17 February 2007

Pulangkan Fantasi

Aku ingat 26/12/2005 adalah waktu terakhir kali aku tatap wajah kau. Rupanya, aku silap. Aku jumpa kau, itu hari, malam sebelum puasa. Agaknya malam tu, malam lailatul qadr, malam seribu bulan dan malam di mana pokok2 bersujud akan tuhan. Aku tak pasti betul ke tidak, pokok akan bebuat begitu -- kalau aku tak percaya, berdosa tak? Eh.. Aku percayalah pada malam lailatul qadr. Tapi awal sangat malam lailatul qadr. Malam tu baru malam pertama puasa.

Kau tak macam yang aku sangka. Aku ingat kau seorang tapi aku lihat kau berdua. Dan lagi yang buat aku jelous sangat, itu hari kau pakai baju kurung! Sebelum ni bila saja kau keluar dengan aku, tak pernah pun kau pakai baju kurung. Baju kurung purple pulak tu. Warna rumah sukan aku masa sekolah rendah. Rumah Abdullah.

Aku tak pasti siapa teman kau malam tu. Tapi yang aku pasti kau tetap manis macam dulu. Wajah kau, yang dulunya pernah aku puja tetap aku puja kini. Dan waktu tu, tiba2 kepala otak aku memanggil kembali kenangan manis kau dan aku.

Tak pelah, let bygone be bygone -- oops sorry, aku tak fasih sangat bahasa inggeris, ayat ni pun aku dapat dari terjemahan bahasa inggeris di TV3. Yang lepas biarkanlah lepas. Lagipun dia memang tak boleh terima aku. Pasal aku dulu kawan dengan kawan baik dia. Katanya dia tak nak betray kawan baik sendiri.

Aku sebagai seorang Islam, tambahan lagi seorang manusia, dah jadi tanggung jawab aku untuk senyum. Jadi aku pun senyumlah meleret sampai nampak gigi aku yang dah mula rongak, [syyy!! ni nak bagi tau satu rahsia besar -- aku ni rajin tak gosok gigi!

Tapi yang buat aku sikit bengang masa tu [rasa macam bangang jugak] kau tak balas aku punya senyum. Waktu tu bagi aku, semacam kiamat kecik. Hancur, pecah berderai-derai hati aku ataupun hancur hatiku mengenang dikau menjadi keping keping setelah kau pergi. Tapi bila dengar lagu I Will Survive oleh Gloria Gaynor, Cake juga, dan lagu Loosing My Religion oleh REM bukannya tamat dunia ni kalau aku tak dapat kau. Don't bother. Life Goes On.

Hidup perlu terus.

1 comment:

umpunk said...

kalu aku di tempat ko,mau terhenti jantung aku jap.bittersweet moment,kenangan manis akan bercampur dengan kenangan pahit.sambil tersenyum mengenang kisah lama,berkerut2 dahi mengenang pe yang dah jadi....
cam aku cakap dulu,aku ni tak kuat.kalu cinta seperti hayati dan zainudin kena aku tempuhi,aku akan hancur...
tapi aku respek ko,pasal lalu ko nak senyum kat dia.
cene pun,dia 'kenangan terindah' ko remember?