Semalam satu lagi episod cerita sedih absurd Oshin ditayangkan. Ooo.. biarkan aje siri tu terus jadi absurd. Tengok siri tu aku tengok kesengsaraan seorang miskin yang akhirnya menjadi kaya - pemilik sebuah pasaraya. Kesengsaraannya terlampau melampau, tetapi di situ tersimpan memori.
Kalau sepatutnya drama tu drama sedih, dah jadi macam drama lawak pulak. Banyak tersimpan kenangan suka daripada duka -- zaman kecik-kecik dulu -- bagi aku la.. aku tak tau korang camner.
Dikatakan Drama itu akan berlangsung 297 episod . Jadinya, siri itu akan ditayangkan selama setengah jam setiap malam hari Isnin hingga Rabu. Sama jugak dengan 100 minggu lebih kurang akan ditayangkan. Berapa bulan agaknya? 100/4 = 25 bulan. Maknanya lebih kurang 2 tahun sebulan.
Lama tu.
Memandangkan drama Bawang Merah Bawang Putih nak tamat, ni dah ada pengganti. Rakyat Malaysia akan terus dibuai fantasi-fantasi imajinasi para pembikin cerita.
1 comment:
Spt kata saudara sam,oshin bakal membwa impak yg sama spt BMBP,isu fantasi yg melampau2.adakah perdebatan di setiap lapisan masyarakat yg dicetuskan oleh BMBP bakal diulangi oshin?tak kot,sebab seperti yg dikatakan penulis,citer tu bnyk sgt nostalgianya.bg sy,tak smpai hati rsanye nk hentam cm BMBP.tpi tak tau la org lain cene lak.
sy bukn mahu menyokong mana2 pihak,cuma kekdg tu trpikir,apabila seseorg pmbuat citer tu,membuat citer brunsur fantasi mlampau,spt citer BMBP n Oshin,prnh tak penonton pikir naper dia buat citer cmtu?
sy lebih suka brfikir bhwa karya2 trsebut lebih bersifat escapism,pembuat citer nk buat citer yg tak logik,tpi brlatarblakangkan bumi nyata.dan biasanye juga,sya gemar mgambil tau (tak perlu menonton) pe yg brmain di pikiran seseorg pmbuat citer tu,sejauh ne imaginasinya leh pergi,sejauh ne dia sendiri mau brpijak di dunia nyata,dan kekdg tu,sejauh ne dia ingin mengubah realiti mejadi fantasi,tak kira la sama ada logik atau tak hasilnye.
kita perlu ingat,bhw kita perlu beri peluang utk setiap org mempamerkan escapism nye sndri..w/pun pd kita...karutnya itu tahap maksimum.
Post a Comment