29 June 2006

Brazil bukan tandingan Ghana

Seperti yang kita semua sedia maklum, Brazil merupakan penyandang juara. Sudah dua kali mereka menjadi juara. Jika mereka menang sekali lagi pada tahun ini, maka mereka pasukan pertama menjadi hat-trick untuk menjuarai kejohanan itu.

Lewat malam kelmarin, waktu Malaysia mereka meneruskan perjalanan mereka ke final tanpa perlu berhadapan dengan pesaing yang mantap. Ghana yang baru pertama kali layak, nyata merupakan pasukan kerdil bagi Brazil. Tanpa perlu bermain dengan sempurna mereka berjaya mengalahkan Ghana 3 - 0.

Tanpa kelibat Michael Essien daripada kelab terkemuka Chelsea, jelas Ghana kelihatan goyah di bahagian tengah. Walaupun begitu mereka masih mampu membuat serangan-serangan yang sesekali boleh bikin hati para penyokong Brazil berdebar, tetapi malangnya serangan tersebut tumpul, tiada penyudah dan tidak berkesan.

Ghana yang kalah dengan Brazil tidak dapat memenuhi hajat mereka untuk mara ke suku akhir. Namun pencapaian memasuki pusingan knock out kali ini, memang di luar jangkaan mereka.

Brazil yang menang perlawanan ini, akan bertemu dengan Perancis, di suku akhir. Perlawanan dijangka hebat memandangkan perlawanan itu merupakan perlawana balas dendam bagi final World Cup 1998.

Kita nantikan sahaja keputusannya.