27 March 2008

18 March 2008

Rumah

Tadi, pagi; ada pembesar negara ini berucap "jika ada dua rumah, satu besar, satu kecil, pasti orang yang duduk kat rumah yang kecil akan berpindah ke tempat yang lebih selesa iaitu rumah yang besar."

Ok, ni pulak kata pembesar Kg. Talang Hilir, "jika rumah yang besar itu semakin usang dan tunggu masa nak menyembah bumi, lebih baik jika yang berada kat rumah besar itu pergi ke rumah yang kecil pula; akan direnovate rumah itu, diperbesar supaya lebih ramai yang bisa duduk."

13 March 2008

DAP-PAS-Perak

kemaskini 1102 pmTindakan Lim Kit Siang itu betul -- ingin memulaukan acara angkat sumpah dan kemudian minta maaf. LKS berbuat begitu kerana takut akan kehilangan pengaruh DAP jika menghadiri acara angkat sumpah itu. Jadi berbuatlah beliau seakan-akan mahu memulaukan acara angkat sumpah itu.

Tetapi politik beliau ternyata meleset. Ahli-ahli DAP sendiri menyatakan ketidak puasan hati dengan posting bahawa wakil-wakil dari DAP ingin memulaukan majlis itu, dengan menghantar kebanyakan komen di blognya -- http://limkitsiangblog.com/.

LKS pada mulanya menganggapkan bahawa penyokongnya akan mempersetujui hasratnya, tetapi akhirnya beliau dapat tahu bahawa segenap penyokong DAP sudah pun menolak 100% "racial based" politik.

Jadi, "test marketnya" menghasilkan sesuatu yang tak diduga -- para penyokongnya mengangkat wakil dari PAS parti yang memperjuangkan negara Islam, Melayu, sebagai MB Perak.

Dan aku berharap sangat bahawa PAS pula akan berkomporomi menggugurkan konsep negara Islam daripada perjuangannya. Eloklah kalau difikirkan konsep negara yang diredhai Allah, yang diilhamkan oleh Rashid Ghannouchi. Seorang ulama terkenal dari Tunisia

Syed Hussin Ali dari PKR kata mereka akan ancam keluar dari pakatan jika pengagihan exco, 8 kepada DAP dan masing-masing satu kepada PKR dan PAS diteruskan.

Apakah ini satu lagi politiking dari pakatan pembangkang. Kerana untuk mengelakkan dari kehilangan sokongan dari kaum melayu maka PKR mengeluarkan kenyataan itu. Entah betul atau tidak anggapan itu, cuma aku harapkan pakatan Barisan Rakyat akan terus memerintah negeri ini. Jika report card mereka kurang memuskan maka kita sebagai pengundi berhak menggunakan kuasa kita untuk menukar kerajaan.

Cuma yang jadi persoalannya ialah kewujudan dua jenis laporan. Laporan yang pertama dari
malaysiakini dan laporan ke dua dari suarakeadilan. Mungkin wartawan kedua-dua belak pihak punyai motif tersendiri berbuat demikian.

kemas kiniIni petikan dari siasahdaily: Ketika dihubungi Siasah, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memaklumkan bantahan itu dibuat kerana PKR seolah-olah tidak ada sebarang kerusi dalam kerajaan Perak yang baru itu.Namun beliau mengaku taburan 6:3:1 dalam Exco yang baru beliau ketahui itu adalah taburan yang sangat sesuai dan boleh diterima. [Angkat sumpah MB Perak batal lagi kerana salah faham]

Ini petikan dari klpos.com: DALAM satu perkembangan menarik, KLpos.com dimaklumkan bahawa formula baru sedang dicapai dalam memecah kebuntuan membabitkan perlantikan Menteri Besar Perak dan barisan exconya. Sumber memberitahu, formula sebelum ini iaitu lapan exco dari DAP, dan masing-masing satu untuk PAS dan PKR dirombak dengan komposisi, empat DAP, 3 PKR dan 1 PAS. Menurut sumber terbabit, langkah itu dilaksanakan berikutan keprihatinan tinggi Istana terhadap permintaan DAP supaya lapan jawatan exco diberikan kepada parti terbabit selepas menyerahkan jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil PAS.[Eksklusif: 4:3:1 Formula baru exco Perak]

Ini petikan dari harakahdaily: Majlis angkat sumpah Menteri Besar yang ke-10 yang dijadualkan jam 4.00 petang tadi ditangguhkan sementara atas sebab-sebab taknikal. Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabat PAS Negeri hari ini.
Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dijadualkan mengangkat sumpah pada hari ini jam 4.00 petang di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
[Majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak ditangguhkan atas sebab teknikal]

The S T A T U S Q U O is already subverted

09 March 2008

Nafikan 2/3

Nafikan 2/3

Cabaran Khari Jamaludin AKA menantu-PM-yang-disayangi 4 bulan yang lalu disahut oleh pembangkang, dan rakyat menterjemahkan sokongannya dengan berjaya merampas 5 buah negeri dari BN. Lagi, rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 daripada BN. Sekali lagi, rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3.

28 February 2008

Ni Lagi Tipu

Masih ingat, kurang dari lima tahun yang sudah?

Ada orang tu berjanji, melalui anak buahnya yang berada di jabatan yang sama dengannya, bahawa dia akan mendedahkan, menahan, menangkap serta membicarakan 18 orang yang berprofil tinggi yang terlibat dengan rasuah sejurus sebelum pilihan raya tahun 2004.

Untuk nota, tak sampai 10 orang yang berprofil tinggi pun yang telah didedahkan, disabit dengan kesalahan rasuah.

Jadi oleh itu, boleh aku rumuskan bahawa orang ni tipu.

Kata anak-anak sedara aku, "tipu dosa besar, masuk api neraka!"

16 February 2008

Tipu Lagi

Tipu lagi, ek, berdosa besar. Nanti mati masuk neraka.

petikan malaysiakini

"Lupakan Anwar Ibrahim. Dia tidak ada apa-apa." -- Pak Lah

S U B V E R T the S T A T U S Q U O

14 February 2008

Tipu

Tipu dosa, masuk api neraka.

Bubar. Tak bubar. Bubar.

S U B V E R T the S T A T U S Q U O