16 February 2007

Semalam

Teringat aku apa dah jadi semalam. Ada drakula hisap darah aku. Tak percaya. Tak apa. Aku sendiri pun susah nak percaya pada mulanya.

Kalau kau boleh datang sini -- maksud aku: ke rumah aku, datanglah, boleh tengok kesan gigitan drakula tu. Yang satu dah hilang. Tinggal yang satu lagi. Masih ada, ni.

Tapi disebabkan drakula tu cantik -- dan tersenyum, aku membalas senyumannya. Mulanya nak marah jugak aku. Dahla isap dua liang. Tapi, nyaris drakula tu cantik.

Dia salah isap darah aku, mulanya. Berkali-kali mintak maap.

Aku maapkan dia sambil kata, "dah kerja awak, isap darah orang 'kan.' Dia tersenyum -- manis. Aku pun tersenyum jugak. Meleret.

3 comments:

umpunk said...

ko memg,asal cantik je ko relakan.cuba kalu tak cantik,mau ko bagi flying kick cm eric cantona bagi dulu!
kalu dia jadi cantik pasal dapat darah ko,ko rela ke bagi lagi skali?dan lagi?dan lagi?
tapi pasal aku kenal ko,aku rasa,ko sanggup bagi nye....hehehehehe

Rakyat said...

mana tau ni....

umpunk said...

aku tau la..... ;)