Sial!
Tak sempat aku ludah, kau dah ludah dulu. Ludah kau maha hebat. Bercampur dengan kahak hijau yang ada sedikit kuning, sungguh pekat, terkena tepat pada muka dia. Tapi sayang muka yang kau ludah itu cumalah gambar.
Gambar itu adalah sebahagian daripada kertas surat khabar yang menjadi tempat bungkus roti bom kedai Kak Bitah yang buat aku hangin pasal kena lama menunggu.
Mulanya niat kau meludah itu (aku tahu) kerana geram dengan customer service restoran tersebut, tetapi alih-alih bila kau tengok ada gambar Ir Nizar kat situ langsung marah kau pada restoran tersebut reda.
"Ah... buat apa aku main ludah-ludah dengan kau. Baik aku layan TV, lagi baik. Nak-nak lagi ada siaran berita. Termasuk jugaklah sikit propa. Argh... sewel!" Hati aku kata.
Terkeluar sikit kata-kata aku yang hujung itu. Mulanya ingin bermonolog sahaja dengan diri aku sendiri. Tapi hmmm...
Kau, "Sewel? Sape sewel. Aku, kau atau si bedebah dalam gambar tu." Merujuk pada gambar Razak Baginda, Najib Razak dan seorang wanita tak dikenali serupa macam Cina - matanya sepet. Kalau tak pun dari Cina, misti orang-orang dari sebelah sana.
Dan pada gambar Najib Razak mengalir kahak hijau asal kepunyaan kau.
No comments:
Post a Comment