14 January 2007

Isu Semasa

Malam ni kat RTM 1 ada program Isu Semasa, dengan tajuk Ulama dan Masa Kini [tah.. aku lupalah], dengan jemputan Dr Mohd Asri Zainul Abidin [MAZA] dan dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar [Datuk JJ] bukan Syed Munawar.

Entah apa tujuan RTM adakan program ini. Jenuh aku cari apa tujuannya. Tetapi RTM mungkin bertujuan yang ini: 1. ingin jatuhkan air muka Dr MAZA. Atau yang kedua ingin menghebahkan pada orang ramai bahawa tidak baik mengendap orang lain bagi tujuan tangkap basah.

Kalau kerana tujuan <1.> memang tepat RTM bawa Datuk JJ bukan Syed Munawar. Aku yakin kali ni macam "debat" kerana Datuk JJ memang berkeboleh men"dictate" hujah orang. Aku tak yakin forum ini untuk tujuan <2.> Kalau untuk tujuan <2.>, RTM boleh saja ambil Syed Munawar [pengacara biasa bagi program Isu Semasa] atau Sabaruddin Ahmad Sabri sebagai pengacara.

No comments: