Aku mengagumi AS. Bagi aku itulah daerah paling selamat untuk diduduki selain negara Malaysia. Mereka adalah sebuah negara yang tegak mendokong prinsip demokrasi dengan utuh.
Namun akhir2 ini sikapnya bagai menarik balik kekaguman aku itu. Kalau boleh aku katakan sikapnya adalah sikap hipokrit. Pada waktu mereka terus menerus menunjukkan komitmen memperjuangkan demokrasi di seluruh dunia, sikapnya menyokong Israel amat memualkan. Aku andaikan mereka seperti menutup mata sebelah terhadap penindasan yang dilakukan Israel.
Ya betul, Israel kejam. Tetapi ingat, Hezbullah yang mulakan dulu. Mereka culik dua orang pegawai keselamatan Israel. Dan kemudian menyorok di Lubnan. Dan nah! Lubnan jadi sasaran.
Kalau kita nak bertarung pastikan dulu diri kita siap. Siap dengan pelbagai persiapan ie senjata dan ketenteraan. Seperti semalam dalam filem yang ditayangkan kat TV9, Robin Hood the Prince of Thieves. Azeem watak bangsa Morish berkata dengan sinis kepada Robin. "Mereka bukan orang perjuangan," katanya kepada 'thieves' pengikut Robin Hood.
Mungkin betul kata Azeem. Tetapi eloklah kata2nya itu ditujukan kepada Hezbullah. Kalau betul mereka orang perjuangan, serahkan kembali mereka yang ditawan. Ingat lagi ketika Nabi masih hidup. Jiran Yahudi yang melayannya dengan buruk dilayan kembali dengan elok. Dan Saidina Umar ketika menjadi khalifah, membersihkan tempat ibadah orang Yahudi di Jericho.
Tak kiralah kau Syiah atau Sunnah atau Qadariah atau Ahmadiyah yang penting kau mengimani nabi Muhammad. Takkan kau nak terus tengok rakyat Lubnan terus terseksa.
Seperti yang aku kata sebelum ni, Amerika seakan membenarkan berlakunya penindasan ni. Aku akan tetap terus menyokong Hezbullah jika apa yang mereka lakukan itu sebahagian daripada strategi untuk mengalahkan penindasan. Jika tidak mereka lebih berdosa daripada mereka yang berdosa!
No comments:
Post a Comment