Kata lecturer aku, En Adlan, orang laki cuma termenung disebabkan dia fikir dua benda; pertama kerana memikirkan soal duit. Dan yang kedua, kerana fikirkan soal perempun, ie: cinta.
Itu En Adlan punya pendapat.
Tapi aku rasa pendapat En Adlan tak apply kat aku. Aku tak fikirkan soal duit (pegang duit pun aku tak). Apa tah lagi fikir soal perempuan. Jauh sekali (aku tidak ada teman istimewa, nak mengorat kat bus stand pun aku dah tak sempat).
Mungkin aku bukan lelaki.
Ermm... helo, aku still lelakilah.
Cuma sekarang di benak fikiran aku, ligat fikirkan soal Altantuya dan kaitannya dengan TPM Najib Tun Razak. Tidak mungkin ada kaitan, pasal Najib masa PRK Ijok itu hari dah nafikan senafi nafinya. DSAI saja buat kenyataan tu, untuk modal politik dia.
Tapi statement oleh Stev Sharibu, yang mempersoalkan keputusan DNA yang dibuat ke atas anak Altantuya, Altanshagai bagai menyokong pendapat DSAI yang juga turut mempersoalkan mungkinkah ada kaitan Najib dengan isu ini.
"Is someone lying again?" Stev Shariibu.
Adakah ada orang yang menipu, macam Jepun yang menipu Melayu semasa memulakan penjajahan yang berlaku selama lebih kurang 4 tahun di Malaya.
Atau macam PKM ditipu Inggeris, melatih PKM untuk melawan Jepun tetapi akhirnya Inggeris memerangi PKM.
No comments:
Post a Comment