23 October 2006

Raya

Salam Hari Raya IdulFitri Buat Samua...
Maaf zahir batin...

Ikhlas

Nyaris tadi penyimpan mohor2 besar umumkan yg esok ada satu hari lagi puasa. Kalau tidak malam yg hujan kelan ni, tentu akan bergegar. Ada pesta. Muda mudi dan dewasa merayakannya.

Sejak petang hari Jumaat itu hari, jalan depan rumah aku dah mula sesak. Kereta rapat2. Macam ni ha [sambil tunjuk isyarat tangan, jalan sesak]. Aku agak lepas raya baru nak lengang. [lepas raya maksud aku, pada Isnin, yang satu lagi -- minggu depan]

Esok ada sehari lagi nak buat persiapan raya. Mana yang terkurang, eloklah dilebihkan. Baik cargas.

Diam tak diam, dah lebih dua tahun dah aku sambut raya dengan keadaan macam ni. Tiga kali raya.

Dan dalam masa lebih dua tahun nilah -- tiga kali raya -- aku belajar. Tenang. Ikhlas. Boleh kawal diri. Namun aku sedar, yang aku cuma berjaya ambil setetes dari ilmu tenang. Ilmu ikhlas. Dan ilmu kawal diri. Banyak lagi yang perlu aku belajar.

Alangkah baiknya, kalau aku jadi macam Nak Fandi -- berjaya kuasai ilmu ikhlas tanpa disedarinya, Haji Romli pun tidak kuasai semacam mana yang dia kuasai.

Ikhlas, itu kata suci, bagi aku. Suara sepenuh hati. Yang tak mungkin seseorang manusia mampu menilainya.

22 October 2006

Revolusi

Sekarang ini zaman millenium. Manusia sudah tidak terbahagi kepada blok-blok ideoloji ciptaan mereka sendiri.

Sebenarnya sudah lama proses asimilasi melibatkan ideoloji-ideoloji ini terjadi. [Maksud aku proses asimilasi antara paham komunis dan paham kapitalis].

Kalau kau lihat pada awal kemunculan ideoloji komunisma Georg Wilhelm Friedrich Hegel adalah kawan Karl Marx itu sendiri.

Dia sememangnya sorang kapitalis 'tegar' atau dalam bahasa lainnya disebut kaum kanan. Seorang bangsawan negara Jerman yang ternama.

Tidakkah kau ragu bahawa ideoloji komunisma telah bercampur baur dengan ideoloji yang berasaskan buku The Wealth of Nation, kapitalisma dan liberalisma.

Di dalam bidang literatur pula kau boleh lihat Albert Camus berjaya memeningkan rakyat dunia hari ini. Mana satu pikirannya terletak, pada sebelah kanan atau pada sebelah kiri?

Entah.

Camus menggoda masyarakat seluruh dunia dengan literaturnya [yang sebelum itu tak pernah menunjukkan 'keseksiannya'].

Camus bagaikan orang yang berhaluan kiri.

Ada yang menampal tag 'kiri' kepada batang tubuhnya.

Namun sesetengah peminat literatur juga menjadikannya orang kanan. Ekstrem kanan.

Dia ditanda dengan double sided tag walaupun dia sendiri tidak mahu perkara itu terjadi.

Jurgen Habermas juga turut mempunyai double sided tag. Beliau yang komited memperjuangkan demokrasi di Asia, mengangkat pemikiran Marxis-ortodok, demokrasi liberatif dan turu menjulang nama-nama besar intelektual dunia di dalam tesisnya. Jurgen Habermas yang lahirkan pada 1929 di Jerman merupakan seorang yang prolifik dari golongan Jenerasi Kedua Sekolah Frankfurt.

Di dalam bidang agama, Hassan Hanafi juga ada memperkatakan tentang kiri dan kanan dalam bukunya Madza Ya'ni al-Yasar al-Islamy (Kiri Islam). Tetapi gagasannya itu (buku tersebut) dipandang serong oleh umat Islam sendiri. Dia dituduh mencipta sebuah mazhab baru -- yang dinafikan kemudian olehnya.

Dia menegaskan, bahawa gagasannya itu adalah dari sumber kelas yang berkait rapat dengan pemikiran Marxisma-Leninisma, namun di samping itu, beliau juga turut menyokong liberal, demokrasi atau apa sahaja yang dipromosikan oleh kaum kanan.

Nampaknya tiada lagi blok komunis atau kapitalis pada era millenium ini.

Revolusi yang menjadi slogan utama kaum kiri, kini telah menjadi platform [juga] untuk kaum kanan.

Mereka seiring dalam melaungkan "letak jawatan kuku besi" atau "pergi mampos diktator".

Pilihan

"Mungkin pilihan bagi Presiden George Walker Bush untuk melakukan penaklukan ke atas Iraq. Katanya demi kebebasan. Mungkin bagi Presiden Vladamir Putin sesuatu yang benar untuk tidak melepaskan Chechnya. Katanya demi kedaulatan negara Rusia.

"Dan mungkin adil bagi Presiden Ariel Sharon untuk menyerang lubnan. Keadilan harus dicari. Selagi tak dibebaskan polis-polis Israel itu, selagi itulah Lubnan akan diporak perandakan.

"Kita boleh bermungkin-mungkin. Kita boleh berkalau-kalau."

[untuk bacaan selanjutnya sila ke sini, esei penuh di sini]

18 October 2006

Waktu itu Kau hidup!

Kau
hidup.

Waktu itu.

Kau nyalakan
cahaya
dalam hatiku
yang sudah hampir terpadam.

Di saat aku menerima khabar buruk
Kau sambut aku dengan kebahagian.

Di saat aku putus harap
Kau sambungkan pengharapan untuk aku

Apa lagi yang aku mahukan?

Kadang-kadang tertanya juga aku,
mengapa aku dibesarkan sebagai seorang manusia
sebagai seorang Ahmad Zulfikar.

Mungkin ada maksudnya yang
aku tak tahu.

Cuma ada satu yang aku harapkan.

Berilah aku barang satu lagi peluang.

Kiamat

Petang2 bulan puasa ni, aku selalu tak keluar rumah. Tengok TV. Kiamat Sudah Dekat, TV9, 5.30. TVholic aku ni.

Dalam siri tv ni, takde watak yang benar2 jahat. Atau benar2 baik.

Itulah lumrah manusia. Fitrah. Yang jahat ada baiknya. Yang baik, ada jahatnya.

Sarah membaca puisi2 karangan Jalaluddin Rumi dan Ibnu Arabi. Tetapi ayahnya atau babehnya, menegahnya. Suruh diberhentikan sahaja apabila mendengar salah seorang daripada dua penyair sufi itu bersyair.

"Aku bukan Yahudi. Bukan Kristian. Mahupun aku beragama Islam. Aku beragama cinta."

Jelas, yang menjadi watak antagonis dalam drama ini ialah Hj Romli, babehnya Si Sarah. Lakonan Deddy Mizwar. Hj Tsani. Farid. Manakala watak protagonis pula ialah Sarah, Saprol, dan Fandy.

Jadi, boleh aku katakan bahawa Musfar Yasin seakan2 hendak 'mendendangkan' syair Ibnu Arabi, dalam drama tersebut. Kalau menurut aku seorang penulis skrip akan pro kepada protagonis. Bukan antagonis.

Watak Sarah dan watak Hj Romli, seakan-akan pertentangan pendapat dari 'sekolah pemikiran' al-Ikhwan, Seruan al-Azhar dan Saudara, bertemu dengan pendapat dari 'sekolah pemikiran' Lidah Benar, Suara Benar dan Panduan.

Subteks yang ada, turut mengiringi dengan baik pertentangan tersebut.

Contohnya ketika Haji Romli mahukan kopi. Sarah enggan membuatkan kopi untuknya kerana dia ada darah tinggi. Tetapi Haji Romli bertegas juga. "Sesekali tidak mengapa. Babeh sudah lama tidak minum kopi."

Sarah kemudiannya menjawab dengan senyuman manis, "kalau babeh nak jugak, Sarah bagi. Sarah kepingin melihat babeh gembira pagi ni." Ya, Haji Romli mahu anaknya kahwin dengan Farid, anak kawannya, Haji Tsani. Dia boleh menurut.

Haji Romli boleh melihat dia bahagia, tetapi kebahagiaan itu mungkin akan disusuli dengan penderitaan. Kerana perkahwinan itu bukan dari kehendaknya (Sarah). Situasi ini sama seperti situasi Haji Romli mahukan kopi. Kopi itu mungkin boleh menyebabkan kematian, tetapi kerana mahu melihatkan Haji Romli gembira. Sarah turutkan juga.

Garapan yang baik dari sutradara -- Deddy Mizwar dan tulisan yang mantap oleh penulis skenario -- Musfar Yassin, berjaya memastikan 'sinetron' itu dipilh sebagai 'sinetron' Terbaik.

Selain tu jugak drama tu menang 4 lagi anugerah. Pelakon Pembantu Terbaik -- M. Dwiki Reza (Saprol), Seni Audio Terbaik-- Mamat Muhayar, Penulis Skenario Terbaik -- Musfar Yasin dan Sutradara Terbaik -- Deddy Mizwar.

Selain tu jugak, Presiden Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut sama minat pada drama bersiri ini.

Cinta II

"I believe in the Religion of Love, whatever directions it's caravans may take, for love is my faith and my religion."
-- Ibnu Arabi

16 October 2006

Impian Ilyana

Beberapa minggu sudah dalam Impian Ilyana, filem Nenek Kebayan Terakhir akan ditayangkan. Filem itu mendapat bantahan dari staff UiTM dan pelajar-pelajarnya. Mereka kata filem itu punyai unsur-unsur tahyul.

Baru tengok tajuk dah keluarkan 'fatwa'. Haramlah. Takde unsur-unsur Islamiklah. Boleh memesongkan fikiranlah. Dan macam-macam lagilah.

Don't judge a book by its cover.

Izham, ketua Kelab Pencinta Filem, kata, "baru tengok tajuk sikit dah takut. Nak buat proteslah, apalah."

Pengarah filem tersebut, Sdr Amir Muhammad dijemput ke tayangan filem itu, untuk menjelaskan beberapa perkara yang tak jelas.

Namun, itu di dalam drama pendek Impian Ilyana. Tapi yang aku dengar sekarang, dia nak buat sequel filem Lelaki Komunis Terakhir. Judulnya Apa Khabar Orang Kampung. AKOK.

Bangun

George Walker Bush.
Bolehkah dia jadi hero Amerika?

Rakyatnya sendiri tidak setuju,
dengan satu dua keputusan yang dibuat,
besok tah-tah ada lagi,
nyawa rakyat Amerika yang melayang,
bukan,
bukan di Minnesota,
Pensyylvania,
Ataupun San Francisco.

Tapi di bumi asing,
di Iraq lebih-lebih lagi.

Ibu yang mahu anak-anak pulang,
bapa yang selalu tengok tv,
mana tahu kalau-kalau Bush keluar 'fatwa',
tarik balik tentera dari Iraq.

Kakak yang nak adiknya balik,
supaya boleh jadi posmen,
yang hantar surat kat bopren,
Atau adik yang menanti-nanti,
abangnya balik,
mendendangkan lagu Blowin' in the Wind,
masa lapang,
masa baru balik dari kelas.

Di Palestina pula ada yang bangun,
Ehud Olmert tak senang duduk,
paranoid,
langsung Lubnan diagrasi
porak peranda.

Tapi sampai bila bangunnya,
sampai Israel berambus dari Palestina?
atau sampai Isarael bagi hak kepada Palestina semula.

Ini bukan soal bangsa,
bukan juga soal agama,
yang ditindas harus bangun semula
berbaik dengan yang menindas.

Sel 73

Waktu itu kau sudah mati

Kau
Sudah
Mati

Waktu itu.

Tinggal aku keseorangan,
kesunyian,
kesepian.

Kau mati tidak keseorangan,
ada teman,
tidak seperti aku.

Aku benci dunia,
Aku juga mahu mati.

Mahu ikut kau.

Tapi aku tahu itu mustahil
tak mungkin.

Tak mungkin kau,
akan membawa aku,
pergi jauh tinggalkan dunia ini,
tinggalkan isinya.

Waktu itu kau mati,
waktu itu aku terkapai-kapai.

Sel 73

12 October 2006

KDrama


Kalau Yang dulu minat tengok drama Mandarin/Kantonis -- Cina, aku pulak obses tengok drama Korea. Princess Lulu baru saja habis lebih kurang seminggu yang lalu. Kali ni pulak ada episod baru, Autumn Shower. Macam tak best jer.

Memang, aku tahu drama korea dah boleh agak. Cinta tiga segi. Orang-ni-nak-kat-orang-tu-tapi-orang-tu-nak-kat-orang-nu. Tapi tu, kalau secara tekstualnya. Ada sub-teks yang boleh kita sebagai penonton rungkaikan.

Sentiasa drama korea bermain-main dengan sub-teks darjat, tinggi rendah sesuatu keluarga. Kau boleh tengok dalam drama "Bright Girls Success Story". Atau "Present". Atau "Ms. Kim Million Dollar Quest".

Dalam Princess Lulu juga aku sudah jangkakan bahawa ada cinta tiga segi. Dan ada orang-ni-nak-kat-orang-tu-tapi-orang-tu-nak-kat-orang-nu. Happy ending. Klise. Typical.

Drama Korea akan pasti membasahi kau, kau dan kau yang tak tahan dengan naratif sedih. Tapi betul, untuk tonton drama korea bukan boleh tonton dua dimensi sahaja. Kena tonton 3 dimensi.

Dan juga ada dialog2nya yang akan buat kita kata, "o.. ye ke?" Langsung aku secara peribadinya akan menjadikan ia satu pegangan yang baru dalam hidup aku.

Antara drama2 korea yang terbaik sudah aku tonton, Winter Sonata, Present dan Princess Lulu.
Autumn Shower takde atau belum lagi melampir subteks2 dan dialog2 yang menarik. Esok baru episod 5. Baru lagi kot.

Kerana terlampau obses, aku sekarang sedang belajar bahasa korea. Nyesal aku tak ambik bahasa korea masa degree dulu as my third language. Kalau tidak boleh aku kerja kat RTM, TV3, TV8, NTV7 n TV9. Jadi tukang translator.

10 October 2006

Di gerbang kuil

"Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia ini karena ia begitu tinggi mengangkat jiwa, dimana hukum kemanusiaan dan kenyataan alam tidak mampu menemukan jejakya." -- petikan dari Sayap-sayap Patah hasil tulisan Kahlil Gibran.

06 October 2006

Rubbayyat

"I resolve daily that at dusk I shall repent/For a night with a cup full of wine spent/In the presence of flowers, my resolve simply went/In such company, I only regret that I ever resolved to repent" -- petikan dari Rubbayyat Omar Khayyam

05 October 2006

Kemalangan

Berita tadi pagi, jelas mengejutkan. Aku bergegas turun. Mahu panggil siapa aje yang ada di bawah. Pak Su. Rais. Joned. Dan Junainah.

"Pak su, Julia kemalangan." Jelas aku pada Pak Su, tetapi yang sebenarnya aku tujukan pada semua.

Semua dengan muka terkejut.

"Kau biar betul. Jangan nak buat lawak pulak. Tak kelakarla woi."

"Betul. Aku tak buat lawaklah. Kau tengok muka aku ada macam muka orang buat lawak. Berita tu cakap keretanya kena langgar dengan lori balak. Habis remuk teruk."

Aku ambil kunci. Lari keluar. Menuju ke kereta. Pak su mengekori dari belakang.

"Biar aku aje yang drive. Orang tua tu lambat pulak." Hati aku memberi usul.

Semua orang sudah masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin. Perlahan aku bermula dari gear satu, hingga gear yang atas sekali. Dalam hati aku, tak putus-putus berdoa. Aku tak mahu Kak Long pergi, selepas tak sampai tiga minggu ibu dan ayah pergi meninggalkan aku dan adik beradik yang lain.

Maha Karya Cinta

Sehari sebelum Ramadhan, aku dengan kawan2 pi lepak minum kat kedai Romzi.

Aku yang pilih kedai tu, pasal ada anak dia yang lawa2 jadi pelayan kat kedai tu. Hendak aku melangkah masuk kat kedai tu, terasa tiba2 kaki aku berat. Entah ada beban apa yang kaki aku pikul.

Berat.

Berat sangat.

Dalam pada aku cuba2 untuk melangkah, tiba2 terlihat aku wajah yang aku kenal, wajah yang sering menemani aku. Dia terkejut melihat aku. Dan aku pun.

Aku jadi bengang tiba2. Kepala aku pening. Mungkin darah aku dah naik, mendaki sampai ke puncak. Kawan2 aku sembang apa pun aku dah tak dengar. Ah.. Pergi mamposlah.

Mintak nyawa. Ambik nafas.

'Begitu berat melangkah/Melihat kau bersamanya/Adakah aku yang salah/Atau hanya helah saja'

"I dah kata dah I takde apa2 dengan dia."

Dia diam. Terus diam.

'Ku masih mencintai kamu/Biar kau menjauh Ku rindu'

Kisah setahun dulu, yang menyebabkan aku dan dia putus -- jadi semacam trailer gambar terbaru yang nak keluar kat wayang.

Sape tah mamat yang duk sebelah dia.

'Kau bagaikan udara/Yang membantu aku/Untuk terus hidup/Di atas dunia/Tanpamu ku lemah /Pasti aku tak berdaya/Kerna kau maha karya cinta'

"Kita sampai kat sini jer lah. I nak putus."

'Biarpun kau tidak mahu menerima kasih daku/Ku kan setia bersamamu/Sehingga ke akhir waktu/Ku masih menyayangi dirimu/Biar kau berlalu Ku rindu'

"Bulan, kau akan jadi temanku malam ni. Dan malam2 yang seterusnya." Malam itu juga seperti malam yang lain aku mendambakan teman dan bulan menjadi teman terbaik buat aku.

04 October 2006

Gubra


Walaupun filem ini sudah lama ditayangkan, tetapi aku baru sahaja tonton. Komen aku lepas tonton: Yang sepatutnya seorang Muslim.

03 October 2006

Akta drakonian

"Manusia akan jadi lebih kreatif jika mereka tertekan. Dan dengan keadaan tertekan itu juga kita akan bangkit melawan" Itu ayat dari mulut aku. Aku tak pasti sama ada ayat itu sudah digunakan atau tidak. Aku juga tak tahu sama ada ayat itu terbukti benar. Apa yang aku tahu, hakikat daripada ayat tersebut terbukti hasil daripada pemerhatian aku.

Bagi sesetengah orang di Malaysia mereka bisa tertekan dengan segala macam akta2. General rule, kita perlu undang2. Tapi setiap general rule pasti ada exceptionnya. Dan exception untuk situasi ini ada sesetengah undang2 kita tak perlukan!

Tetapi, rakyat Malaysia yang merasa tertekan sudah pasti berada di dalam keadaan dilema. Ermm... macam isi dalam buku karangan Tun M. Manusia Melayu perlu membebaskan diri dari pantang larang kepercayaan orang Melayu, tetapi dalam masa yang sama segala macam pantang larang itu masih kuat mengcengkam diri orang Melayu.

Kalau macam tu tak payahlah nak sertai kempen anti ISA, anti OSA, akta Penerbitan, AUKU, atau lain2 yang sama waktu dengannya. Cuba bayangkan, jika undang2 yang menekan itu tiada, aku pasti orang2 kita jadi orang2 yang lemah. Tidak melawan.

Bagaimanapun fitrah manusia pasti ingin menjadi kuat,[melainkan dia mahu melawan fitrah ini ataupun dia punyai alasan2 lain untuk tidak mengikut fitrah ini]. Cuma terpulang kepada kita untuk mengekspressikannya. Ada juga yang diam tetapi di dalam jiwanya melawan. Akhirnya akan terlahir melalui perbuatan sedikit demi sedikit.

Undang2 yang menekan harus ditentang. Itu tanggungjawab kita sebagai rakyat. Jangan pula kita hendakkan orang lain melaksanakan tanggungjawab mereka. Kerajaan pastinya tanggungjawab melaksanakan permintaan rakyat.

02 October 2006

Nak or Tanak

"Benda yang paling kita nak, adalah benda yang paling susah untuk kita dapat [atau takkan kita dapat]"

Dalam situasi aku, banyak benda yang aku nak tapi susah nak dapat ataupun tak dapat langsung. Jika kau dapat kaulah orang yang paling beruntung. Elok kau buat sujud syukur, tadah tangan pada tuhan. Dan lagi, benda yang paling aku tak nak, dapat.

Contoh 1: Aku nak sangat berjaya dalam pelajaran, tapi tak dapat. Aku kantoi, setengah jalan, err... boleh aku kata 4/5 lagi nak tamatkan perjalanan.

Contoh 2: Aku kepingin hidup bahagia. Berkeluarga. Beristeri. Ada anak2. Tapi tuhan takdirkan yang sebaliknya. Betul aku cakap kau, aku tak nak penyakit ni hinggap kat aku, tapi sebagai makhluk tuhan aku kena terima apa yang dibagi kepada aku.

Contoh 3: Aku tak terfikir pun sebelum ni akan makan gaji/bayaran sebagai seorang penulis dan web designer. Tapi aku terima, aku redha dengan kejer aku.

"Bila yang tertulis untukku/Adalah yang terbaik untukmu/Kan kujadikan kau kenangan/Yang terindah dalam hidupku"

Itu petikan lirik dari Samson, Kenangan Terindah. Untuk ritma, kau kena download kat sini.