09 January 2007

Dunia Baru

Aku agak tukang bikin drama Dunia Baru[DB] kat TV3 tu, misti pernah terserempak dengan Kroni Cikkiah ataupun pernah terlayar dengan blog Kroni Cikkiah ciptaan Mat Jan. Sila lihat sini untuk ke timbunan sisa-sisa saki-baki blog berkenaan.

Watak Madihah dalam drama tu buat aku ingat kat kawan lama aku Ekin. Ekincheng. Cakap Lepas. Kasar. Tapi ada jugak orang minat. Termasuklah aku. Ooops... dia dah jadi bini orang dah. Sorry yer Nazri.

Tah. Ke mana tah budak2 Kroni Cikkiah. MJ. Lan. Megat. Malee. Sha. Owin. Ekin. Yang aku tahu MJ dah jd Encik Ed. Malee, plak jd peguam kat Johor. Owin tak abis chambering lagi. Lan keje kat Shah Alam. Megat kejer dgn Petronas kat Sabah. Ekin baru2 ni dapat anak. Dgr citer gak dier skang keje jd cikgu. Cikgu Omputih. KPLI ke Cikgu Sementara ke Cikgu Sandaran ke, aku kurang periksa pulak. Sha pulak, jd peguam kat KL. Betul ke?

Dulu Sha pernah jd Presiden LawSoc[Annahita Bakavoli masa belajar law dulu kat skool aku pernah tanya, 'Bang, camne nak masuk Law Soc?" Aku jawap, "semua budak Law akan jd member LawSoc.] . Jd zaman tu semua aktiviti LawSoc budak2 Kroni Cikkiah pegang. Kiranya zaman tu aku aktiflah.

Macam siri tv Dunia Baru. Budak2 geng DB aje yg masuk teater arahan Madihah. Bila dengar kata2 Opie baru sat td, buat aku ingat kat Kroni Cikkiah, "aku dtg ni sbb ingatkan kawan aje." Cuma DB kali ni tak tunjuk kegilaan Kroni Cikkiah jer -- main boling. Kalau tidak aku boleh kata DB betul2 pernah terserempak dengan Kroni Cikkiah ataupun pernah terlayar dengan blog Kroni Cikkiah.

Yang lepas Law dlm kroni cuma 5 orang, MJ, Sha. Malee, Owin n Ekin. Megat. Lan. Aku. Kantoi. Aku sedar sgt sekerang -- fokus tu penting. Awas kalau hilang fokus. Akan hilang jugak balance. Bila dah takde balance -- senang jatuh!

2 comments:

Jimadie Shah Othman said...

dunia baru tu nampak macam lama

analog said...

hehehe.. betul la kot.. DB ikut Kroni Cikkiah...