25 July 2007

Bolasepak

Siapa nak letak jawatan, silakan. Siapa nak kena pecat, silakan. Atau siapa yang tak nak kontraknya disambung, silakan. Tak kira, anak raja, pemimpin parti politik atau rakyat biasa. Semuanya dipersilakan. Khidmat kau terhenti setakat ini sahaja.

Sehingga semalam masih hangat lagi, isu yang diperkatakan rakyat negara ini. Isu bolasepak negara. Atau lebih tepat sekali, isu maruah bolasepak negara.

Rakyat negara ini mempekatakan tentang isu ini, berikutan kekalahan [kalah hi5 2x] di kejohanan Piala Asia, yang mana Malaysia menjadi tuan rumah bersama. Situasi itu sangat mengaibkan.

Kekalahan skuad bolasepak kebangsaan dikatakan bagai menconteng arang ke muka seluruh rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja. Arang yang dicalit ke muka, amat busuk lagi membusukkan dan kotor lagi mengotorkan.

Paham maksud aku?

Kesalahan atau kelemahan yang dibuat sering, diperkatakan. Yang terdengar suara kutukan, cemuhan dan kejian. Jarang sekali kedengaran suara kritikan membina. Atau paling kurang suara kejian membina.

Tak paham lagi?

Betul kata Ibrahim Saad, ramai rakyat Malaysia yang ingin jadi hero. Hero dengan menghentam orang, tanpa perlu membina.

Malaysia diletakkan di dalam grup 'maut'. Dengan pasukan lain seperti China, Uzbeskistan dan Iran menjadi anggota lain grup tersebut.

China dah beberapa kali masuk World Cup. Begitu juga dengan Iran. Terdapat seorang atau dua dari skuad China beraksi untuk kelab Liga Perdana Inggeris [EPL]. Iran pun sama, ada seorang dua bermain di kelab di Eropah. Uzbekistan pula, sebuah negara baru dari pecahan Soviet, sememangnya umum tahu, merupakan salah satu dari kuasa besar bolasepak sebelah sini Asia.

Bagi aku, kalah 5-0 atau 5-1 sememangnya pantas buat Malaysia. Tetapi, jika boleh buat upset adalah sesuatu bonus untuk negara.

Janganlah nak diperbesarkan perkara yang kecil. Kalau kau malu [tambah lagi kalah ketika mejadi tuan rumah], baik kau persalahkan siapa yang melobi untuk menjadi tuan rumah atau siapa yang meletakkan Malaysia sebagai tuan rumah.

Kalau Persatuan Bolasepak Malaysia [FAM] yang melobi, persalahkan mereka. Jika Gabungan Bolasepak Asia [AFC] yang meletakkan Malaysia sebagai tuan rumah bersama dengan tiga buah negara lain, persalahkan AFC.

Jangan cuba 'point your fingers' pada budak-budak bola Malaysia. Sudah, cukuplah, moral mereka dah jatuh. "Mental down," kata Hardi Jaafar [salah seorang pemain pasukan bolasepak negara] ketika menjadi panel rancangan Fokus Bola, tarikh 21/707, di RTM1.

Letak saja sesapa, pasti moral down. Macam mana moral tak down, habis dihentam semua. Masuk pasukan negara, ada 'azab' baru muncul. Kena hentam, sampai lumat. Tak bermaya.

'How come' bolasepak negara nak maju.

Tukarlah administrasi. Tukarlah jurulatih, physiotherapist dan pengurus. Atau tukar saja semua pemain. Tak guna.

'Moral' pemain juga harus dijaga.

Siapa mahu jaga.

Rakyat Malaysia yang minat sukan bolasepak dan mahu saksikan sukan bolasepak kita 'standing on the eye of the world'.

No comments: