Aku dibesarkan dengan tele-filem2 RTM [juga cerekarama TV3].
Beberapa hari sudah aku tengok Panggung Perdana RTM 1. Zakaria Yusuf, Mubarak Majid, Normah Damanhuri dan Ahmad Marbawi ada berlakon. Gelak Zakaria Yusuf boleh lawan dengan gelak Salleh Kamil atau gelak Omar Rojik.
Panggung Perdana RTM 1 tengah malam tu plotnya adalah tentang sebuah gua lama yang ada di dalamnya tinggalan berharga harta karun. Dua orang penyalidik; Jalil [Mubarak Majid] dan Osman [aku lupa nama betul dia] bersama dengan Khalid [Zakaria Yusuf] terperangkap dalam gua tu.
Osman mengenang semula kisah Ashabul Kahfi yang pernah diceritakan oleh ayahnya [Ahmad Marbawi]. Jalil pula bermimpi; didatangi oleh orang tua yang alim dan mirip mukanya. Ia seperti melambangkan dirinya sendiri. Orang tua itu berkata bahawa yang kekal hidup hanyalah dua orang. Seorang lagi akan duduk di dalam gua itu selamanya.
Oleh kerana kisah Ashabul Kahfi dan mimpi itu, pertentangan pemikiran terjadi.
Antara Osman dan Jalil yang percaya kepada takdir, metafizik, dan Khalid yang berfikiran sebaliknya. Dari satu sudut betul cara berfikir Khalid tapi dia punya arrogant + gelaknya boleh menjadikan wataknya suatu watak antagonis yang baik.
Akhirnya Jalil selamat. Khalid bertukar menjadi gila. Dan Osman mati.
Kesemua pelakon2 telefilem itu sudah beransur tua [Eh.. Zakaria Yusuf mana ek]. Mubarak Majid masih muda remaja lagi masa tu. Normah Damanhuri, masih anak gadis lagi. Ahmad Marbawi masih ada lagi.
Zakaria Yusuf kali terakhir aku dengar cerita, dia ambik exam sijil insurans tahun 1990 an kot kat ITM. Kakak aku yang cerita.
No comments:
Post a Comment