Berita tadi pagi, jelas mengejutkan. Aku bergegas turun. Mahu panggil siapa aje yang ada di bawah. Pak Su. Rais. Joned. Dan Junainah.
"Pak su, Julia kemalangan." Jelas aku pada Pak Su, tetapi yang sebenarnya aku tujukan pada semua.
Semua dengan muka terkejut.
"Kau biar betul. Jangan nak buat lawak pulak. Tak kelakarla woi."
"Betul. Aku tak buat lawaklah. Kau tengok muka aku ada macam muka orang buat lawak. Berita tu cakap keretanya kena langgar dengan lori balak. Habis remuk teruk."
Aku ambil kunci. Lari keluar. Menuju ke kereta. Pak su mengekori dari belakang.
"Biar aku aje yang drive. Orang tua tu lambat pulak." Hati aku memberi usul.
Semua orang sudah masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin. Perlahan aku bermula dari gear satu, hingga gear yang atas sekali. Dalam hati aku, tak putus-putus berdoa. Aku tak mahu Kak Long pergi, selepas tak sampai tiga minggu ibu dan ayah pergi meninggalkan aku dan adik beradik yang lain.
No comments:
Post a Comment