17 February 2007

Cawat Besi

Saranan Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (dia ni abang ke adik Harun Din?) memang bagus. Bagus hingga menjilat jari, tak lupa juga ibu jari kaki sebelah kanan. Kau setuju? Apa pandangan kau? Kau berhak cakap pandangan kau, macam jugak kata Datuk Sharizat Jalil. Walaupun dia tak setuju dengan tu, tapi tetap dia kata "ia satu cadangan yang kreatif." Perli ke betul puji ni tuk.

Walaupun aku rasa berhak untuk cakap soal ni, tapi aku jugak rasa tak berhak -- pasal aku bukan wanita. Aku rasa cuma wanita jer berhak cakap, pasal saranan tu untuk wanita. Tapi kalau aku tak berhak, Datuk Abu Hassan Din pun tak berhak untuk cakap. Dia dan aku mungkin berhak untuk cakap -- tapi yang berhak untuk terima sudah tentu kaum wanita.

Eh.. kalau jadilah pakai cawat besi, nak pakai cawat brand apa ek? Avon, Leno, Triumph, ape lagi ha..? (Aku tau cuma tiga ni.)

Wo... kalau kata kejadian rogol meningkat sebab negara ni tak buat hukum hudud, aku leh terima la jugak. Untuk mengelakkan kejadian ni dari berleluasa pakailah hukum hudud/syariat islam. Mungkin hujah itu boleh diperdebatkan -- boleh panggil Astora dgnUstaz MAZA jugak Fathi Aris Omar dan Khalid Jaafar, dipengerusikan oleh Datuk JJ.

Walau apa pun saranan yang diberikan aku rasa, diulangi aku rasa, perkara yang paling utama ialah tabiat/sifat/akhlak/moral kita towards orang lain.

Hei, di Sweden kes rogol dia makin kurang. Aku sure diorang tak buat undang2 hudud/syariat islam pun.

1 comment:

umpunk said...

kat malaysia ada je orang yg bersungguh2 nak cakap sesuatu.dan bila dah cakap,bersungguh2 orang nak respon.dah jadi semacam penyakit lak.bukan isu cawat ni je,tapi banyak lagi isu lain yg situasi begini acapkali timbul.dan kalu dibelek2 balik,diorang ni sebenarnya selalunya,bukan berminat dengan isu yg diorang cakapkan tu,saje nak tarik perhatian....glamer jap..
yg buat marah tu,kalu cakap pakai otak takpe gak,tapi selalunya cakap ikut prasaan,takpun kepala lutut diorang.
aiseh,aku dah kena jangkit penyakit ni gak la..