19 June 2007

Blog dan masa depan negara

7 tahun sudah aku mula kenal blog (walau pada mulanya ia tak dipanggil blog; cuma aku dan kawan aku panggil weblog atau log sahaja). Semuanya terima kasih kepada Mat Jan yang memperkenalkan aku dengan dunia pe'weblog'an.

Ingat lagi dulu waktu mula-mula buat 'gathering (berhimpun)' secara tak rasmi. Waktu itu kami 'berhimpun' tak ramai -- aku, Mat Jan, Lan, Zairi, Nett, Ijah, Aquil, Zira, P-nut, Peaquor, Rudy, Fajar dan Fuad.

Selepas 7 tahun, kini penulis blog sudah mencapai angka beribu-ribu orang -- dengan terwujudnya dua fraksi utama; Geng Jurnal (GEJU) dan Bloggers United (yang aku ketahui, aku percaya ada satu dua lagi fraksi yang tak dikenali ramai).

Kita harus akui perkembangan pesat blog.

Baru-baru ini seorang timbalan menteri mendesak supaya semua penulis-penulis blog mendaftar nama mereka. Tidakan ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai cara kerajaan mengawal rakyat negara ini -- dengan alasan bahawa takut jika penulis-penulis blog, ada yang menyalah gunakan ruang untuk mereka menulis.

Lagi, Menteri Penerangan Datuk ZAM menyarankan kepada Malaysia bahawa blog harus diklasifikasikan; yang mana blog elok dan yang mana blog yang suka menyebarkan fitnah.Mungkin pihak pemerintah menyangkakan mereka mungkin dapat mengawasi kesemua gerak geri rakyat; sehinggakan di ruang maya ini -- kata seorang ahli politik pembangkang -- mereka mahu mengawasi rakyat.

Dalam artikel yang bertajuk "[k]erajaan tewas dalam 'perang siber'?" tersiar di mStar pada 3 Ogos 2006, pemilik blog ScreenShots Jeff Ooi dan pengendali Malaysia-today, Raja Petra berkata kepada penulis artikel tersebut, "[b]erbeza dengan laman-laman web pro-Reformasi yang tidak dikenali, blog sekarang ditulis oleh beberapa penulis yang dikenali ramai, kalaupun tidak berpengaruh. Teknologi untuk membangunkan blog kini jauh lebih mudah berbanding laman-laman web Reformasi."

Nampaknya masa depan negara kini, terletak pada blog dan melihat kepada perkembangan blog kini aku yakin bahawa pemerintah masa akan datang perlulah kuasai blog untuk terus berkuasa.

5 comments:

Anonymous said...

dan kerana terjumpa website 'gathering (berhimpun)' secara tak rasmi' itulah...
timbul minat aku nak memblog jugak (selepas asyik tulis komen pjg2 kat weblog pitas matjan...)

Anonymous said...

aku bukan aje terhutang budi dengan mat jan, tapi terhutang duit. nyaris mat jan adalah mat jan, kalo mat jan dah jadi Ah Long, masak aku kena belasah.. ni pun tak tau bila lagi nak bayo. tima kasih mat jan..

Mat Jan said...

sama-sama :)

Anonymous said...

masa tu, aku hanya mengikuti perkembangan log-log di Malaysia (log macam diari peribadi) dan melalui pembacaan itulah aku sampai kenal Pika. Kenal melalui pembacaan semata hinggalah berutus email.

Lama kemudian barulah dpt jumpa orgnya, pertama kali bertemu di satu seminar di PJ..... hahahahha

*sigh* pika ingat ker lagi yerk?! *sigh*
nostalgia la plak si pika nih, hehehe

Makasih pika!

Anonymous said...

betull..blog juga banyak mengajar aku tentang sesuatu..