Petang2 bulan puasa ni, aku selalu tak keluar rumah. Tengok TV. Kiamat Sudah Dekat, TV9, 5.30. TVholic aku ni.
Dalam siri tv ni, takde watak yang benar2 jahat. Atau benar2 baik.
Itulah lumrah manusia. Fitrah. Yang jahat ada baiknya. Yang baik, ada jahatnya.
Sarah membaca puisi2 karangan Jalaluddin Rumi dan Ibnu Arabi. Tetapi ayahnya atau babehnya, menegahnya. Suruh diberhentikan sahaja apabila mendengar salah seorang daripada dua penyair sufi itu bersyair.
"Aku bukan Yahudi. Bukan Kristian. Mahupun aku beragama Islam. Aku beragama cinta."
Jelas, yang menjadi watak antagonis dalam drama ini ialah Hj Romli, babehnya Si Sarah. Lakonan Deddy Mizwar. Hj Tsani. Farid. Manakala watak protagonis pula ialah Sarah, Saprol, dan Fandy.
Jadi, boleh aku katakan bahawa Musfar Yasin seakan2 hendak 'mendendangkan' syair Ibnu Arabi, dalam drama tersebut. Kalau menurut aku seorang penulis skrip akan pro kepada protagonis. Bukan antagonis.
Watak Sarah dan watak Hj Romli, seakan-akan pertentangan pendapat dari 'sekolah pemikiran' al-Ikhwan, Seruan al-Azhar dan Saudara, bertemu dengan pendapat dari 'sekolah pemikiran' Lidah Benar, Suara Benar dan Panduan.
Subteks yang ada, turut mengiringi dengan baik pertentangan tersebut.
Contohnya ketika Haji Romli mahukan kopi. Sarah enggan membuatkan kopi untuknya kerana dia ada darah tinggi. Tetapi Haji Romli bertegas juga. "Sesekali tidak mengapa. Babeh sudah lama tidak minum kopi."
Sarah kemudiannya menjawab dengan senyuman manis, "kalau babeh nak jugak, Sarah bagi. Sarah kepingin melihat babeh gembira pagi ni." Ya, Haji Romli mahu anaknya kahwin dengan Farid, anak kawannya, Haji Tsani. Dia boleh menurut.
Haji Romli boleh melihat dia bahagia, tetapi kebahagiaan itu mungkin akan disusuli dengan penderitaan. Kerana perkahwinan itu bukan dari kehendaknya (Sarah). Situasi ini sama seperti situasi Haji Romli mahukan kopi. Kopi itu mungkin boleh menyebabkan kematian, tetapi kerana mahu melihatkan Haji Romli gembira. Sarah turutkan juga.
Garapan yang baik dari sutradara -- Deddy Mizwar dan tulisan yang mantap oleh penulis skenario -- Musfar Yassin, berjaya memastikan 'sinetron' itu dipilh sebagai 'sinetron' Terbaik.
Selain tu jugak drama tu menang 4 lagi anugerah. Pelakon Pembantu Terbaik -- M. Dwiki Reza (Saprol), Seni Audio Terbaik-- Mamat Muhayar, Penulis Skenario Terbaik -- Musfar Yasin dan Sutradara Terbaik -- Deddy Mizwar.
Selain tu jugak, Presiden Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut sama minat pada drama bersiri ini.
No comments:
Post a Comment