31 July 2006

Lubnan II

Memang perbuatan Israel amat melampau. Tetapi tidakan Hezbullah meninggalkan tanda tanya.

Perbuatan Israel ini seperti membenarkan kata2 oleh band grindcore popular dari New York, Brutal Truth. Kata2 itu juga, adalah tajuk album pertama mereka [yang turut diambil sebagai nama lagu untuk band Malaysia, Protokol]. Extreme Conditions Demand Extreme Responses. Kondisi ekstrim menuntut respon yang ekstrim.

Hakekat ini jugaklah yang turut menghasilkan Hezbullah, Hamas, Jihad Islam atau Brigade Al Aqsa.

Yang jadi mangsa -- kanak2, wanita dan orang tua, di Lubnan. RIP. Di Israel.

Mengutip kata2 Astin, seorang partisipan dalam Milis Islam Liberal. Katanya, "Israel memang bukan negeri lemah, tapi Hizbullah jelas2 memiliki agenda terpisah dengan pemerintahan Lebanon yg demokratis, Hizbullah jelas2 menyerang Israel dengan roket2 jarak jauh yg tidak ditujukan kepada militer tapi ke pertanian2, desa2 dan kota2 Israel dan jelas2 merenggut nyawa sipil Israel."

Terkini.

30 July 2006

Santau

Semalam restoren2 dan gerai2 kat tempat aku buat bacaan Yasin n tahlil n makan free. Puncanya, nak kembalikan ramai orang makan. Ada sesetengah pekedai yang aku jumpa, mengadu diorang dapat kutipan sikit sejak akhir2 ni. Heboh kat tempat aku ni orang mati santau. Semuanya pasal mulut orang. Khabar angin fitnah. Mungkin aku percaya pada santau. Tetapi aku tidak percaya pada khabar angin. Laporan polis, nak dakwa orang yang sebarkan khabar angin tu, dah dibuat. Takde kematian setakat ni. Tak de yang kena santau. Tempat aku ni masih selamat.

29 July 2006

Politik

Aku akui, aku tak tau sangat pasal politik. Sepak teranjangnya. Tepuk tamparnya.

Sebagai akurakyatbiasa, aku juga mengambil tahu serba sedikit tentang politik. Bagi aku yang mentah, situasi ini begitu memualkan. Situasi Dr M yang mahu mencampuri balek urusan pemerintahan. Bukan Dr. M yang aku mualkan tetapi PAS yang seperti mahu berbaik semula dengan Dr M. Mentang2lah Dr M ada modal politik nak kalahkan kerajaan tindakan PAS sama seperti apa yang Ibrahim Ali lakukan.

Pernah dia kata "nak kencing kat kubur Dr M kalau dia masuk balik UMNO." Tengok2 tak lama lepas tu, dia masuk UMNO balik dari Semangat 46 [kalau tak silap aku]. Lepas tu dia tak puas hati dengan UMNO, keluar UMNO balik. Kali ni nak join pembangkang pulak. Takde saper kat barisan pembangkang. Jadi dia bertanding Bebas. Kalah. Leboh.

Sama macam Ibrahim Ali, PAS suatu ketika dahulu bersama2 dengan DSAI mencaci Dr M. Mengutuk.

Bagaimana dengan segala kutukan. Cacian. Yang pernah dilemparkan dahulu kepada Dr M? Bagaimana dengan tuduhan PAS, bahawa Dr M menghina nabi? Dr M zalim, ambil royalti ganti dengan wang ehsan? Dr M membazir, buat Projek Mega?

Aku tak salahkan Dr M dalam masalah ini. Cuma yang aku mualkan PAS. Betul kata orang, politik ini kotor. "Hari ni kita boleh berlawan dengan seseorang tu, esok mungkin tidak."

28 July 2006

Lubnan


Hezbullah bukan tentera Lubnan. Mana perginya tentera Lubnan. Adakah ini cuma suatu strategi. Sepatutnya tentera Lubnan berhak mempertahankan negara mereka dari diagrasi oleh pihak asing. Tindakan Hezbullah menculik peg keselematan Israel serta melarikan diri ke Lubnan, menyebabkan rakyat Lubnan sengsara. Kanak2 tak sempat membesar. Ibu yang mengandung tewas bersama anak yang dikandungnya. Dan orang tua dibunuh sebelum waktunya.

Sokong Hezbullah sokong jugak tapi rakyat Lubnan jangan dilupakan. Pergi demo pergi jugak -- tak kiralah yang sembelih atau tidak, kalau aku turut serta dalam sebarang demo berkaitan isu ini, aku akan tulis pada placard SELAMATKAN RAKYAT LUBNAN dan melaung sekuat-kuatnya perkataan2 tu.

Israel, Lubnan dan Hezbullah II


Fatwa oleh ulama Wahabbi seakan menampakkan sokongan mereka kepada usaha penindasan Zionis di Lubnan. Agrasi yang dilakukan oleh Zionis terhadap Lubnan sememangnya tidak boleh dimaafkan. Dan ulama Wahabbi yang mengatakan "tidak boleh sokong Hezbullah." Untuk rekod: Hezbullah lahir dengan pengaruh dari revolusi Iran. Kaitannya dengan mazhab syiah dan negara Iran memang tidak boleh disangkalkan.

27 July 2006

Belasungkawa III

Buat Hani Mohssein. Moga kau ditepatkan bersama org2 yg sepatutnya. Doakan keamanan ku kat alam yang fana ini. Al - Fatehah juga buat kau. Buat Hani Karmila, bersabar.

Israel, Lubnan dan Hezbullah

Aku mengagumi AS. Bagi aku itulah daerah paling selamat untuk diduduki selain negara Malaysia. Mereka adalah sebuah negara yang tegak mendokong prinsip demokrasi dengan utuh.
Namun akhir2 ini sikapnya bagai menarik balik kekaguman aku itu. Kalau boleh aku katakan sikapnya adalah sikap hipokrit. Pada waktu mereka terus menerus menunjukkan komitmen memperjuangkan demokrasi di seluruh dunia, sikapnya menyokong Israel amat memualkan. Aku andaikan mereka seperti menutup mata sebelah terhadap penindasan yang dilakukan Israel.

Ya betul, Israel kejam. Tetapi ingat, Hezbullah yang mulakan dulu. Mereka culik dua orang pegawai keselamatan Israel. Dan kemudian menyorok di Lubnan. Dan nah! Lubnan jadi sasaran.

Kalau kita nak bertarung pastikan dulu diri kita siap. Siap dengan pelbagai persiapan ie senjata dan ketenteraan. Seperti semalam dalam filem yang ditayangkan kat TV9, Robin Hood the Prince of Thieves. Azeem watak bangsa Morish berkata dengan sinis kepada Robin. "Mereka bukan orang perjuangan," katanya kepada 'thieves' pengikut Robin Hood.

Mungkin betul kata Azeem. Tetapi eloklah kata2nya itu ditujukan kepada Hezbullah. Kalau betul mereka orang perjuangan, serahkan kembali mereka yang ditawan. Ingat lagi ketika Nabi masih hidup. Jiran Yahudi yang melayannya dengan buruk dilayan kembali dengan elok. Dan Saidina Umar ketika menjadi khalifah, membersihkan tempat ibadah orang Yahudi di Jericho.

Tak kiralah kau Syiah atau Sunnah atau Qadariah atau Ahmadiyah yang penting kau mengimani nabi Muhammad. Takkan kau nak terus tengok rakyat Lubnan terus terseksa.

Seperti yang aku kata sebelum ni, Amerika seakan membenarkan berlakunya penindasan ni. Aku akan tetap terus menyokong Hezbullah jika apa yang mereka lakukan itu sebahagian daripada strategi untuk mengalahkan penindasan. Jika tidak mereka lebih berdosa daripada mereka yang berdosa!

24 July 2006

Spyz

Tengahari Ahad sudah Spyz datang rumah aku. Dia datang dengan dua orang anaknya. Aku ucapkan berbesar tima kasih untuknya. Ingat lagi dia kat aku. Dan aku jugak nak mintak maaf pasal aku dah lupa yang dia ada datang melawat aku masa aku kena warded kat spital Kelang dulu. Lepas sakit ni aku cepat lupa. Mungkin sebab duduk kat spital lama sangat kot.

Aku jugak nak sampaikan maaf kat anak dia, pasal laksa yang aku jamu tu pedas. Dia tak tahan pedas. Lagi satu kau tertinggal mineral water kat rumah aku. Masa kau dah blah baru aku sedar. Anak sedara aku bagitau.

19 July 2006

Explorace II

Musim lalu aku tonton Explorace sebab ada Daphne Iking. Sabahan cool bah. Secool Mount Kinabalu. Musim ini Daphne takde. Diganti dengan Sasha Bashir. Tah kenapa tah, ditukar pulak.

Pun begitu aku masih tonton lagi Explorace bagi musim ni.

Bukan. Bukan pasal Sasha Bashir jadi pengacara. Tapi sebab ada pesertanya kawan aku. Boleh dikatakan baik jugaklah. Dia ada datang masa raya tahun lepas. Dah dua tahun berturut dah dia datang. Aku tak pergi rumah dia pun masa Kong Hee Fat Chai.

Weng Aun nama kawan aku. N Chee Yee nama partner dia. Jumaat lepas, aku tengok, diorang menang. Dia kata diorang akan lawan team Zuki & Noreen di Jakarta.

Bila aku tanya kat dia pasal partnernya, "yang pompuan tu awek u ker?" Dia jawab, "bukan awek tapi colig. Hehe..."

lanjut pi sini

18 July 2006

Sakit kepala, ke pening

Aku masih ingat, waktu tu aku matriks. Kepala aku sakit. Aku ke Pusat Perubatan ITM dekat [Kolej] Seroja. Sakit memang sakit. Kerja boleh tak siap woo kalau kena. Sehari suntuk berkurung kat dalam bilek.

Aku tunggu giliran aku kat situ. Sambil-sambil tu aku sempat lagi main2 mata dengan dua orang awek yang duduk sekali menunggu. Mat Jan yang join sekali, tersipu-sipu malu -- dia memang macam tu. Dengan perempuan malu.

Belum sempat aku nak main mata dengan lebih lagi, misi kat situ panggil aku. Doktor nak jumpa. Katanya perlahan.

Aku dengan tak buang masa, masuk ke bilek doktor. Aku duduk. "Awak sakit apa?" tanya doktor.

Aku jawab tergagap, "Pening. Eh. Bukan, [tapi] sakit kepala."

Doktor tu menyergah aku. "Pening, ke sakit kepala?"

Aku dalam keadaan serabut bertanya pada doktor tu, "bukan pening ngan sakit kepala tu benda yang sama ke?"

"Pening, memusing. Sakit kepala, kepala kita sakit. Paham..." doktor tu cuba berlembut dengan aku.

Dah dekat 6 tahun dah peristiwa tu jadi kenangan. Dan masa ini, aku masih terngiang-ngiang lagi apa yang doktor tu kata.

Gary Moore



Masih ada kerinduan kepadamu. Masih.

Aku mintak Gary Moore tambahkan lagi solo yang lebih menarik untuk lagu serta album Still Still Got the Blues for You. Petikan gitarnya boleh bikin aku terbuai dek mimpi-mimpi indah kenangan aku dan dia.

16 July 2006

Hasmi

"Jadi, yang kalian faham apa? Sebab itu, fikir penting. Resah yang otentik itu penting. Bukan yang dibuat-buat, yang ditiru-tiru. Orang buat sajak; kita buat sajak. Orang bikin filem pendek; kita bikin filem pendek. Orang pergi demontrasi; kita pun join demo. Buat apa? Yang mana demo mesti pergi, yang mana tidak? Mustahil semua demo kita sokong...

"Sebab itu, kata aku, corak berfikir dan 'bahasa' dalam otak masih bahasa Utusan, atau bahasa Dewan Bahawa dan Pustaka. Itu belum terkikis. Mungkin banyak sangat baca buku Sasterawan Negara, sampai ayat jadi bunga-bunga: bunga tanjung!"

Aku akui. Memang aku sedikit terasa dengat ayat itu. Aku rasakan bahawa di dalam kepala otak aku masih berbahasakan ayat Dewan, Utusan, Berita, dan sebagainya. Aku yakin, ayat aku kali ini masih berbaur ayat yag aku sebutkan tadi. Atau dalam bahasa ringkas, ayat poyo!

Aku mahu membuang jauh2 ayat2 tersebut. Tetapi gaya tulisan aku tetap poyo. Terbaru aku baca majalah ujang yang aku beli beberapa tahun sudah. Tujuannya aku mahukan ayat dalam kepala otak aku tidak terlampau terikut dengan ayat dari Dewan, Utusan dll. Aku mahu lari dari ayat poyo.

Kepala otak aku sentiasa berpolemik waktu ini, pasal masalah ini. Dan aku sedar tuhan menganugerahkan bakat tertentu kepada individu tertentu. Ada orang yang suka dan ada yang anggap poyo.

Cuma si penerima bakat dapat mencorakkan bakatnya. Jika dia cuba dan tak mampu, jangan persalahkannya.

Hasmi berjaya membuatkan kepala aku terus berpolemik dan berpolemik. Dari dulu lagi dia pencetus inspirasi aku. Bila agaknya kita boleh lepak sekali, minum-minum huha huha 'cuci mata' kat Telawi. Kat Pelita. Kat Darul Ehsan. Kat Nirwana. Kat Star Bucks.

nota: ayat pada permulaan entry adalah dipetik daripada kata penghantar GOBLOG sebuah blook yang masih di dalam pembinaan. Tulisan tersebut adalah dari Hasmi Hashim.

12 July 2006

Lagi pasal Zizou


Dipetik dari tribalfootball.com

Zidane saw red after sick mother taunts
tribalfooball.com - July 11, 2006

Taunts over Zinedine Zidane's poorly mother are being claimed as to spark that led to French ace's head-butt on Marco Materazzi in Sunday's World Cup final. A lip-reader told The Sun that Materazzi called Zidane a "son of a terrorist whore" before the French Algerian was sent off in Sunday's explosive match.

11 July 2006

Kenapa, Zizou?


Terkejut apabila melihat Zizou akan bertindak sedemikian. Juga tak sangka, sanggup dia 'menonjolkan' badan Mettarazi dengan kepalanya. Sedih. Kerana hati manusia bisa pecah (Ulil Abshar Abdalla).

Sememangnya senario itu biasa kita lihat di dalam mana-mana perlawanan bolasepak. Tetapi pada saat persaraannya, pekara sebegitu adalah sesuatu yang berada di luar jangkaan.

Dikatakan Mettarazi memprovoknya dengan mengatakan bahawa dia dan keluarganya adalah "dirty terrorist." Tetapi dinafikan oleh Mettarazi.

Di dalam pada waktu dilanda kontroversi finale, Zidane tetap menjadi pemain terbaik kejohanan dan dia telah dipuji oleh Presiden Perancis, Jeac Chirac.

10 July 2006

ulasan pasca perlawanan akhir Piala Dunia 2006 Jermani: Perancis v Itali

Kalau mamak kat Restoran Dawood masih ada lagi -- hidup atau masih berkerja kat situ, tentu kali ini diorang pulak tersenyum lebar dan aku pula terdiam. Kekalahan pada final Euro 2000 terbayar juga.

Kalah mereka, tidak begitu kejam jika nak dibandingkan dengan kekalahan Itali. Itali pada tahun 2000 kalah dengan peraturan Golden Ball, kalah pada tangan David Trezeguet. Sejarah berulang dengan watak yang berbeza. Kali ini Itali pada kejohanan dunia menjadi juara.

Itali di'menangkan' oleh tendangan penalti yang dinafikan palang oleh David Trezeguet, watak sama mengalahkan Itali. Dan bezanya kali ini, watak itu memenangkan Itali.

Bersiap-sedialah, mental para pemain pasti teruji dengan penalty shoot-out.

Cuma kali ini yang aku sedihkan, Zizou terpaksa menamatkan kariernya dengan sejarah hitam. Hitam yang diisi dengan warna kemerahan. Zidane yang sebelum itu menyempurnakan sepakan penalti, dibuang padang pada separuh masa kedua tambahan masa.

Watak yang bagi aku patut juga diberikan pujian ialah Buffon penjaga gol Itali.

Tahniah Itali. Tahniah Azzuri.

09 July 2006

ulasan pra perlawanan akhir Piala Dunia 2006 Jermani: Perancis v Itali

Aku teringat semasa Euro 2000. Di Restoran Dawood Seksyen 6, aku n Lan lepak sambil tengok-tengok final Euro. Aku masa tu sokong skuad Perancis. Lan n mamak2 kat Dawood sibuk sokong Itali.

Kebetulan pulak masa tu, Perancis tengah ketinggalan 1 - 0 dengan Itali. Mamak2 tu ada yang siap suruh aku balik rumah, bile tengok Perancis dah takde harapan nak menang.

Aku cool.

Relax.

Tiba2, betul2 on the dot minit ke 90, akhirnya Silvian Wiltord menjanringkan gol untuk Perancis. Dan tak sampai beberapa minit lepas tu wisel tamat berbunyi. Masa tambahan diberikan. Dan ketika masa tambahan itulah David Trezeguet menjaringkan gol ke-dua untuk Perancis. Dan terus memenangi kejohanan Euro 2000.

Mamak2 tadi dengan Lan ternganga besar bila melihatTrezeguet menjaringkan gol tersebut. Malu sekejap dengan aku. Aku tersenyum lebar menyaksikan kemenangan tersebut.

Sebut pasal Trezeguet teringat aku kepada budak2 perempuan masa di Law Fac -- Julia, Owin, Lia, Malee, Moon n Ayu. Diorang gelarkan aku dengan nama Ahmad Trezeguet!

06 July 2006

Ulasan pasca perlawanan separuh akhir: Portugal v Perancis

Les Blues telah membuktikan bahawa mereka tidak tidak berguna dan menempatkan diri mereka antara pasukan yang terbaik di dunia. Les Blue akan berjumpa dengan skuad Itali pada perlawanan akhir nanti.

Seperti mengalahkan Brazil pada peringkat suku akhir, awal pagi tadi (waktu Malaysia) mereka telah menewaskan Portugal dengan jaringan 1 - 0. Cuma bezanya kali ini mereka menjaringkan gol pada babak awal. Dan juga bezanya jaringan mereka dijaringkan oleh Zinedine Zidane menerusi sepakan penalti.

Les Blues v Italia awal pagi Ahad nanti.

05 July 2006

Ulasan pra perlawanan separuh akhir: Portugal v Perancis


Les Bleus atau Skuad Biru memiliki trek rekod yang baik pada perlawanan persabatan sebelum ini: 4/4 menang. Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini di pertandingan Piala Dunia, namun seperti lain-lain pasukan mereka mahukan menang dan layak ke perlawanan akhir. Bagi Portugal ini yang pertama kalinya.

Portugal mengharapkan sejarah baru akan tercipta di Munich pagi nanti (waktu Malaysia), di mana mereka mampu layak buat pertama kalinya ke perlawanan akhir FIFA Piala Dunia.

Portugal di bawah jurulatih Brazil, akan meneruskan tradisi samba yang manemui titik nokhtah apabila tewasnya pasukan Brazil.

'Zizou', Ribery, Henry, Viera, Sagnol, Thuram, Makalele dan Trzeguet mungkinkah akan menyinar pada pagi ini. Mungkinkah juga sinaran mereka bakal membayangi sinaran Christiano Ronaldo, Figo, Ricardo, Pauleta dan Deco.

Ulasan pasca perlawanan separuh akhir: Jermani v Itali


Permainan awal pagi tadi (waktu Malaysia), sedikit terbuka. Dengan aksi daripada kedua-dua buah skuad menyerang. Jerman yang melolosi pertahanan kental Itali dilihat tiada penyudahnya.

Akibatnya dua gol lewat perlawanan menjarakkan jurang di antara mereka. Perlawanan, jelas, seimbang. Stadium Dortmund yang menjadi antara kubu kuat Jerman akhirnya dirobek.

Jerman yang mempunyai rekod cemerlang mengambil sepakan penalti (berjaya 17/18) seakan menunggu perlawanan tambahan masa tamat. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Sekali lagi, bahagian pertahanan Marcello Lippi bertindak cemerlang dan tindakan cemerlang itu diakhiri dengan kecermelangan penjaga gol mereka, Buffon (yang cuma membenar bola bolos sebanyak satu gol di kejohanan ini).

04 July 2006

Ulasan Pra perlawanan separuh akhir: Jermani v Italy

Semuanya bagai sudah ditakdirkan. Pasukan tuan rumah tertulis sebagai pasukan yang akan menentang pasukan Azzuri pagi ini. Jermani yang suatu masa dahulu dikenali sebagai pasukan 'kerta kebal' di Eropah, kini menikmati masa perubahan di bawah jurulatih Jurgen Klinsman. Rekod tanpa kalah pasukan ini di Piala Dunia kali ini membuatkan mereka menjadi pilihan utama bagi kebanyakkan peminat bola sepak suluruh dunia.

Namun begitu, skuad Azzuri tidak patut dilupakan. Juga diminati oleh kebanyakkan peminat bola sepak dunia, mempunyai rekod cemerlang dalam setiap perlawanannya menentang Jermani. Marcello Lippi jurulatih skuad itu, jelas mempunyai perancangannya yang tersendiri.

Malam ini akan menyaksikan dua watak hebat mewakili dua negara bertemu. Jurgen Klinsman bagai mewakili kaum muda dan Marcello Lippi mewakili kaum tua. Dan malam ini juga bagai membuktikan siapa yang terbaik. Kaum muda yang berrevolusi dan kaum tua yang penuh berpengalaman.

Miroslav Klose mengetuai jentera serangan Jermani manakala Francesco Totti mengepalai jentera serangan Itali.

Dan pada pukul 3 pagi nanti akan terbuktilah taktik daripada jurulatih manakah yang terbaik. Jermani dan Itali akan bertemu buat kali ke lima bagi kejohanan Piala Dunia FIFA.

Jens Lehman di bahagian bawah akan menjaga gawang Jerman dan Gianluigi Buffon akan menghalang jentera serangan Itali, yang diketuai oleh Francessco Totti. Kecermelangan Lehman di bahagian bawah, ketika perlawanan suku akhir tempoh hari bagai racun yang bakal meracuni pasukan Itali.

Luca Toni, Zamboratta, Gattuso, Canavora, Del Peiro, Inzaghi, Matterazi dan Perrota bakal menggegarkan Klose, Schneider, Podolski, Ballack, Neuville dan Lahm.

03 July 2006

Perancis bukan tandingan Brasil

Perancis telah membuktikan, ketahanan mental mereka mampu merobek pertahanan kental Brasil yang diketuai oleh Dida. Semuanya bagaikan sejarah bagi Brasil dan sejarah itu sejarah hitam.

Dan manakala Thierry Henry pula menikmati sejarahnya yang tersendiri, sejarah manis. Di kala Brasil menyerap serangan Perancis, Thierry Henry menjadi pemusnah.

Perlawanan yang dijangka akan dipenuhi dengan serangan, nyata dipenuhi dengan bola hanya berlegar di kawasan tengah.

Brasil tidak mampu lagi untuk membalas dendam kehebatan Perancis tahun 1998. Bagai mengingatkan pada perlawanan akhir tahun tersebut, perlawanan suku akhir ini menjadi titik hitam buat Brasil.

Tabik untuk Perancis. Tabik untuk King Henry.