08 April 2005

Tok Leh

Ketika ini saya sedang mendengar kaset, lagu "Jika Surga dan Neraka Tiada," dendangan Ahmad Dhani dan Chrisye. "Jika surga dan neraka tiada mungkinkah kita aka sujud kepadannya."

Lagu ini membuatkan saya teringat pada seseorang yang saya jumpa lebih kurang lima tahun sudah. Saya berjumpa dengan seorang tua. Namanya Tok Leh. Sedang dia bercakap dengan saya airmatanya mengalir. Sedih. Saya bertanya, "apa yang Tok Leh nangiskan?"

Jawabnya, "Tak da apa. Semalam Tok ada mimpi. Mimpinya indah, tapi...," dia tidak dapat meneruskan percakapannya. Di tenungnya mata saya tanpa berkedip.

Dia menyambung, "Tok bermimpi pergi ke syurga. Tok Leh ada nampak, orang kat syurga bukanlah macam yang kita ramalkan. Orang kat syurga tak de janggut, pompuannya tak pakai tudung, yang masuk dalam tu macam seorang penjenayah."

"Tidak macam tipikal mimpinya," kata hati kecil saya.

Di sambungnya tanpa perlu meminta kebenaran dari saya, "Tok ada juga pergi ke neraka, suasananya kelam kabut tetapi orang-orang di dalamnya berpakaian ikut sunnah dan yang perempuannya pakai tudung." "Tok takut kalau-kalau mimpi tok itu satu petanda. Betul.

"Suasananyapun macam 'real'," makin kuat tangisannya.

Lokasi: suatu tempat di Bagan Serai (di rahsiakan)

Beberapa minggu selepas itu, dia meninggal dunia.