Dah lama dah ...
Ingat lagi aku, waktu tu aku nak ambil peperiksaan SPM. Paman aku - seorang motivator bebas yang terkenal - menasihatkan aku tentang betapa pentingnya fokus. Dia membuat perbandingan dari filem Robin Hood (lakonan Kevin Costner) untuk mengingatkan aku bahawa fokus ini tersangatlah penting.
Katanya, "cuba kamu bayangkan, Robin Hood nak panah ke sasaran, tiba2 Lady Marion datang dan meniup akan telinganya. Fokusnya ke sasaran lari. Habis tersasar jauh anak panahnya."
Dia berkata lagi, menerangkan, "tengok betapa pentingnya fokus. Walaupun Robin Hood itu seorang yang pakar memanah, tetapi bila fokusnya terganggu atau diganggu, panahannya juga akan tersasar.
Ya, walaupun Robin Hood seorang yang pakar bermain alat panah, tetapi dia juga pasti akan tersasar jauh panahannya, jika tiada fokus.
Tapi sayang aku tak pegang kata2 paman aku itu. Aku tak fokus dalam pembelajaran. Akibatnya aku kena dismiss dalam pengajian aku.
Aku tertanya2 jugak, kenapa orang lain boleh fokus, tapi aku tidak. Ntah.
Ada orang tu pegang jawatan presiden dalam lebih 3 persatuan sukan. Sekarang ni kejar satu jawatan dalam satu persatuan sukan yang besar. Boleh jer dia control.
Mungkin agaknya dia lebih hebat dari Robin Hood yang dilakonkan oleh Kevin Costner yang kerap kali dikisahkan kepada aku oleh paman aku untuk mengingatkan aku tentang peri pentingnya "fokus".
Kini aku sudah belajar dari kesilapan aku. Jadi sebelum orang lain hilang fokus, lebih baik tetapkan satu fokus saje.
No comments:
Post a Comment