21 May 2007

Letup [tebabo]

Kata lecturer aku, En Adlan, orang laki cuma termenung disebabkan dia fikir dua benda; pertama kerana memikirkan soal duit. Dan yang kedua, kerana fikirkan soal perempun, ie: cinta.

Itu En Adlan punya pendapat.

Tapi aku rasa pendapat En Adlan tak apply kat aku. Aku tak fikirkan soal duit (pegang duit pun aku tak). Apa tah lagi fikir soal perempuan. Jauh sekali (aku tidak ada teman istimewa, nak mengorat kat bus stand pun aku dah tak sempat).

Mungkin aku bukan lelaki.

Ermm... helo, aku still lelakilah.

Cuma sekarang di benak fikiran aku, ligat fikirkan soal Altantuya dan kaitannya dengan TPM Najib Tun Razak. Tidak mungkin ada kaitan, pasal Najib masa PRK Ijok itu hari dah nafikan senafi nafinya. DSAI saja buat kenyataan tu, untuk modal politik dia.

Tapi statement oleh Stev Sharibu, yang mempersoalkan keputusan DNA yang dibuat ke atas anak Altantuya, Altanshagai bagai menyokong pendapat DSAI yang juga turut mempersoalkan mungkinkah ada kaitan Najib dengan isu ini.

"Is someone lying again?" Stev Shariibu.

Adakah ada orang yang menipu, macam Jepun yang menipu Melayu semasa memulakan penjajahan yang berlaku selama lebih kurang 4 tahun di Malaya.

Atau macam PKM ditipu Inggeris, melatih PKM untuk melawan Jepun tetapi akhirnya Inggeris memerangi PKM.

11 May 2007

Tak suka

Banyak benda yang aku tak suka. Selain daripada Ina (oops ini bukan Ina Mawi, tapi Ina yang dulu sekolah sama dengan aku) aku jugak cukup tak suka orang baling batu sembunyi tangan (walaupun aku ada buat macam tu dulu, tapi yang sebenarnya aku tak baling sesiapa [biasalah ayat cover]).

Semalam aku ada terjumpa dalam satu blog, (kepunyaan bekas wartawan Malaysiakini), Susan Loone. Katanya dalam blog itu dan memetik sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bapa Altantuya, Stev Shariibu.

"Mr Stev Shariibuu had issued a press statement questioning the "police source" on the result of the DNA "confirming" that the four year old Altanshagai, is the son of the deceased's ex-husband, a Mongolian (Bernama story).

"I was also doubtful about the story and asked "Is someone lying again?", knowing damn well that it couldn’t be possible to produce such results when the test was not done." -- Susan Loone