi untuk menjadi tuan rumah atau siapa yang meletakkan Malaysia sebagai tuan rumah.
Kalau Persatuan Bolasepak Malaysia [FAM] yang melobi, persalahkan mereka. Jika Gabungan Bolasepak Asia [AFC] yang meletakkan Malaysia sebagai tuan rumah bersama dengan tiga buah negara lain, persalahkan AFC.
Jangan cuba 'point your fingers' pada budak-budak bola Malaysia. Sudah, cukuplah, moral mereka dah jatuh. "Mental down," kata Hardi Jaafar [salah seorang pemain pasukan bolasepak negara] ketika menjadi panel rancangan Fokus Bola, tarikh 21/707, di RTM1.
Letak saja sesapa, pasti moral down. Macam mana moral tak down, habis dihentam semua. Masuk pasukan negara, ada 'azab' baru muncul. Kena hentam, sampai lumat. Tak bermaya.
'How come' bolasepak negara nak maju.
Tukarlah administrasi. Tukarlah jurulatih, physiotherapist dan pengurus. Atau tukar saja semua pemain. Tak guna.
'Moral' pemain juga harus dijaga.
Siapa mahu jaga.
Rakyat Malaysia yang minat sukan bolasepak dan mahu saksikan sukan bolasepak kita 'standing on the eye of the world'.
21 July 2007
Malaysia negara Islam! No lah...
"No lah, Malaysia negara sekular," kata MCA.
Kalau mengikut Prof Shad Saleem Faruqi (mengikut kata anak kuliahnya - Mat Jan) di dalam dunia ini hanya ada empat buah negara yang sekular.
Empat buah negara ini, jelas di dalam perlembagaannya tertulis bahawa mereka adalah negara sekular.
Empat buah negara itu ialah negara Turki, India, Amerika Syarikat dan Israel. Tiada nama negara Malaysia. Justeru, tidak betullah kata-kata dari MCA itu.
Tetapi, tunggu sat. Adakah DSNR betul, Malaysia ini sebuah negara Islam.
Kalau mengikut kepada definisi yang dibawa oleh Maulana Sayyid Abul A'la Mawdudi, beliau mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya terletak pada Allah SWT.
Dar al-Islam (negara Islam) mementingkan Allah sebagai penentu syariat yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Menurut laman web Minda Madani oleh ABIM, "para fuqaha membuat kesimpulan bahawa penafsiran negara Islam dan bukan Islam itu terdapat dua pandangan iaitu: Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan pelaksanaan shariat Islam. Kalau tidak ia bukannya negara Islam.
"Pandangan yang kedua berdasarkan majoriti penduduk Muslim dan keamanan negara Islam. Berdasarkan pandangan yang kedua ini yang mengatakan bahawa negara Islam berasaskan unsur majoriti penduduk Muslim dan keamanan maka ia merupakan sebuah negara Islam sckalipun shariat Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya.Ini merupakan pandangan sebahagian para fuqaha kini termasuk Abu Zahrah."
Pada detik ini aku bersetuju dengan pendapat Dr. Chandra Muzaffar dalam Malaysiakini. Di dalam artikel bertajuk Malaysia: A secular or Islamic state? beliau mengatakan bahawa, "[jika] ditakrifkan menurut undang-undang serta politik, negara ini merupakan negara sekular, namun dalam masa yang sama ia tidak mengabaikan hakikat bahawa negara ini telahmenjalankan fungsinya pada bahagian yang 'tidak sekular', terutamanya dalam tempoh masa tiga tahun kebelakangan ini."
18 July 2007
Friday the 13th
Tambah-tambah lagi kalau tanggal ke-13 itu jatuh pada hari Jumaat.
Orang-orang di sebelah sana sehinggakan dinasihat supaya duduk di rumah sahaja, kerana pada hari itu dikatakan jumlah kemalangan meningkat dan jumlah kemasukan ke hospital meningkat.
Namun kesahihannya dan bukti menurut data lengkap tidaklah diketahui.
Pada masa kini, pada zaman sains dan tenologi ini, kepercayaan karut marut ini, semakin ditinggalkan oleh masyarakat dunia.
Jika ada peristiwa buruk yang berlaku, kita tidakmenyalahkan pada tanggal, melainkan ia hanya kebetulan sahaja.
Di Malaysia, kepercayaan ini tidak begitu popular.
Tetapi pada hari Jumaat sudah, 13 Julai 2007, seorang warganegara Malaysia bagai ditimpa dengan sumpah 'Friday the 13th'.
Juga pada hari itu, masyarakat siber dan para bloggers, turut mengalami nasib yang sama.
Tetapi aku percaya warganegara Malaysia itu, masyarakat siber dan para bloggers di negara ini akan menganggap apa yang telah berlaku cuma kebetulan sahaja, tiada kaitan dengan sumpah tarikh keramat itu.
Dikatakan, penahanan beliau hanyalah disebabkan dari arahan Johari Baharum yang mengarahkan polis untuk menyiasat blog-blog dan web-web yang mendedahkan tentang kes rasuah yang melibatkannya.
Dikatakan juga, selain sebab di atas beliau juga turut ditahan untuk tujuan menakut-nakutkan penulis blog yang lain.
Aku percaya jika kerajaan melakukan intimidasi untuk memomokkan penulis-penulis blog yang lain, usaha itu akan jadi sia-sia.
Kerana aku percaya lagi bahawa, saban masa akan lahir penulis-penulis blog yang baru.
Jika ada seorang Nat dipenjarakan, pasti akan bangun beribu-ribu Nat lagi.
"Ada hikmah, semangat tambah kuat", seperti kata-kata oleh Nat sejurus selepas dibebaskan (seperti yang dipetik dari blog Anwar Ibrahim 3.5).
01 July 2007
Arahan jangan siar tentang pembangkang: Ini buktinya
“Adalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen-stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Dr Halim Shafie dalam surat bertarikh 7 Jun lalu. “Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa akan datang,” tambahnya. Menurut surat itu lagi, mereka diminta melaksanakan serta merta arahan tersebut. Halim tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai arahan tersebut.
SKMM adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, mempunyai kuasa untuk mengawal perkara berkaitan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia, termasuk stesen radio dan televisyen swasta serta lamanweb internet. Bidangkuasanya merangkumi urusan pelesenan stesen radio dan televisyen swasta. Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Dr Halim Man.
Semalam, stesen televisyen swasta, ntv7 menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa ia telah menerima arahan supaya tidak menyiarkan komen pihak pembangkang. Rabu lalu, Ahli Parlimen DAP, Tan Kok Wai memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau telah mendapat maklumat dari sumber yang layak dipercayai mengenai arahan tersebut. Beliau menyifatkan arahan itu sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap parti-parti pembangkang. -- malatsiakini.com
29 June 2007
Najib dilihat bersama Altantuya
Jun 29, 07
Seorang saksi rakyat Mongolia memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia pernah melihat gambar Altantuya Shaariibuu sedang makan bersama dengan seorang pegawai kerajaan Malaysia bernama Najib Razak.
Burmaa Oyunchimeg (left), yang juga dikenali sebagai Amy, memberitahu mahkamah bahawa Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar tersebut sekembalinya dari Perancis.
Dipercayai pegawai kerajaan Malaysia dalam gambar tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Razak Baginda. Abdul Razak kini menghadapi tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, 28.
Burmaa, 26, menyebut mengenai gambar itu ketika disoalsiasat oleh Timbalan Pendakwaraya, Manoj Kurup. Bagaimanapun, apabila dia menyebut mengenai gambar yang menunjukkan Altantuya sedang makan dengan Razak dan seorang ‘pegawai kerajaan’, pihak pendakwa beralih kepada soalan lain.
Kira-kira 20 minit kemudian, Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya, memohon kebenaran mahkamah untuk bertanya mengenai gambar tersebut.
'Sama nama'
Ia dibantah oleh pihak pendakwa dan berlaku pertikaman lidah berhubung sama ada soalan itu relevan atau tidak. Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yusni membenarkan permohonan Karpal itu.
Karpal kemudiannya bertanya kepada Burmaa apakah yang terdapat dalam gambar tersebut. “Dia (Altantuya) sedang makan bersama Razak (Baginda), seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain,” jawabnya.
Karpal kemudian bertanya mengenai identiti pegawai kerajan itu dan Burmaa menjawab: “Saya ingat namnya Najib Razak, nama mereka sama. Saya bertanya kepadanya (Altantuya) sama ada mereka bersaudara.”
Ini mencetuskan satu lagi pertikaman lidah antara Karpal dengan pihak pendakwa. Menurut pihak pendakwa, Abdul Razak dan Altantuya bertemu pada 2004 dan menjalinkan hubungan, ketika mana Razak memberi wang kepadanya. Selepas mereka berpisah setahun kemudiannya, Razak dikatakan terus memberi wang setiapkali diminta oleh Altantuya. Tetapi tiada lagi pembayaran dibuat tahun lalu, menyebabkan Altantuya tidak puashati dan datang ke Malaysia pada bulan Oktober lalu, kata pihak pendakwa.
Mayat Altantuya kemudiannya ditemui diletupkan di sebuah kawasan di Shah Alam, selepas dia dibawa pergi dari luar kawasan rumah Abdul Razak pada pertengahan Oktober lalu.
Di kandang tertuduh ialah Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.
Abdul Razak, 46, pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam melakukan pembunuhan itu.
Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dihukum mati. -- malaysiakini
19 June 2007
Blog dan masa depan negara
Ingat lagi dulu waktu mula-mula buat 'gathering (berhimpun)' secara tak rasmi. Waktu itu kami 'berhimpun' tak ramai -- aku, Mat Jan, Lan, Zairi, Nett, Ijah, Aquil, Zira, P-nut, Peaquor, Rudy, Fajar dan Fuad.
Selepas 7 tahun, kini penulis blog sudah mencapai angka beribu-ribu orang -- dengan terwujudnya dua fraksi utama; Geng Jurnal (GEJU) dan Bloggers United (yang aku ketahui, aku percaya ada satu dua lagi fraksi yang tak dikenali ramai).
Kita harus akui perkembangan pesat blog.
Baru-baru ini seorang timbalan menteri mendesak supaya semua penulis-penulis blog mendaftar nama mereka. Tidakan ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai cara kerajaan mengawal rakyat negara ini -- dengan alasan bahawa takut jika penulis-penulis blog, ada yang menyalah gunakan ruang untuk mereka menulis.
Lagi, Menteri Penerangan Datuk ZAM menyarankan kepada Malaysia bahawa blog harus diklasifikasikan; yang mana blog elok dan yang mana blog yang suka menyebarkan fitnah.Mungkin pihak pemerintah menyangkakan mereka mungkin dapat mengawasi kesemua gerak geri rakyat; sehinggakan di ruang maya ini -- kata seorang ahli politik pembangkang -- mereka mahu mengawasi rakyat.
Dalam artikel yang bertajuk "[k]erajaan tewas dalam 'perang siber'?" tersiar di mStar pada 3 Ogos 2006, pemilik blog ScreenShots Jeff Ooi dan pengendali Malaysia-today, Raja Petra berkata kepada penulis artikel tersebut, "[b]erbeza dengan laman-laman web pro-Reformasi yang tidak dikenali, blog sekarang ditulis oleh beberapa penulis yang dikenali ramai, kalaupun tidak berpengaruh. Teknologi untuk membangunkan blog kini jauh lebih mudah berbanding laman-laman web Reformasi."
Nampaknya masa depan negara kini, terletak pada blog dan melihat kepada perkembangan blog kini aku yakin bahawa pemerintah masa akan datang perlulah kuasai blog untuk terus berkuasa.
21 May 2007
Letup [tebabo]
Itu En Adlan punya pendapat.
Tapi aku rasa pendapat En Adlan tak apply kat aku. Aku tak fikirkan soal duit (pegang duit pun aku tak). Apa tah lagi fikir soal perempuan. Jauh sekali (aku tidak ada teman istimewa, nak mengorat kat bus stand pun aku dah tak sempat).
Mungkin aku bukan lelaki.
Ermm... helo, aku still lelakilah.
Cuma sekarang di benak fikiran aku, ligat fikirkan soal Altantuya dan kaitannya dengan TPM Najib Tun Razak. Tidak mungkin ada kaitan, pasal Najib masa PRK Ijok itu hari dah nafikan senafi nafinya. DSAI saja buat kenyataan tu, untuk modal politik dia.
Tapi statement oleh Stev Sharibu, yang mempersoalkan keputusan DNA yang dibuat ke atas anak Altantuya, Altanshagai bagai menyokong pendapat DSAI yang juga turut mempersoalkan mungkinkah ada kaitan Najib dengan isu ini.
"Is someone lying again?" Stev Shariibu.
Adakah ada orang yang menipu, macam Jepun yang menipu Melayu semasa memulakan penjajahan yang berlaku selama lebih kurang 4 tahun di Malaya.
Atau macam PKM ditipu Inggeris, melatih PKM untuk melawan Jepun tetapi akhirnya Inggeris memerangi PKM.
11 May 2007
Tak suka
Semalam aku ada terjumpa dalam satu blog, (kepunyaan bekas wartawan Malaysiakini), Susan Loone. Katanya dalam blog itu dan memetik sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bapa Altantuya, Stev Shariibu.
"Mr Stev Shariibuu had issued a press statement questioning the "police source" on the result of the DNA "confirming" that the four year old Altanshagai, is the son of the deceased's ex-husband, a Mongolian (Bernama story).
"I was also doubtful about the story and asked "Is someone lying again?", knowing damn well that it couldn’t be possible to produce such results when the test was not done." -- Susan Loone
13 April 2007
Botox lagi [tanpa ada botox]
Tapi menteri yang handle potfolia sukan dan belia lagi hebat, Puteri yang pakai kain warna pink [dan kadang2 Jilbab juga warna pink] jadi tak boleh bergerak disebabkan dia dah tak jadi ketua Puteri. Aku rasa menteri yang jaga potfolio pelajaran patut rasa malu, pasal kementerian bawah dia tak seaktif kementerian bawah pimpinan mantan Ketua Puteri.
Untuk melihat dengan lebih dekat apa yang dikatakan dengan Zombi Kg Pisang, lihat ini:
TRAILER ZKP:http://www.tayangan unggul.com/ v2/movie1_ player.html
POSTER ZKP:http://www.tayanganunggul.com/v2/index.php?module=ContentExpress&func=display&ceid=269
12 April 2007
Tujuh
Lepas satu, satu. Lepas satu, satu lagi. Sampailah ke angka tujuh.
Main rasuah kot. Hebat betul. Unbelievable, macam yang aku kata kat awal [nota] ni. alau rasuah kena panggil BPR, baru diorang ada kerja. Taklah mengangkang, letak kaki atas meja sambil tengok tv kat dalam pejabat ataupun melencong ke tempat lain bila buat kerja luar.
Eh.. BPR tu bukan Badan Pencegah Rasuah maksud aku, tapi Bank Pembangunan Rakyat yang duit faedahnya diguna untuk membesarkan perut yang sudah sememang besar kerana terlalu banyak minum kopi.
Tapi mungkin tidak.
Urusan malam tadi tiada rasuah. Comfirm.
Mustahil ada rasuah, kalau seorang yang sampai kat situ perutnya kempes; macam tayar basikal yang habis angin atau pancit atau pancat.
Lagi pun mana kau tahu urusan tu ada rasuah. Agaknya kau tak lihat muka mereka sorang2 serius semacam. Kecuali sorang jer, muka dai tak serius.
Tapi munkin juga adanya rasuah. Tapi, tak percayalah.
Tak percaya apa?
Tak percaya aku diorang ambik rasuah.
11 April 2007
Jurisdiksi
Eh kalau tak silap aku lagi, yang haramkan benda alah tu; majlis fatwa kebangsaan, kalau kau tinggal kat sempadan siam sana nu dan kau jadi warganegara sana dan kau pula suntik botox kat muka kau, majlis fatwa kebangsaan tak berhak atas kau.
Masalahnya sekarang jurisdiksi.
Juga kalau kau taip kat kampung kau; contoh, kat Kg Talang, menggunakan blogspace nu sana dari India dan terpapar kat contohnya kat wilayah Laya Thailand. Jadi masalah timbul kat sini, juga masalah jurisdiksi. Undang2 manakah aka digunaka, Malaysia, India atau Thailand.
Jadi kesempatan ni, eloklah digunakan oleh semua blogger2 kat seluruh dunia. Kutuk dan makilah kerajaan kau kat mana yang ada.
Tapi aku tak tau lah sama ada kat Malaysia ni ada undang2 untuk menyekat semangat yang berkobar2 para blogger.
Adakah masalah jurisdiksi ni akan terus memenangkan para blogger? Aku pun tak de jawapannya; pasal aku dismissed law. Anda yang membaca entry ini dinasihatkan supaya tidak percayakannya 100%
09 April 2007
Kudung
Diam saja Pak Guard tu. Agaknya dia takut akan aku. Misainya tebal; "ular sawa" macam nyanyi P. Ramlee dalam cerita Labu Labi. Tapi aku heran, kenapa dia ada janggut; bukankah nak jadi Pak Guard kena cukur janggut.
Kalai dia cukur janggut tentu muka dia tak hensem; paling kurang muka dia sekarang macam pemain hoki negara - Azlan Abu Bakar.
Tiba-tiba terdengar akan bunyi bom di dekat tempat Pak Guard tu berdiri. Langsung secara automatik dia melompat ke arah jalanraya. Kebetulan pula ada sebuah lori yang lalu kat situ. Nyaris dia sempat elak lori tu. Tetapi, habis, kakinya kena langgar. Langsung juga kakinya terputus.
Dia pengsan.
Sedar2 dia ada kat hospital. Ada misi Cina berpakaian seksi, sdang merawatnya. Alangkah bagusnya, kalau lori tu dapat langgar aku berkali-kali. Fikirnya.
Setelah lebih sebulan kat hospital, dia pun dibenarkan pulang. Sebelum dia pulang, dia sempat mintak nombor fontangan misi yang berbangsa Cina itu. Katanya, misi Cina tu mampu mengisi masa kosong, yang mungkin terluang akibat kakinya yang terputus -- banyak aktiviti rutinnya, terpaksa ditinggalkan.
Di rumah, dia tinggal sorang2. Jelas, memang, hidup dia selalu sepi. Jadi dia habiskan masanya yang kosong itu, dengan menalipon misi yang berbangsa Cina itu. Dan dia tak dapat tolong, misi itu tidak mengecewakan.
08 April 2007
Ingat Balik II
Pasal apa?
Tak, yah bagitahulah. Yang penting, lagu tu buat aku ingat kat dia.
Pada hal dia ingat kat orang lain bila dengar lagu tu. Aku pulak ingat kat dia.
Tadi, aku dengar lagu tu. Langsung fikiran aku langsung kembali ke kenangan indah kami berdua.
Nyanyi bersama sampai embun pagi keluar, lepak kat mamak sambil tengok filem hollywood letup-letup gedebum gedebam, lepak kat Syed, Khalifah, Dharoos; tak tau apa yang kami sembangkan dan tidur oops....
Tak, tak. Bukan yang itu, tapi yang ini yang lain.
Sumpah.
Tiada apa2 antara kami; tidak sampai melahirkan anak luar nikah yang tak sempurna macam anak arwah Altantuya.
Tuduh menuduh Altantuya tak pernah habis. Dan mungkin tak akan habis. Macam2 gosip ditimbulkan, yana malas aku nak dengar adalah gossip yang mengatakan ada orang besar terlibat.
Aku tak percaya.
Aku yakin orang besar kat Malaysia ni baik2 belaka; tak ada apa yang besar melainkan perut mereka bertambah besar. Dan perut mereka besar kerana mereka terlampau banyak minum kopi. Kembong, sampai nak tengok kaki sendiri pun dah tak nampak.
Esok, ada rumah yang dah siap..... Tapi bunyi tukul, pahat dan gergaji tak berhenti.
07 April 2007
06 April 2007
Orang kata
Aku cuba.
Aku tutup dua biji bola mata aku. Tetapi, pintu hati aku tak terbuka.
"Anak, kamu kena buka mata. Kalau tidak jalan kamu tak betul; masuk lubang, terlanggar tiang," suara orang tua tu kuat. Hampir semua orang yang ada kat situ dengar.
Tak lama lepas tu, aku buka mata aku. Aku beristighfar. Rupanya aku mimpi.
05 April 2007
Ina II
Hahaha.
Itu belum Mawi lagi. Kalau tak, dia, aku rasa cakap, "alahai Pika, kenapa?"
Ntah. Kenapa ntah. Aku pun tak tau sampai sanggup buat kerja macam tu. Aku cakap aku tak suka benda tu, aku gelakkan Ina buat. Tapi aku macam tak sedar yang aku sendiri dah buat benda yang aku tak suka.
Ina mengingatkan aku, yang aku banyak buat benda yang aku sendiri nak buat. Tenungan Ina macam beritahu aku, "sudahlah.. cukuplah.."
Ini bukan soal akidah, tapi soal politik.
Tak akan selamanya Ina dan Mawi berpisah. Aku yakin. Aku percaya. Mereka akan bersatu juga. Dan pada saat itu, kita akan saksikan di mana dua orang anak felda akan dijadikan komoditi hiburan yang tak terkira keuntungannya.
Er.. er.. kalau mereka berpisah sehingga akhir hayat, maka tak bolehlah nak "live happily ever after."
04 April 2007
Ina
Tapi belakangan ni aku suka cara dia jawab press. Lebih meyakinkan.
Er... er... tentang dia sebagai komoditi hiburan; aku no komen.
Secara tak sedar, aku dah buat apa yang aku tak suka -- kipas angin menghala kepada aku, sampai aku sesak nafas. Dan lagi aku amat benci kepada mereka yang menghantuk kepala ke dinding ketika perayaan Thaipusam -- orang pecahkan kelapa.
Nampaknya aku nak kena groom. Groom sampai boleh jawab press dengan bagus. Taklah, "saya teringat, Mawi ajak saya pergi Karaoke nyanyi lagu ... " Er.. er.. lupalah lagu apa.
Alah, relaxlah sis, Mawi bukan seekor. Itulah ayat klise yang selalu kita bagi apabila menyenangkan hati kawan yang baru putus cinta.
Mari Ina menari. Bak kata M. Nasir dalam lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta, "menari, kerana [ke]kasih ada di depan... "
Dulu aku ada kawan, nama dia Lina. Kalau boleh dan mampu aku nak sangat ajak dia menari.
Ingat balik
31 March 2007
Pulangkan Fantasi IV
Kadang2 klip vdo ada naratif. Dan naratif untuk klip vdo ini, berjalan bersama lirik lagu. Memang cinta selalu Tak Ada Logika macam kebanyakan klip vdo, selalu tak ada logika.
Mamat yang aku terbayang sebagai diri aku sendiri tu sebenarnya berpakat dengan kawan2nya, buat akal belasah aku. Dan kau, yang aku bayangkan sebagai Agnes Monica bersusah payah lalu pelbagai rintangan untuk datang selamatkan aku.
Tapi itu cuma dalam klip vdo.
Dalam dunia sebenar aku tau, aku takkan jadi macam mamat yang kena belasah tu; pasal setakat ni, aku ingat aku tak ada musuh yang betul2 musuh. Dan kau pulak tak kan jadi macam Agnes Monica. Pandai menari macam2 step yang Tak Ada Logika.
Sayang, bayangan tu tak kekal lama. Dia menghilang dibawa asap rokok. Dan sejurus ada budak bagi tau aku, "bang, jangan merokok kat sini."
"Urmm..."
28 March 2007
Kroni Cikkiah 2000
Kroni Cikkiah 2000
26 March 2007
Pulangkan Fantasi III
Aku rasa menyesal sangat, itu hari aku tak belanja kau. Boleh pulak, kau yang belanja aku. Apa jenis jantan aku ni.
Tengok wayang; duit kau. Makan minum; duit kau. Sampaikan beli seluar dalam aku pun [boxer - ya aku pakai boxer, baru berangin sikit], pakai duit kau. Kau bukan tak tau, duit gaji aku masuk lambat. Dah tu pulak, masuk gaji sikit; aku terpaksa ambik advance. Tengah bulan itu hari, aku sesak; banyak nak pakai duit.
Mak aku mintak duit, suruh baiki mesin basuh yang sudah pakai lebih 10 tahun. Kalau aku tak baiki, nanti aku jumpa kau pakai baju tak basuh.
Maafkan aku keadaan aku tersepit masa tu. Bukan, bukan tersepit macam kau sepit ibu jari kaki kau dengan penyepit baju, tapi tersepit; sesak duit; aku perlukan duit masa tu. Aku tau semua ni silap. Betul aku tak patut ambik kesempatan atas kau. Tapi aku tiada niat.
Sekarang kau, entah ke mana. Kadang2 rindu jugak kat kau. Rindu time jalan2 kat Jalan TAR dan Jalan Masjid India, tengok teater kat Actor Studio, lepak kat taman KLCC dan hantar kau naik bas kat CM.
24 March 2007
Gua
Beberapa hari sudah aku tengok Panggung Perdana RTM 1. Zakaria Yusuf, Mubarak Majid, Normah Damanhuri dan Ahmad Marbawi ada berlakon. Gelak Zakaria Yusuf boleh lawan dengan gelak Salleh Kamil atau gelak Omar Rojik.
Panggung Perdana RTM 1 tengah malam tu plotnya adalah tentang sebuah gua lama yang ada di dalamnya tinggalan berharga harta karun. Dua orang penyalidik; Jalil [Mubarak Majid] dan Osman [aku lupa nama betul dia] bersama dengan Khalid [Zakaria Yusuf] terperangkap dalam gua tu.
Osman mengenang semula kisah Ashabul Kahfi yang pernah diceritakan oleh ayahnya [Ahmad Marbawi]. Jalil pula bermimpi; didatangi oleh orang tua yang alim dan mirip mukanya. Ia seperti melambangkan dirinya sendiri. Orang tua itu berkata bahawa yang kekal hidup hanyalah dua orang. Seorang lagi akan duduk di dalam gua itu selamanya.
Oleh kerana kisah Ashabul Kahfi dan mimpi itu, pertentangan pemikiran terjadi.
Antara Osman dan Jalil yang percaya kepada takdir, metafizik, dan Khalid yang berfikiran sebaliknya. Dari satu sudut betul cara berfikir Khalid tapi dia punya arrogant + gelaknya boleh menjadikan wataknya suatu watak antagonis yang baik.
Akhirnya Jalil selamat. Khalid bertukar menjadi gila. Dan Osman mati.
Kesemua pelakon2 telefilem itu sudah beransur tua [Eh.. Zakaria Yusuf mana ek]. Mubarak Majid masih muda remaja lagi masa tu. Normah Damanhuri, masih anak gadis lagi. Ahmad Marbawi masih ada lagi.
Zakaria Yusuf kali terakhir aku dengar cerita, dia ambik exam sijil insurans tahun 1990 an kot kat ITM. Kakak aku yang cerita.
22 March 2007
RAT
Bukan pasal Nia Radhani berlakon [watak baiknya dalam drama ini boleh bikin hati penasaran kalau nak dibandingkan dengan watak jahat yang absurd dan kadang2 lawak -- lebih lawak dari Senario].
Bukan pasal drama ini bukan soap opera [opera sabun]. Ya, aku tak minat sangat opera sabun, nak2 pulak yang panjang meleret-leret.
Drama dari MD Entertainment memang aku perhatikan, ada gerak kamera yang sama. Plotnya pun bagai baru direka pada hari penggambaran. Opps, diulang; BAGAI. Padanlah penulis skenarionya tak pernah menang kat penganugerahan Piala Vidya -- pecahan untuk Festival Filem Indonesia bahagian sinetron di tv.
Drama RAT jugak tak ketinggalan punya gerak kamera yang sama, mimik muka melampau -- takde orang lain lagi jahat melainkan dia dan plot yang merapu.
Tetapi aku tengok jugak drama ni pasal ada nama watak dia sama dangan nama aku. Bagi orang2 yang berkenaan bila tengok drama RAT, ingat2lah kat aku.
21 March 2007
Pulangkan Fantasi II
Aku perhatikan macam wajah dia. Kahwen pun nak masuk paper. Apa?! Kahwen?!
Sekejap tu jugak aku rasa jantung aku jatuh; berkecai-kecai jadinya. Aku rasa macam dunia berhenti sekejap; menangisi rasa aku. Chewah...
Aku memang tunggu2 saat dan tika ini. Tak sanggup lagi aku nak biarkan bayangan kau terus membayangi. Aku tahu kau hebat. Hebat sangat. Cara kau tebar roti canai memang aku tabik.
Berapa orang dah kau kalahkan untuk sampai ke tahap ini. Cuma yang aku tak faham, macam mana kau boleh kahwen dengan dia. Sumpah, aku tak kenal dia.
Mungkinkah dia jugak hebat menebar roti canai macam kau. Atau dia boleh buat lawak, sampai kau terguling2 jatuh dari katil. Atau juga mungkin dia boleh bagi teka teki kat kau sampai kau tak dapat nak jawab dan kau tak sedar air liur kau jatuh meleleh macam air mata yang meleleh bila tengok filem Sembilu II itu hari.
Aku percaa kau tak pilih dia sebab rupa. Rupa aku lagi kacak kalau nak dibandingkan dengan rupa dia. Mungkin kau pilih dia sebab poketnya kembong; kembong dengan duit syiling satu sen.
Aku tetap tak puas hati.
Masih.
11 March 2007
Pilih Memilih
Pak Lah melalui Rais Yatim kata kerajaan akan dedahkan 18 kes rasuah melibatkan mereka yang berprofil tinggi.
Kalau tak silap aku kerajaan baru dedahkan lebih kurang 3 - 4 kes saja. Maknanya kalau kes yang baru ni diambik kira, baru 5 - 6 kes.
Aku tau aku dulu masa form five taklah terer sangat math. Tapi tetap aku boleh kira lagi. Uik. 1, 2, 3 .... baru 5 - 6 kes. Kata 18, mana lagi 12 - 13 kes.
18.
18.
Mungkin lagi 3 - 4 kali pilihanraya kot baru diorang nak reveal.
10 March 2007
KJ
Dia punya 'hantu' dah mai.
Tengah nak mahu ni, orang pujilah. Dah tak mahu nanti, siap sedialah kau dengan pelbagai macam kejian.
Pengalaman aku pergi ke stadium dulu, jelas macam2 orang cakap kat dia. Berat Punggung. Malas. Tunggu bola. Dll.
Macam aku cakap tadi. KJ. Stand for Khairi Jamaluddin ataupun Khalid Jaafar. Ataupun boleh juga, untuk Kamaruddin Jaafar. Kalau ditambahkan AKJ, boleh digunakan untuk A Kadir Jasin.
KJ [dalam bola] menolong Perak mengalahkan Brunei DPMMFC, dengan 3 -0 -- menjaringkan satu gol. Lepas ni lawan dengan N9. Lan, Perak leading M-League.
09 March 2007
Kaki Panjang, Tangan Pendek
Sejak Man U menang (dgn aggregat 2-0 ke atas Lille. Glory, glory Man U!) semalam, aku tertanya-tanya jugak mana perginya radio buruk kat rumah aku. Tah2 mak aku dah campak kat "parit ban" belakang rumah.
Hari ni, nampak ada benda baru kat rumah aku.
Aku dah takde selera dah nak cuba2 benda baru.
Biarlah. Bila masa dah tiba nanti aku cubalah. Buat masa ni, elok tengok gelagat orang dah pakai benda tu. Anak2 sedara aku, kalau cuba benda tu dan benda tu rosak, aku tempikkan saja. Baru depa tau, sape bapak sedara depa.
Hari ni aku pergi Unit Fisioterapi, Hospital KK. Dah dekat 2 tahun dah aku pergi-balik (tiap2 minggu) kat situ. Aku pun tak tahu sampai bila aku kat situ. Aku agak misti terapis ngan misi ngan attendance, dah jemu dah tengok muka aku.
Sebenarnya, aku dah discharged dah daripada unit tu. Tapi bapak aku (yang sebenarnya aku sendiri nak teruskan rawatan kat situ, memandangkan kalau aku tak pergi ke situ, aku nanti tak buat apa2. Dahlah malas!) nak lanjutkan sampai aku betul2 elok.
04 March 2007
Man U
02 March 2007
Love Story
Ayahnya Phill Cavalleri,"maksud kau, tentang semua tuhan."
Cuma dengan bapak Oliver Barrett IV sahaja mendapat tentangan -- langsung tak bertegur sapa bapak dengan anak -- tetapi tidak dengan Phill Cavalleri yang nampaknya menerima dengan terbuka tentang isu kebebasan beragama atau tidak beragama.
Aku boleh pulak tak tengok lagi cerita ni. Eh.. kau, kata agung cinta kau. Tapi tak tengok lagi Love Story.
Aku dapat SMS sehari sebelum tengok filem tu. SMS tu berbunyi, "apsal ko tergerak hati nak tengok citer tu, citer cinta agung." Aku jawab er er er.. SMS takde salinan kan, aku lupa.
Cuma endingnya tak terkesan, Albert Hiller [pengarah filem tu] bagi aku gagal merakamkan satu detik tragis romans seperti percintaan Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater -- ingat tak lagi babak di hampir akhir filem tu, rose berpisah dengan jack kerana terpaksa melepaskan jack jatuh ke dalam laut, membeku.
Tak adil rasanya aku, meletakkan filem Love Story ini sama tinggi dengan filem Titanic -- yang tajaan belanjanya yang begitu banyak. Tetap Love Story pada zaman itu boleh dibanggakan. Ali McGraw dan Ryan O Neal memang pantas untuk digandingkan bersama pasangan "u jump i jump", Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio.
Filem terbitan tahun 1970 itu, hanya memakan masa selama 99 menet, kalau nak dibandingkan dengan Titanic iaitu sebanyak 194 menet.
01 March 2007
SMS
Awal jugak dia bangun. Siap2 nak pergi kerja. Kot.
Aku ingat SMS apa? Risau jugak kalau2 ada berita. Nak2 lagi kalau berita tak menyenangkan.
SMS tu buatkan aku termenung. Langsung aku tak tidur jadinya [biasanya lepas sembahyang subuh aku tidur].
Yang boleh aku balas; "semalam kau rapat dengan aku, hari ni tak lagi"
Accident
Mentang2ler aku ni budak muda, ingat aku merempit aper? benda yang paling aku tak suka dan mungkin selamanya tak suka ialah bunyi motor. Rumah aku tepi jalan. Kalau sekali diorang rem boleh bingit telinga.
Ingat dulu masa kat S Alam, aku pun bawak moto tak ingat punye tp moto aku bukan moto bikin.
Ada sekali tu aku terbabas kat tengah jalan raya. Abis moto kawan aku. Masa tu baru abis hujan. Licin. Gagah jugak nak ker Dharoos. Makan sekeping capathi n segelas kopi ginseng n sebatang rokok Gudang [Garam].
Nikmat. [nikmat masa tu, kesannya dapat sekarang]
Kudung II
Semalam lepas baca entry MJ, timbul semula 'storyboard' skrip tu dalam kepala.
Aku cuba nak siapkan seawal-awalnya bulan 8 ni.
p/s - korang ada kenal mana2 Yam, bagi aku satu.
Kudung
------------------------------------
KUDUNG TANGAN KANAN
Minggu lepas aku chat dengan dia di YM. Bersungguh-sungguh dia bercerita tentang teater "Mayat" arahan Ijat yang baru ditonton di Unisel.
Pika mengingatkan aku pada Mat Som. Watak penulis sambilan karya Lat. Seperti Mat Som, Pika ada "Pak Samad"-nya: Rom di ROTTW, serta Khalid Jaafar dan Mustaqeem di IKD. Kalau Mat Som mendengar puisi tengah padang dengan Tongkat Waran dan konco-konconya, Pika pula dengan APUKE (Acara Baca Puisi Keliling) bersama Komunite Seni Jalan Telawi. Mat Som penulis sambilan di akhbar, Pika di majalah dan tabloid. Tulisan Pika keluar dalam Tamadun, Siasah, Akhbar Mahasiswa, Al-Islam, dan ROTTW. Cumanya, Mat Som ada Yam, Pika belum bertemu Yam-nya.
"Hang tak mau tulis teater pulak ka? Mintak Ijat arah," aku tanya Pika. Ijat, kawan kami, pensyarah kejuruteraan di sebuah IPT, juga dua kali Pengarah Terbaik Pekan Teater Johor. Kami kenal Ijat ketika selalu lepak di cyber cafe Amang."
Ada dalam perancangan. Teater aku tu bertajuk 'Penulis Kudung Tangan Kanan'," jawab Pika.
Tak. Bukan kisah penulis yang kudung tangan kanan secara fizikal. Tetapi kisah penulis berhaluan kiri. Baru-baru ni aku dapat khabar sedih dari Zumir. Pika masuk wad. Kalau aku sebut apoplexy atau CVA (cerebrovascular accident) kau mungkin ternganga, jadi aku sebut angin ahmar atau stroke. Pika kena stroke.
Bayangkan kau, seorang yang aktif, tiba-tiba pada suatu pagi bila terjaga dari tidur, kau dapati sebelah kanan badan menjadi berat. Kau tak berdaya menggerakkan tangan atau kaki kanan. Sebelah kanan tubuh kau lumpuh.
Kau masih sedar dan faham percakapan orang, tapi tak berupaya melakukan aktiviti harian seperti memakai baju, makan, mandi dan ke tandas. Semalam kau boleh berdikari, hari ni kau bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.
Stroke berpunca daripada arterosklerosis. Kepada mereka yang bukan adik doktor, "arterosklerosis" itu bermaksud pembuluh darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak tersumbat, atau pecah. Ini menyebabkan bekalan darah ke otak terputus dan sel-sel otak menjadi rosak.
Bila sel-sel otak rosak, fungsi otak terjejas. Otak tidak boleh menerima atau menghantar pesanan daripada atau kepada anggota lain. Kau lumpuh separuh badan dan pertuturan kau tak jelas. Orang yang menghidap sakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis serta orang yang merokok berisiko diserang stroke.
Empat tahun aku tinggal serumah dengan Pika di Shah Alam. Pika memang sakit jantung. Dia sering mengadu rasa lemah, letih dan pening kepala. Bagaikan tajuk teater dalam perancangannya - "Penulis Kudung Tangan Kanan" - begitulah keadaan Pika sekarang. Pika lumpuh sebelah kanan dan hanya mampu menggerakkan anggota badan sebelah kiri.
Pika, aku harap kau sabar menempuh dugaan ini. Tuhan bersama orang-orang yang sabar. Aku di Kedah, belum berkesempatan melawat kau. Tahu keadaan kau pun dari mereka-mereka yang sudah melawat kau. Minggu ini aku ada urusan di Shah Alam. Sudah pasti aku akan ke Hospital Kelang melawat kau.
Hanya simpati dan doa dari aku. Semoga kau cepat pulih. Amin.
---------------------------------------------------
Terharu aku. Aku rasa tiba2 awan hitam ada kat atas kepala aku. Ia tutup matahari. Dan ia tunggu masa nak hujan.
Berikut pulak entry dari blog Lan jugak kira2 3 tahun sudah. Bertarikh 6/8/2004
----------------------------------------------------
mengikut kata Zumair, ceritanyer begini:
pagi rabu (dlm kol 1) dia tengah basuh baju bila diserang migrain. bebudak ni ingat migrain biasa sebab dia memang selalu kena. dia terus masuk tido.
pagi, masa Zumair nak pi kelas, depa tengok dia dah teruk. dia muntah-muntah kat tilam. Meor (bukan Meor tokei yea!) ajak dia pi klinik. dia tolak. dia kata petang nanti.
petang, dia tak bole cakap & gerak. bebudak ni ingat dia bergurau, jadi bebudak ni gelak-gelaklah. bila tengok dia memang sakit betul-betul, bebudak ni bawak pi hospital. dalam kol 7-8 malam, dia dimasukkan ke wad. badan sebelah kanan tak bole gerak.
SEMALAM
lepas keje, terus pi Klang tengok Pika. nak kata ok, tak jugak le. dua-dua tangan kena ikat sebab takut dia beralih. kalau dia beralih takut dia jatuh atau cederakan diri sendiri. Pika kena puasa sebab dia takde tenaga nak menelan makanan. kalau kita bagi makan pon, dia kan muntahkan balik. sebaik dia ade tenaga, baru dia bole makan.
anggota belah kiri saje yg bole digerakkan. mata,tangan,kaki. Pika bole berkata-kata, tapi pertuturannyer kurang jelas. dia mendengar apa yang kita katakan. dia kenal sapa yang melawatnyer.
Pika hanya terbaring statik. sesekali dia akan mengalihkan badannyer kerana lenguh. Megat, Meor, Sham dan Mak Pika ade semasa Lan sampai. Megat bawak sekali member dia. pompuan. cun! best! mantap! kirim salam kat dia ye Megat!
Wak pon datang. (Mat Jan, Wak CC Amang) Ayie, sepupu Pika pon datang lepas tu. Ayie pernah serumah ngan kami dulu.
dari apa yang Lan baca kat hospital, ramai diantara kita yang berpotensi diserang strok. macam Pika, dia ade kemungkinan kerana jantungnyer memang ade problem.
tapi kata doktor, jantung Pika ok. depa takut ade problem ngan otak.
selain jantung dan otak, kencing manis, darah tinggi, stress, merokok(tiidaakkkkk!!!) juga bole menyebabkan strok.
oo! tau apa makna strok? dalam bahasa senangnyer, serangan angin ahmar dan kecacatan otak.
sesama kita doakan Pika cepat sembuh. sesapa nak melawat, Pika di Hospital Klang, wad 8B.
--------------------------------------------------
Mendung hitam tadi ....
Terima kasih Lan [yang banyak kali datang jenguk aku] n Mad Jan [yang sanggup singgah jenguk aku]. Yang lain tu aku nak sangat berterima kasih, tetapi aku tak sanggup tertinggal nama kau. Kau tahu siapa kau.
26 February 2007
Delete Yourself
Perbuatan ini seperti membunuh diri. Boleh saja membunuh diri secara nampak [yakni, terjun dari tingkat 49 sebuah bangunan tinggi atau menikam diri sendiri dengan pisau yang mak kau gunakan untuk potong daging atau ambik razor blade kemudian toreh kat tangan -- kat urat nadi kat tangan, tak kiralah tangan sebelah kiri atau sebelah kanan atau lain2 method membunuh diri].
Atau juga kau boleh membunuh diri secara tak nampak [yakni, 'mematikan' diri kau yang lama, bertaubat atas segala kesalahan yang telah kau buat].
Kalau kau percaya dengan reinkarnasi kau juga mungkin percaya pada diri yang baru, sikap dan sifat. Biar aku lanjutkan lagi penjelasan aku, sikap dan sifat baru atau boleh juga dikatakan sebagai penghidupan baru.
Aku pernah beberapa kali cuba mendelete diri aku sendiri.
Hasilnya?
Aku berjaya, tapi, dalam jangka masa tak sampai beberapa minggu 'penghidupan aku yang lama' datang balik. Agaknya aku tak percaya pada reinkarnasi. Kepercayaan yang sangat diimani oleh penganut ajaran Tuan Guru Gauthama Buddha.
Eh tengok tak citer Little Buddha. Tah tah kau ni reinkarnasi Tuan Guru Gauthama Buddha tak. Terbayang aku kat Patung Buddha tokong mini yang ada kat Kedai Wong sebelah rumah aku.
24 February 2007
Situasi II
Fast Food
Aku ingat lagi, masa tu aku Matriks Law ke Part 1 Degree ke. Aku cadang nak bomkan (buat demo ke, jahanamkan restoran dia) McD Seksyen 3 -- cadangan gurauan. Tu nak menunjukkan yang aku benci sangat fast food sampai aku memulaukan, tak nak makan fast food. Benda yang buat aku bencikan sangat dengan fast food pasal ketidak berkhasitannya, pernah dua tiga kali naik court dan fast food jugak adalah lambang kepada ideologi maha jijik-- kapitalisma.
Tapi as time goes by, aku semakin flexible.
Aku kemundian mahu makan segala macam lambang kapitalisma -- MNC KFC, McD, Pizza Hut dll. Semuanya dengan alasan [aku bersetuju dengan alasan-alasan kau MJ] nasi dan lauk pauk kat Mamak sgt mahal. Lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan apa yang ditawarkan di restoran2 fast food. Lebih baik makan fast food.
Poket selalu kempes beb.
Lagi satu, pasal setiap kawan [perempuan] aku layan benda ni (Aku ramai teman tapi mesra). Minah KFC dekat CM tu, dah kenal dah aku.
Bila keluar jer, "aku tunggu kat McD CM." "Saya tunggu kat KFC Pudu."
Dan last lagi satu, pasal aku sekarang ni bukan lagi orang kiri yang benci sangat pada kapitalisma. Er.. er.. aku bukan orang kiri, tapi aku jugak bukan orang kanan. Hei.. sekarang ni dah lepas zaman cold war dah. Kiri atau kanan, hati kau tetap di tengah, otak kau tetap di atas.
Beberapa hari lepas ada ura2 [ura2 tu dari RTM] suruh hentikan iklan2 fast food di tv.
N
23 February 2007
Loghat Peghak For Dummies
1. Te[r]bongeh - terbuka, terdedah
contoh ayat; Jangan dibiorkan pintu tu te[r]bongeh. Nanti ada oghang masuk.
2. Be[r]gedup - tertutup, tidak dibuka
contoh ayat; Bukakkan pintu tu bagi angin masuk, jangan dibiorkan be[r]gedup aje. Nanti cahaya matahari tak masuk nanti.
3. Kembang - selain daripada membesor, ia jugak bermaksud basah, digenangi ayor.
contoh ayat; Habis kembang karpet ni. Dah ler kamu baru main ayor, nak masuk lak sini.
4. Tumpo[r] - mati, maut, kalah
contoh ayat; "Habihler, tumpo[r]ler aku. Kalau Peghak tumpo[r] malam ni. Aku pun tumpo[r] sama," kata Steve Darby, ketua coach Peghak.
5. Mengunja[h/s] - kayuh, menapak dengan jarak yang jauh.
contoh ayat: Penat jugak aku mengunjah! Berpeluh la jugak.
p/s - Vovin, Jiwarasa, darling Kak Pinat AKA Abang Meor tolong betulkan kalau aku ada buat silap.
22 February 2007
Doa
Selain daripada tu banyak yang aku tak suka. Kalau kau percaya akan akhirat kau misti percaya pada skenario yang tidak happy ending. Aku percaya yang kebaikan dan kejahatan pasti punya balasan. Tetapi aku jugak percaya bahawa kebaikan dan kejahatan atau unsur Malaikat dan Setan tidak semestinya akan dibalas di dunia -- melainkan alam yang satu lagi.
Lagi, aku tak suka gerak kameranya. Sama seperti BPBM, drama tu jugak selalu close-up ke muka sambil mata terbeliak-beliak. Dan mengilai-ngilai gelak -- gelak jahat atau gelak Salleh Kamil. Gelak yang sengaja dibuat-buat.
Tapi tetap drama tu punya pengajaran, tema atau pengajarannya simpel -- berdoalah kamu, nescaya doa itu akan bawa keajaiban. Doa merupakan senjata paling ampuh manusia.
Cuma banyak perkara yang seperti diwujudkan secara tiba dan ramai watak yang hilang juga tiba2. Namun turning back pemeran patutlah dipuji. Aku dapat kenal pasti dua tiga watak yang 'turning back. Dari watak jahat berpusing 360 darjah ke watak baik tak ingat. Ada jugak tu, aku ingat dah pusing 360 darjah dah jadi baik, tapi watak jahatnya tetap terus ada.
Drama tu memulangkan fantasi ke dalam naskah drama, filem, soap opera, cerpen dan novel. Imajinasi dan fantasi amat dibutuhkan untuk menghasilkan sesebuah naskah. Kadang fantasi akan mencabar logis.
Pada kita -- penonton -- akhirnya sesebuah naskah itu akan dihidangkan. Dan pada kitalah tergantung cara penerimaannya. Walau tak logis kita harus terimanya.
Tapi aku suka lagu drama tu.
18 February 2007
Cabaran Bah Muzik Indonesia
17 February 2007
Cawat Besi
Walaupun aku rasa berhak untuk cakap soal ni, tapi aku jugak rasa tak berhak -- pasal aku bukan wanita. Aku rasa cuma wanita jer berhak cakap, pasal saranan tu untuk wanita. Tapi kalau aku tak berhak, Datuk Abu Hassan Din pun tak berhak untuk cakap. Dia dan aku mungkin berhak untuk cakap -- tapi yang berhak untuk terima sudah tentu kaum wanita.
Eh.. kalau jadilah pakai cawat besi, nak pakai cawat brand apa ek? Avon, Leno, Triumph, ape lagi ha..? (Aku tau cuma tiga ni.)
Wo... kalau kata kejadian rogol meningkat sebab negara ni tak buat hukum hudud, aku leh terima la jugak. Untuk mengelakkan kejadian ni dari berleluasa pakailah hukum hudud/syariat islam. Mungkin hujah itu boleh diperdebatkan -- boleh panggil Astora dgnUstaz MAZA jugak Fathi Aris Omar dan Khalid Jaafar, dipengerusikan oleh Datuk JJ.
Walau apa pun saranan yang diberikan aku rasa, diulangi aku rasa, perkara yang paling utama ialah tabiat/sifat/akhlak/moral kita towards orang lain.
Hei, di Sweden kes rogol dia makin kurang. Aku sure diorang tak buat undang2 hudud/syariat islam pun.
Pulangkan Fantasi
Kau tak macam yang aku sangka. Aku ingat kau seorang tapi aku lihat kau berdua. Dan lagi yang buat aku jelous sangat, itu hari kau pakai baju kurung! Sebelum ni bila saja kau keluar dengan aku, tak pernah pun kau pakai baju kurung. Baju kurung purple pulak tu. Warna rumah sukan aku masa sekolah rendah. Rumah Abdullah.
Aku tak pasti siapa teman kau malam tu. Tapi yang aku pasti kau tetap manis macam dulu. Wajah kau, yang dulunya pernah aku puja tetap aku puja kini. Dan waktu tu, tiba2 kepala otak aku memanggil kembali kenangan manis kau dan aku.
Tak pelah, let bygone be bygone -- oops sorry, aku tak fasih sangat bahasa inggeris, ayat ni pun aku dapat dari terjemahan bahasa inggeris di TV3. Yang lepas biarkanlah lepas. Lagipun dia memang tak boleh terima aku. Pasal aku dulu kawan dengan kawan baik dia. Katanya dia tak nak betray kawan baik sendiri.
Aku sebagai seorang Islam, tambahan lagi seorang manusia, dah jadi tanggung jawab aku untuk senyum. Jadi aku pun senyumlah meleret sampai nampak gigi aku yang dah mula rongak, [syyy!! ni nak bagi tau satu rahsia besar -- aku ni rajin tak gosok gigi!
Tapi yang buat aku sikit bengang masa tu [rasa macam bangang jugak] kau tak balas aku punya senyum. Waktu tu bagi aku, semacam kiamat kecik. Hancur, pecah berderai-derai hati aku ataupun hancur hatiku mengenang dikau menjadi keping keping setelah kau pergi. Tapi bila dengar lagu I Will Survive oleh Gloria Gaynor, Cake juga, dan lagu Loosing My Religion oleh REM bukannya tamat dunia ni kalau aku tak dapat kau. Don't bother. Life Goes On.
Hidup perlu terus.
16 February 2007
Semalam
Kalau kau boleh datang sini -- maksud aku: ke rumah aku, datanglah, boleh tengok kesan gigitan drakula tu. Yang satu dah hilang. Tinggal yang satu lagi. Masih ada, ni.
Tapi disebabkan drakula tu cantik -- dan tersenyum, aku membalas senyumannya. Mulanya nak marah jugak aku. Dahla isap dua liang. Tapi, nyaris drakula tu cantik.
Dia salah isap darah aku, mulanya. Berkali-kali mintak maap.
Aku maapkan dia sambil kata, "dah kerja awak, isap darah orang 'kan.' Dia tersenyum -- manis. Aku pun tersenyum jugak. Meleret.
15 February 2007
Graviti
Aku macam ada kuasa graviti. Menarik objek untuk sentiasa jatuh ke bawah, tidak ke atas. Seperti buah epal dalam situasi Isaac Newton, yang jatuh kena kepalanya. Langsung mendatangkan 'wahyu' kepadanya tentang graviti.
Andaikanlah dunia ini tiada graviti. Tiada kuasa penarik untuk menarik sebarang objek, melekat ke muka dunia. Tentu tiada konsep graviti itu sendiri. Dan bayangkan, jika buah epal dalam situasi Newton itu tidak gugur, maka akan tiadalah juga konsep graviti.
Aku yakin dan pasti, bahawa segala masalah ini juga tidak akan terjadi jika aku tiada kuasa 'graviti'. 'Kuasa graviti' yang memungkinkan aku untuk buat perkara-perkara bodoh, bagai orang terkena ekstasi, tidak sedar akan kepala dibangingkan -- satu dinihari.
02 February 2007
Abnormal
27 January 2007
Ketidak logikan
Malam ni bagi aku biarlah 'game' kebangsaan. Tidak 'game' EPL. MU vs Watford nantilah. Tgk Malaysia vs Singapore. Star Sport ade 'live' tak.
26 January 2007
Belasungkawa IIV
Oshin
23 January 2007
Bencana
Aku tahu. Mati hidup semula pun aku belum tentu dapat tulis sehebat dia. Akan jadi semacam bencanalah pada rakyat Malaysia, kalau aku dapat tulis seperti dia.
Bencana?
Ya, bencana!
Bencana, macam banjir kat Johor. Atau juga macam pesawat terhempas kat Indonesia baru-baru ni. Gerak gempa berlaku hampir setiap hari. Ombak besar di Jogja. Dan tak lupa jugak kejadian mega hebat tsunami, beberapa tahun lalu. Dan juga, flu burung, yag juga menyerang Indonesia.
Bencana, boleh jadi di sebabkan dua perkara. Satu, sebab perbuatan manusia sendiri. Kedua, kerana -- apa yang kebanyakkan kita percaya -- sunatullah. Entry ini bukan berhujah sama ada benar atau tidak setiap bencana itu merupakan balasan dari Allah ke atas setiap perbuatan manusia.
Tetapi entry ini cuma cuba mahu mentakrif bencana dari sudut pandangan aku sendiri.
Diktator dunia zaman dahulu kala, turut membawa bencana ke pangkuan penduduk dunia kurun berkurun. Malah hingga masa kini juga turut ada diktator-diktator dunia yang menggunakan alasan 'keamanan' untuk selamanya membawa bencana. Membawa bencana yang memakan berjuta-juta nyawa.
Adolf Hitler, Bennito Mussolini, Mao Tze Tung, Jeneral Yamashita, Pol pot, Agustin Pinochet dan Saddam Hussein -- hanya menyebut sebahagian kecil nama sahaja -- merupakan para diktator yang menyalah gunakan slogan 'keamanan'. Tak lupa juga diktator yang menerajui Amerika, George W. Bush.
Di sebalik kempen 'War Against Terror,' dia dan seluruh elit rumah putih mengambil alih mengepalai 'terror' membunuh beribu-ribu rakyat dunia. Berapa orangkah yang terkorban di Iraq. Dan Afghanistan sebelum itu. Aku percaya jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah rakyat Amerika yang terkorban akibat bedilan pengganas ke WTC.
Itu semua bencana -- aku tidak cerita di sini buruk dan baiknya tindakan yang telah di ambil. Yang aku ceritakan sekarang perihal bencana itu sendiri.
17 January 2007
Tepen
Pro
16 January 2007
Johor
14 January 2007
Mufti
Aku teringat aku ada tulis pasal Raja Sherina beberapa entry dulu, kali ni aku mintak dia dibebaskan, yang patut ditahan ialah orang yang keluar statement ratusan ribu orang murtad di negara ini.
Dan lagi aku harapkan sempena tahun baru ini kerajaan Perak dapat menggantungkan peraturan pengHARAMan Jom Heboh di negeri Perak.
Isu Semasa
Entah apa tujuan RTM adakan program ini. Jenuh aku cari apa tujuannya. Tetapi RTM mungkin bertujuan yang ini: 1. ingin jatuhkan air muka Dr MAZA. Atau yang kedua ingin menghebahkan pada orang ramai bahawa tidak baik mengendap orang lain bagi tujuan tangkap basah.
Kalau kerana tujuan <1.> memang tepat RTM bawa Datuk JJ bukan Syed Munawar. Aku yakin kali ni macam "debat" kerana Datuk JJ memang berkeboleh men"dictate" hujah orang. Aku tak yakin forum ini untuk tujuan <2.> Kalau untuk tujuan <2.>, RTM boleh saja ambil Syed Munawar [pengacara biasa bagi program Isu Semasa] atau Sabaruddin Ahmad Sabri sebagai pengacara.
13 January 2007
Batu Talam
11 January 2007
Busan
09 January 2007
Dunia Baru
Watak Madihah dalam drama tu buat aku ingat kat kawan lama aku Ekin. Ekincheng. Cakap Lepas. Kasar. Tapi ada jugak orang minat. Termasuklah aku. Ooops... dia dah jadi bini orang dah. Sorry yer Nazri.
Tah. Ke mana tah budak2 Kroni Cikkiah. MJ. Lan. Megat. Malee. Sha. Owin. Ekin. Yang aku tahu MJ dah jd Encik Ed. Malee, plak jd peguam kat Johor. Owin tak abis chambering lagi. Lan keje kat Shah Alam. Megat kejer dgn Petronas kat Sabah. Ekin baru2 ni dapat anak. Dgr citer gak dier skang keje jd cikgu. Cikgu Omputih. KPLI ke Cikgu Sementara ke Cikgu Sandaran ke, aku kurang periksa pulak. Sha pulak, jd peguam kat KL. Betul ke?
Dulu Sha pernah jd Presiden LawSoc[Annahita Bakavoli masa belajar law dulu kat skool aku pernah tanya, 'Bang, camne nak masuk Law Soc?" Aku jawap, "semua budak Law akan jd member LawSoc.] . Jd zaman tu semua aktiviti LawSoc budak2 Kroni Cikkiah pegang. Kiranya zaman tu aku aktiflah.
Macam siri tv Dunia Baru. Budak2 geng DB aje yg masuk teater arahan Madihah. Bila dengar kata2 Opie baru sat td, buat aku ingat kat Kroni Cikkiah, "aku dtg ni sbb ingatkan kawan aje." Cuma DB kali ni tak tunjuk kegilaan Kroni Cikkiah jer -- main boling. Kalau tidak aku boleh kata DB betul2 pernah terserempak dengan Kroni Cikkiah ataupun pernah terlayar dengan blog Kroni Cikkiah.
Yang lepas Law dlm kroni cuma 5 orang, MJ, Sha. Malee, Owin n Ekin. Megat. Lan. Aku. Kantoi. Aku sedar sgt sekerang -- fokus tu penting. Awas kalau hilang fokus. Akan hilang jugak balance. Bila dah takde balance -- senang jatuh!