18 July 2006

Sakit kepala, ke pening

Aku masih ingat, waktu tu aku matriks. Kepala aku sakit. Aku ke Pusat Perubatan ITM dekat [Kolej] Seroja. Sakit memang sakit. Kerja boleh tak siap woo kalau kena. Sehari suntuk berkurung kat dalam bilek.

Aku tunggu giliran aku kat situ. Sambil-sambil tu aku sempat lagi main2 mata dengan dua orang awek yang duduk sekali menunggu. Mat Jan yang join sekali, tersipu-sipu malu -- dia memang macam tu. Dengan perempuan malu.

Belum sempat aku nak main mata dengan lebih lagi, misi kat situ panggil aku. Doktor nak jumpa. Katanya perlahan.

Aku dengan tak buang masa, masuk ke bilek doktor. Aku duduk. "Awak sakit apa?" tanya doktor.

Aku jawab tergagap, "Pening. Eh. Bukan, [tapi] sakit kepala."

Doktor tu menyergah aku. "Pening, ke sakit kepala?"

Aku dalam keadaan serabut bertanya pada doktor tu, "bukan pening ngan sakit kepala tu benda yang sama ke?"

"Pening, memusing. Sakit kepala, kepala kita sakit. Paham..." doktor tu cuba berlembut dengan aku.

Dah dekat 6 tahun dah peristiwa tu jadi kenangan. Dan masa ini, aku masih terngiang-ngiang lagi apa yang doktor tu kata.