27 November 2009

Espeearem

Yeoh Bik Hai sudah lama meninggal. Mati. Kembali ke rahmatullah. Atau bahasa kasarnya mampos.

Dia meninggal akibat terjatuh daripada tingkat err.. err... 11 eh... bukan, daripada tingkat 14.

Yang best tempat itu adalah tempat interogasi atau tempat soal siat bagi Persatuan Penternak-penternak Ikan Sangkar (Espeearem).

Kendatipun sudah lama anak muda berbagsa Tionghua itu meninggal namun sedikit sebanyak pengaruh anak muda itu bertambah kuat, menidakkan kuasa penindasan yang buatkan dirinya jatuh terhempas sampai keluar darah menitik-nitik tangkala mayatnya diangkat masuk ke dalam stretcher.

Kuasa penindasan yang dimaksudkan tak lain, tak bukan, dari sang penguasa sangkar ikan yang buat trick melepaskan ikan-ikan dari dalam sangkar pada masa pemborong yang cekik darah nak mampos itu datang.

Ya, baru-baru ini kuburnya digali semula - semuanya pasal jam tangan doktor dari Siam tertinggal dalam perut Yeoh. Doktor itu yang diberikan taraf permastautin tetap oleh kerajaan negeri Selangor menyatakan dengan jelas bahawa Yeo mungkin diliwat sebelum kejadian bunuh terjun atau terterjun dari tingkat 14.

Doktor Siam itu yang cukup gaya funk semasa rugged tak ingat dengan penuh yakin kata Yeo bukan sengaja terjun tetapi ia diterjunkan dari tingkat 14. Dan suspek utama yang terjunkan Yeo adalah pegawai-pegawai dari Espeearem.

Yeoh Bik Hai memang seorang wira penegak keadilan dan keadilan untuk engkau.

Cerita bohong aka fitnah aka palsu aka tipu

Sial!

Tak sempat aku ludah, kau dah ludah dulu. Ludah kau maha hebat. Bercampur dengan kahak hijau yang ada sedikit kuning, sungguh pekat, terkena tepat pada muka dia. Tapi sayang muka yang kau ludah itu cumalah gambar.

Gambar itu adalah sebahagian daripada kertas surat khabar yang menjadi tempat bungkus roti bom kedai Kak Bitah yang buat aku hangin pasal kena lama menunggu.

Mulanya niat kau meludah itu (aku tahu) kerana geram dengan customer service restoran tersebut, tetapi alih-alih bila kau tengok ada gambar Ir Nizar kat situ langsung marah kau pada restoran tersebut reda.

"Ah... buat apa aku main ludah-ludah dengan kau. Baik aku layan TV, lagi baik. Nak-nak lagi ada siaran berita. Termasuk jugaklah sikit propa. Argh... sewel!" Hati aku kata.

Terkeluar sikit kata-kata aku yang hujung itu. Mulanya ingin bermonolog sahaja dengan diri aku sendiri. Tapi hmmm...

Kau, "Sewel? Sape sewel. Aku, kau atau si bedebah dalam gambar tu." Merujuk pada gambar Razak Baginda, Najib Razak dan seorang wanita tak dikenali serupa macam Cina - matanya sepet. Kalau tak pun dari Cina, misti orang-orang dari sebelah sana.

Dan pada gambar Najib Razak mengalir kahak hijau asal kepunyaan kau.