23 December 2006

Murtad

Dah berminggu dah Raja Sherina ditahan polis. Dia dituduh penyebar fitnah berSMS, melibatkan Datuk Azhar Mansur. Pelayar solo negara yang berjaya mendapatkan gelaran Datuk dengan berlayar secara solo mengelilingi dunia. Bagi aku, Peguam Negara bukan sahaja harus ambil tindakan terhadap Raja Sherina, tetapi harus juga ambil tindakan kepada orang yang membuat kenyataan [di media] mengatakan bahawa jumlah orang yang murtad di negara ini telah mencecah ratusan ribu orang.

Petikan ni aku ambil dari malaysiakini.com, "[c]onversions from Islam are minimal and nowhere near the 100,000 figure bandied around by some religious leaders, said a researcher.

"Based on official data obtained from the state syariah courts, religious departments and the National Registration Department (NRD), the number of conversions are only in the hundreds.

"Dr Mohd Azam Mohd Adil, a law professor at the Universiti Teknologi Mara (UiTM), said that the NRD recorded 750 applications between 1999 and July 2003 to change names - from Muslim to non-Muslim - in the identity cards.[baca lagi]"

28 November 2006

Putih lwn [bukannya Hitam] Merah

tagline: "Sang Malaikat melawan Sang Iblis"

Sang Iblis akan terbeliak biji mata sambil tersenyum puas setelah dengan jayanya menipu Sang Malaikat. Tidak dilupa, setiap kali melakukan perbuatan onar terhadap sang Malaikan pasti akan pandangan kamera di close up ke muka. Tak kurang dari 5 kali setiap menet. Permisa juga akan tersenyum puas pada episod yang terakhir, yang dijangkakan akan keudara pada lebeh kurang bulan Januari tahun depan. Apabila melihat watak Sang Malaikat 'melonjak keriangan' mengalahkan watak sang iblis jahanam. Resepinya, agak simpel yang baik kalah dulu -- diinjak-injak sampai lumat menyembah bumi, tetapi akhirnya si jahat pula yang akan injak-injak lumat, bagaikan puntung rokok yang terakhir sudah dihisap.

Itu yang dimahukan oleh sipembuat cerita. Kita akan terbuai-buai dengan khayalannya, menangis teresak-esak, beremosi dengan watak sang iblis.

22 November 2006

Ugut

Ada pelbagai cara orang mengugut.

Ini mungkin salah satu dari cara mengugut; untuk mengelakkan dari terjadinya kembali peristiwa 13 Mei. Kita harus bersatu!

15 November 2006

AMENO

Entah kau perasan [atau aku ketinggalan zaman] atau tak, ucapan Presiden AMENO sudah mirip kepada ucapan Presiden PAS. Persembahan tadi pun dimulai dengan bacaan Quran dari pemenang sulung Akademi al-Quran [AQ] -- (sori aku lupa nama dia).

AMENO dengan Islam Hadharinya. PAS pulak dengan slogan Di bawah Kepimpinan Ulama. Dua2 saling tunjuk kat rakyat, depalah paling Islam. Takde Islam lain selain depa. Nokhtah.

Hidup AMENO 3x
Hidup Melayu..
Hidup Melayu, mati **na
Hidup Melayu, memang tarak guna wooo...
Oops..
Sori ek... kat para perwakilan dan pemimpin AMENO. Bukan niatku untuk mengatamu...

Iman

Iman. Ini soal personal. Terlampau personal.

Cuma yang mengetahui tentang soal itu, ialah kau dengan Sang Pencipta. Untuk kau yang lain, buat apa nak fikir sesuatu benda yang melampaui tahap pemikiran kita yang sepatutnya.

Pedulikan saja. Dia nak beriman ke tidak.

Last sekali, pesanan untuk kau [dan aku juga], sebelum mempercayai sms menceritakan keimanan seseorang lebih baik kau periksa dahulu kesahihan cerita tu.

Bukan nak kata apa tapi kesian jugak pada orang-orang yang percaya, mereka semua 'dipandang tinggi dalam agama'.

13 November 2006

Eksklusif

Tak payah rasanya aku nak mendefinasikan maksud kata yang dijadikan tajuk tu. Ingat, dibawah gariskan eksklusif. Asal katanya dari kata Inggeris. Exclusive. Dan lawan katanya inklusif. Atau dalam bahasa Inggerisnya inclusive.

Lewat beberapa hari ni, kita lihat bahawa seorang insan yang pernah mengharumkan nama negara telah difitnah murtad. Err.. kawan aku ada bezakan mengumpat dengan memfitnah. Katanya jika mengumpat, kita memperkatakan sesuatu yang ada belaku terhadap seseorang dibelakang orang tu. Dan jika memfitnah pulak, maksudnya memperkatakan sesuatu yang tak [pernah] berlaku terhadap seseorang.

Insan itu dikatakan akan masuk neraka, pada alam akhirat nanti. Urmm.. dia [maksud aku pemfinah2 tu] dah ambik title tuhan kot. Seperti hak2 eksklusif menetapkan surga dan neraka ada pada tangan mereka. Sedangkan hak2 eksklusif mereka sendiri nak masuk ke surga dan neraka juga belum tentu.

12 November 2006

Demokrat

Mintak2 dengan kemenangan demokrat di dalam pilihanraya kongres ini akan tiadalah lagi peperangan kat dunia ni -- perang Iraq, perang Afghanistan, perang Lubnan dan lain2 perang lagi. Perang besar, maksud aku. Mintak2 juga demokrat kali ini dapat merubah Amerika -- tak adalah lagi imej2 'songsang' seperti lambang pentagram kat beg budak2 sekolah.

10 November 2006

Fisio

Ini kat hospital. Unit fisioterapi. Hospital adalah tempat yang dikaskan untuk merawat pesakit. Petang semalam aku ada treatment. Macam biasa. Sejam untuk fisoterapi biasa dan sejam untuk fisioterapi cara kerja.

Hari ni, ramai pulak pesakitnya. Baru daftar agaknya. Kalau tak aku dengan beberapa kerat pesakit aje. Mau bosan aku.

Tapi hari ni tak macam selalu. Ada 'bunga'. Bunga tu lawa la jugak. Dia teman bapaknya. Bapaknya kena strok macam aku. Cuma dia belah kiri, aku belah kanan. Mungkin ada pembuluh darahnya tersumbat atau pecah kat otak sebelah kanan.

Ah.. kalau tak sebabkan aku kena penyakit ni, dah lama dah aku mengayat bunga tu. Tp, nyaris aku cepat sedar diri.

Senyum ajelah yang mampu aku buat. Dan dia balas.

Urmm... Ada respon.

23 October 2006

Raya

Salam Hari Raya IdulFitri Buat Samua...
Maaf zahir batin...

Ikhlas

Nyaris tadi penyimpan mohor2 besar umumkan yg esok ada satu hari lagi puasa. Kalau tidak malam yg hujan kelan ni, tentu akan bergegar. Ada pesta. Muda mudi dan dewasa merayakannya.

Sejak petang hari Jumaat itu hari, jalan depan rumah aku dah mula sesak. Kereta rapat2. Macam ni ha [sambil tunjuk isyarat tangan, jalan sesak]. Aku agak lepas raya baru nak lengang. [lepas raya maksud aku, pada Isnin, yang satu lagi -- minggu depan]

Esok ada sehari lagi nak buat persiapan raya. Mana yang terkurang, eloklah dilebihkan. Baik cargas.

Diam tak diam, dah lebih dua tahun dah aku sambut raya dengan keadaan macam ni. Tiga kali raya.

Dan dalam masa lebih dua tahun nilah -- tiga kali raya -- aku belajar. Tenang. Ikhlas. Boleh kawal diri. Namun aku sedar, yang aku cuma berjaya ambil setetes dari ilmu tenang. Ilmu ikhlas. Dan ilmu kawal diri. Banyak lagi yang perlu aku belajar.

Alangkah baiknya, kalau aku jadi macam Nak Fandi -- berjaya kuasai ilmu ikhlas tanpa disedarinya, Haji Romli pun tidak kuasai semacam mana yang dia kuasai.

Ikhlas, itu kata suci, bagi aku. Suara sepenuh hati. Yang tak mungkin seseorang manusia mampu menilainya.

22 October 2006

Revolusi

Sekarang ini zaman millenium. Manusia sudah tidak terbahagi kepada blok-blok ideoloji ciptaan mereka sendiri.

Sebenarnya sudah lama proses asimilasi melibatkan ideoloji-ideoloji ini terjadi. [Maksud aku proses asimilasi antara paham komunis dan paham kapitalis].

Kalau kau lihat pada awal kemunculan ideoloji komunisma Georg Wilhelm Friedrich Hegel adalah kawan Karl Marx itu sendiri.

Dia sememangnya sorang kapitalis 'tegar' atau dalam bahasa lainnya disebut kaum kanan. Seorang bangsawan negara Jerman yang ternama.

Tidakkah kau ragu bahawa ideoloji komunisma telah bercampur baur dengan ideoloji yang berasaskan buku The Wealth of Nation, kapitalisma dan liberalisma.

Di dalam bidang literatur pula kau boleh lihat Albert Camus berjaya memeningkan rakyat dunia hari ini. Mana satu pikirannya terletak, pada sebelah kanan atau pada sebelah kiri?

Entah.

Camus menggoda masyarakat seluruh dunia dengan literaturnya [yang sebelum itu tak pernah menunjukkan 'keseksiannya'].

Camus bagaikan orang yang berhaluan kiri.

Ada yang menampal tag 'kiri' kepada batang tubuhnya.

Namun sesetengah peminat literatur juga menjadikannya orang kanan. Ekstrem kanan.

Dia ditanda dengan double sided tag walaupun dia sendiri tidak mahu perkara itu terjadi.

Jurgen Habermas juga turut mempunyai double sided tag. Beliau yang komited memperjuangkan demokrasi di Asia, mengangkat pemikiran Marxis-ortodok, demokrasi liberatif dan turu menjulang nama-nama besar intelektual dunia di dalam tesisnya. Jurgen Habermas yang lahirkan pada 1929 di Jerman merupakan seorang yang prolifik dari golongan Jenerasi Kedua Sekolah Frankfurt.

Di dalam bidang agama, Hassan Hanafi juga ada memperkatakan tentang kiri dan kanan dalam bukunya Madza Ya'ni al-Yasar al-Islamy (Kiri Islam). Tetapi gagasannya itu (buku tersebut) dipandang serong oleh umat Islam sendiri. Dia dituduh mencipta sebuah mazhab baru -- yang dinafikan kemudian olehnya.

Dia menegaskan, bahawa gagasannya itu adalah dari sumber kelas yang berkait rapat dengan pemikiran Marxisma-Leninisma, namun di samping itu, beliau juga turut menyokong liberal, demokrasi atau apa sahaja yang dipromosikan oleh kaum kanan.

Nampaknya tiada lagi blok komunis atau kapitalis pada era millenium ini.

Revolusi yang menjadi slogan utama kaum kiri, kini telah menjadi platform [juga] untuk kaum kanan.

Mereka seiring dalam melaungkan "letak jawatan kuku besi" atau "pergi mampos diktator".

Pilihan

"Mungkin pilihan bagi Presiden George Walker Bush untuk melakukan penaklukan ke atas Iraq. Katanya demi kebebasan. Mungkin bagi Presiden Vladamir Putin sesuatu yang benar untuk tidak melepaskan Chechnya. Katanya demi kedaulatan negara Rusia.

"Dan mungkin adil bagi Presiden Ariel Sharon untuk menyerang lubnan. Keadilan harus dicari. Selagi tak dibebaskan polis-polis Israel itu, selagi itulah Lubnan akan diporak perandakan.

"Kita boleh bermungkin-mungkin. Kita boleh berkalau-kalau."

[untuk bacaan selanjutnya sila ke sini, esei penuh di sini]

18 October 2006

Waktu itu Kau hidup!

Kau
hidup.

Waktu itu.

Kau nyalakan
cahaya
dalam hatiku
yang sudah hampir terpadam.

Di saat aku menerima khabar buruk
Kau sambut aku dengan kebahagian.

Di saat aku putus harap
Kau sambungkan pengharapan untuk aku

Apa lagi yang aku mahukan?

Kadang-kadang tertanya juga aku,
mengapa aku dibesarkan sebagai seorang manusia
sebagai seorang Ahmad Zulfikar.

Mungkin ada maksudnya yang
aku tak tahu.

Cuma ada satu yang aku harapkan.

Berilah aku barang satu lagi peluang.

Kiamat

Petang2 bulan puasa ni, aku selalu tak keluar rumah. Tengok TV. Kiamat Sudah Dekat, TV9, 5.30. TVholic aku ni.

Dalam siri tv ni, takde watak yang benar2 jahat. Atau benar2 baik.

Itulah lumrah manusia. Fitrah. Yang jahat ada baiknya. Yang baik, ada jahatnya.

Sarah membaca puisi2 karangan Jalaluddin Rumi dan Ibnu Arabi. Tetapi ayahnya atau babehnya, menegahnya. Suruh diberhentikan sahaja apabila mendengar salah seorang daripada dua penyair sufi itu bersyair.

"Aku bukan Yahudi. Bukan Kristian. Mahupun aku beragama Islam. Aku beragama cinta."

Jelas, yang menjadi watak antagonis dalam drama ini ialah Hj Romli, babehnya Si Sarah. Lakonan Deddy Mizwar. Hj Tsani. Farid. Manakala watak protagonis pula ialah Sarah, Saprol, dan Fandy.

Jadi, boleh aku katakan bahawa Musfar Yasin seakan2 hendak 'mendendangkan' syair Ibnu Arabi, dalam drama tersebut. Kalau menurut aku seorang penulis skrip akan pro kepada protagonis. Bukan antagonis.

Watak Sarah dan watak Hj Romli, seakan-akan pertentangan pendapat dari 'sekolah pemikiran' al-Ikhwan, Seruan al-Azhar dan Saudara, bertemu dengan pendapat dari 'sekolah pemikiran' Lidah Benar, Suara Benar dan Panduan.

Subteks yang ada, turut mengiringi dengan baik pertentangan tersebut.

Contohnya ketika Haji Romli mahukan kopi. Sarah enggan membuatkan kopi untuknya kerana dia ada darah tinggi. Tetapi Haji Romli bertegas juga. "Sesekali tidak mengapa. Babeh sudah lama tidak minum kopi."

Sarah kemudiannya menjawab dengan senyuman manis, "kalau babeh nak jugak, Sarah bagi. Sarah kepingin melihat babeh gembira pagi ni." Ya, Haji Romli mahu anaknya kahwin dengan Farid, anak kawannya, Haji Tsani. Dia boleh menurut.

Haji Romli boleh melihat dia bahagia, tetapi kebahagiaan itu mungkin akan disusuli dengan penderitaan. Kerana perkahwinan itu bukan dari kehendaknya (Sarah). Situasi ini sama seperti situasi Haji Romli mahukan kopi. Kopi itu mungkin boleh menyebabkan kematian, tetapi kerana mahu melihatkan Haji Romli gembira. Sarah turutkan juga.

Garapan yang baik dari sutradara -- Deddy Mizwar dan tulisan yang mantap oleh penulis skenario -- Musfar Yassin, berjaya memastikan 'sinetron' itu dipilh sebagai 'sinetron' Terbaik.

Selain tu jugak drama tu menang 4 lagi anugerah. Pelakon Pembantu Terbaik -- M. Dwiki Reza (Saprol), Seni Audio Terbaik-- Mamat Muhayar, Penulis Skenario Terbaik -- Musfar Yasin dan Sutradara Terbaik -- Deddy Mizwar.

Selain tu jugak, Presiden Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut sama minat pada drama bersiri ini.

Cinta II

"I believe in the Religion of Love, whatever directions it's caravans may take, for love is my faith and my religion."
-- Ibnu Arabi

16 October 2006

Impian Ilyana

Beberapa minggu sudah dalam Impian Ilyana, filem Nenek Kebayan Terakhir akan ditayangkan. Filem itu mendapat bantahan dari staff UiTM dan pelajar-pelajarnya. Mereka kata filem itu punyai unsur-unsur tahyul.

Baru tengok tajuk dah keluarkan 'fatwa'. Haramlah. Takde unsur-unsur Islamiklah. Boleh memesongkan fikiranlah. Dan macam-macam lagilah.

Don't judge a book by its cover.

Izham, ketua Kelab Pencinta Filem, kata, "baru tengok tajuk sikit dah takut. Nak buat proteslah, apalah."

Pengarah filem tersebut, Sdr Amir Muhammad dijemput ke tayangan filem itu, untuk menjelaskan beberapa perkara yang tak jelas.

Namun, itu di dalam drama pendek Impian Ilyana. Tapi yang aku dengar sekarang, dia nak buat sequel filem Lelaki Komunis Terakhir. Judulnya Apa Khabar Orang Kampung. AKOK.

Bangun

George Walker Bush.
Bolehkah dia jadi hero Amerika?

Rakyatnya sendiri tidak setuju,
dengan satu dua keputusan yang dibuat,
besok tah-tah ada lagi,
nyawa rakyat Amerika yang melayang,
bukan,
bukan di Minnesota,
Pensyylvania,
Ataupun San Francisco.

Tapi di bumi asing,
di Iraq lebih-lebih lagi.

Ibu yang mahu anak-anak pulang,
bapa yang selalu tengok tv,
mana tahu kalau-kalau Bush keluar 'fatwa',
tarik balik tentera dari Iraq.

Kakak yang nak adiknya balik,
supaya boleh jadi posmen,
yang hantar surat kat bopren,
Atau adik yang menanti-nanti,
abangnya balik,
mendendangkan lagu Blowin' in the Wind,
masa lapang,
masa baru balik dari kelas.

Di Palestina pula ada yang bangun,
Ehud Olmert tak senang duduk,
paranoid,
langsung Lubnan diagrasi
porak peranda.

Tapi sampai bila bangunnya,
sampai Israel berambus dari Palestina?
atau sampai Isarael bagi hak kepada Palestina semula.

Ini bukan soal bangsa,
bukan juga soal agama,
yang ditindas harus bangun semula
berbaik dengan yang menindas.

Sel 73

Waktu itu kau sudah mati

Kau
Sudah
Mati

Waktu itu.

Tinggal aku keseorangan,
kesunyian,
kesepian.

Kau mati tidak keseorangan,
ada teman,
tidak seperti aku.

Aku benci dunia,
Aku juga mahu mati.

Mahu ikut kau.

Tapi aku tahu itu mustahil
tak mungkin.

Tak mungkin kau,
akan membawa aku,
pergi jauh tinggalkan dunia ini,
tinggalkan isinya.

Waktu itu kau mati,
waktu itu aku terkapai-kapai.

Sel 73

12 October 2006

KDrama


Kalau Yang dulu minat tengok drama Mandarin/Kantonis -- Cina, aku pulak obses tengok drama Korea. Princess Lulu baru saja habis lebih kurang seminggu yang lalu. Kali ni pulak ada episod baru, Autumn Shower. Macam tak best jer.

Memang, aku tahu drama korea dah boleh agak. Cinta tiga segi. Orang-ni-nak-kat-orang-tu-tapi-orang-tu-nak-kat-orang-nu. Tapi tu, kalau secara tekstualnya. Ada sub-teks yang boleh kita sebagai penonton rungkaikan.

Sentiasa drama korea bermain-main dengan sub-teks darjat, tinggi rendah sesuatu keluarga. Kau boleh tengok dalam drama "Bright Girls Success Story". Atau "Present". Atau "Ms. Kim Million Dollar Quest".

Dalam Princess Lulu juga aku sudah jangkakan bahawa ada cinta tiga segi. Dan ada orang-ni-nak-kat-orang-tu-tapi-orang-tu-nak-kat-orang-nu. Happy ending. Klise. Typical.

Drama Korea akan pasti membasahi kau, kau dan kau yang tak tahan dengan naratif sedih. Tapi betul, untuk tonton drama korea bukan boleh tonton dua dimensi sahaja. Kena tonton 3 dimensi.

Dan juga ada dialog2nya yang akan buat kita kata, "o.. ye ke?" Langsung aku secara peribadinya akan menjadikan ia satu pegangan yang baru dalam hidup aku.

Antara drama2 korea yang terbaik sudah aku tonton, Winter Sonata, Present dan Princess Lulu.
Autumn Shower takde atau belum lagi melampir subteks2 dan dialog2 yang menarik. Esok baru episod 5. Baru lagi kot.

Kerana terlampau obses, aku sekarang sedang belajar bahasa korea. Nyesal aku tak ambik bahasa korea masa degree dulu as my third language. Kalau tidak boleh aku kerja kat RTM, TV3, TV8, NTV7 n TV9. Jadi tukang translator.

10 October 2006

Di gerbang kuil

"Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia ini karena ia begitu tinggi mengangkat jiwa, dimana hukum kemanusiaan dan kenyataan alam tidak mampu menemukan jejakya." -- petikan dari Sayap-sayap Patah hasil tulisan Kahlil Gibran.

06 October 2006

Rubbayyat

"I resolve daily that at dusk I shall repent/For a night with a cup full of wine spent/In the presence of flowers, my resolve simply went/In such company, I only regret that I ever resolved to repent" -- petikan dari Rubbayyat Omar Khayyam

05 October 2006

Kemalangan

Berita tadi pagi, jelas mengejutkan. Aku bergegas turun. Mahu panggil siapa aje yang ada di bawah. Pak Su. Rais. Joned. Dan Junainah.

"Pak su, Julia kemalangan." Jelas aku pada Pak Su, tetapi yang sebenarnya aku tujukan pada semua.

Semua dengan muka terkejut.

"Kau biar betul. Jangan nak buat lawak pulak. Tak kelakarla woi."

"Betul. Aku tak buat lawaklah. Kau tengok muka aku ada macam muka orang buat lawak. Berita tu cakap keretanya kena langgar dengan lori balak. Habis remuk teruk."

Aku ambil kunci. Lari keluar. Menuju ke kereta. Pak su mengekori dari belakang.

"Biar aku aje yang drive. Orang tua tu lambat pulak." Hati aku memberi usul.

Semua orang sudah masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin. Perlahan aku bermula dari gear satu, hingga gear yang atas sekali. Dalam hati aku, tak putus-putus berdoa. Aku tak mahu Kak Long pergi, selepas tak sampai tiga minggu ibu dan ayah pergi meninggalkan aku dan adik beradik yang lain.

Maha Karya Cinta

Sehari sebelum Ramadhan, aku dengan kawan2 pi lepak minum kat kedai Romzi.

Aku yang pilih kedai tu, pasal ada anak dia yang lawa2 jadi pelayan kat kedai tu. Hendak aku melangkah masuk kat kedai tu, terasa tiba2 kaki aku berat. Entah ada beban apa yang kaki aku pikul.

Berat.

Berat sangat.

Dalam pada aku cuba2 untuk melangkah, tiba2 terlihat aku wajah yang aku kenal, wajah yang sering menemani aku. Dia terkejut melihat aku. Dan aku pun.

Aku jadi bengang tiba2. Kepala aku pening. Mungkin darah aku dah naik, mendaki sampai ke puncak. Kawan2 aku sembang apa pun aku dah tak dengar. Ah.. Pergi mamposlah.

Mintak nyawa. Ambik nafas.

'Begitu berat melangkah/Melihat kau bersamanya/Adakah aku yang salah/Atau hanya helah saja'

"I dah kata dah I takde apa2 dengan dia."

Dia diam. Terus diam.

'Ku masih mencintai kamu/Biar kau menjauh Ku rindu'

Kisah setahun dulu, yang menyebabkan aku dan dia putus -- jadi semacam trailer gambar terbaru yang nak keluar kat wayang.

Sape tah mamat yang duk sebelah dia.

'Kau bagaikan udara/Yang membantu aku/Untuk terus hidup/Di atas dunia/Tanpamu ku lemah /Pasti aku tak berdaya/Kerna kau maha karya cinta'

"Kita sampai kat sini jer lah. I nak putus."

'Biarpun kau tidak mahu menerima kasih daku/Ku kan setia bersamamu/Sehingga ke akhir waktu/Ku masih menyayangi dirimu/Biar kau berlalu Ku rindu'

"Bulan, kau akan jadi temanku malam ni. Dan malam2 yang seterusnya." Malam itu juga seperti malam yang lain aku mendambakan teman dan bulan menjadi teman terbaik buat aku.

04 October 2006

Gubra


Walaupun filem ini sudah lama ditayangkan, tetapi aku baru sahaja tonton. Komen aku lepas tonton: Yang sepatutnya seorang Muslim.

03 October 2006

Akta drakonian

"Manusia akan jadi lebih kreatif jika mereka tertekan. Dan dengan keadaan tertekan itu juga kita akan bangkit melawan" Itu ayat dari mulut aku. Aku tak pasti sama ada ayat itu sudah digunakan atau tidak. Aku juga tak tahu sama ada ayat itu terbukti benar. Apa yang aku tahu, hakikat daripada ayat tersebut terbukti hasil daripada pemerhatian aku.

Bagi sesetengah orang di Malaysia mereka bisa tertekan dengan segala macam akta2. General rule, kita perlu undang2. Tapi setiap general rule pasti ada exceptionnya. Dan exception untuk situasi ini ada sesetengah undang2 kita tak perlukan!

Tetapi, rakyat Malaysia yang merasa tertekan sudah pasti berada di dalam keadaan dilema. Ermm... macam isi dalam buku karangan Tun M. Manusia Melayu perlu membebaskan diri dari pantang larang kepercayaan orang Melayu, tetapi dalam masa yang sama segala macam pantang larang itu masih kuat mengcengkam diri orang Melayu.

Kalau macam tu tak payahlah nak sertai kempen anti ISA, anti OSA, akta Penerbitan, AUKU, atau lain2 yang sama waktu dengannya. Cuba bayangkan, jika undang2 yang menekan itu tiada, aku pasti orang2 kita jadi orang2 yang lemah. Tidak melawan.

Bagaimanapun fitrah manusia pasti ingin menjadi kuat,[melainkan dia mahu melawan fitrah ini ataupun dia punyai alasan2 lain untuk tidak mengikut fitrah ini]. Cuma terpulang kepada kita untuk mengekspressikannya. Ada juga yang diam tetapi di dalam jiwanya melawan. Akhirnya akan terlahir melalui perbuatan sedikit demi sedikit.

Undang2 yang menekan harus ditentang. Itu tanggungjawab kita sebagai rakyat. Jangan pula kita hendakkan orang lain melaksanakan tanggungjawab mereka. Kerajaan pastinya tanggungjawab melaksanakan permintaan rakyat.

02 October 2006

Nak or Tanak

"Benda yang paling kita nak, adalah benda yang paling susah untuk kita dapat [atau takkan kita dapat]"

Dalam situasi aku, banyak benda yang aku nak tapi susah nak dapat ataupun tak dapat langsung. Jika kau dapat kaulah orang yang paling beruntung. Elok kau buat sujud syukur, tadah tangan pada tuhan. Dan lagi, benda yang paling aku tak nak, dapat.

Contoh 1: Aku nak sangat berjaya dalam pelajaran, tapi tak dapat. Aku kantoi, setengah jalan, err... boleh aku kata 4/5 lagi nak tamatkan perjalanan.

Contoh 2: Aku kepingin hidup bahagia. Berkeluarga. Beristeri. Ada anak2. Tapi tuhan takdirkan yang sebaliknya. Betul aku cakap kau, aku tak nak penyakit ni hinggap kat aku, tapi sebagai makhluk tuhan aku kena terima apa yang dibagi kepada aku.

Contoh 3: Aku tak terfikir pun sebelum ni akan makan gaji/bayaran sebagai seorang penulis dan web designer. Tapi aku terima, aku redha dengan kejer aku.

"Bila yang tertulis untukku/Adalah yang terbaik untukmu/Kan kujadikan kau kenangan/Yang terindah dalam hidupku"

Itu petikan lirik dari Samson, Kenangan Terindah. Untuk ritma, kau kena download kat sini.

19 September 2006

Karyawan dan Kekejaman Dunia

"Tipu muslihat, sekatan ekonomi dan peperangan membawa kepada pembinaan sebuah masayarakat yang tidak adil dan terkongkong. Hampir setiap hari ia berlaku. Dan kerana itulah saya menyertai berjuta-juta rakyat dunia, menetang pemerintahan Bush yang cuba meluaskan empayar US dengan alasan untuk membela hak asasi manusia di dalam negara dan di luar. Dengan semangat tersebut, saya hasilkan lagu ini untuk mereka yang mahu mendengarnya. Saya harap ia bukan sahaja mebuatkan anda yang mendengar berfikir, tetapi turut memberi semangat kepada anda untuk melancarkan aksi dan menyuarakan pendapat."

DJ Shadow menambah: "Karyawan, tak kira sama ada mereka seorang pelukis, penulis, pelakon ataupun pemuzik, punyai tanggungjawab untuk menterjemah dunia daripada sudut yang mereka lihat. Pada pendapat saya, polisi pihak pentadbiran yang ada sekarang mencerminkan sebuah polisi yang cukup kejam, tidak berperikemanusiaan dan jauh langsung daripada tujuan asalnya."

Begitulah kata-kata Zach de la Rocha (bekas vokalis band Rage Against the Machine) dan DJ Shadow (seorang DJ terkemuka). Kenyataan tersebut merupakan cerminan penggiat seni terhadap politik dunia.Mereka menolak sama sekali apa yang diperjuangkan oleh pemimpin mereka dan mahukan segala kekejaman yang berlaku di merata dunia dihentikan segera.

Karyawan merupakan agen bagi rakyat. Usaha karyawan adalah usaha rakyat. Dan mesej daripada karyawan adalah mesej daripada rakyat.

Kelesuan karyawan mencerminkan kelesuan rakyat. Apabila hasil yang tercipta daripada karyawan adalah hasil yang lesu, dengan terus cerminan bagi rakyat juga adalah lesu.

Nota tambahan: Jika kau tiada bakat dalam bidang nyanyian, perfileman dll - ambil langkah pertama dengan mengangkat buku -- bacalah! Dan kemudian angkat pula pen - tulislah!

*tersiar di Satu@rah OnLine bulan Januari 2004

18 September 2006

Dan kau pun berlalu pergi

Di saat aku dahaga
kau berlalu pergi,
langkah kau perlahan,
penuh hati-hati.

Tak sanggup aku
mahu membuka mulut,
mengeluarkan isi hati,
merawat parah hati
agar ia tidak luka lagi.

Perlahan-lahan juga kau melangkah pergi
meninggalkan aku terkapai-kapai
merintih nasib aku sendiri.

Sekarang kau sudah jauh
meninggalkan aku.
Agaknya, apa khabar kau di sana?

Mintak2lah kau bahagia
di samping orang yang
sudah berlalu pergi lebih awal lagi.

17 September 2006

Stop the war!

Saat aku menulis artikel ini, Lubnan masih lagi diserang. Diorang kata "War Against Terrorism," tapi yang aku tengok sekarang ni Israel mengganas berlebih-lebih. Amerika dok diam sahaja. Macam tu jugak dgn PBB.

Mungkin betul usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengadakan Malam Ekspressi... Kezaliman yang direstu,kezaliman Israel memang sudah melampau. Walau apa pun alasan Israel, perbuatan diorang dah jatuh tahap zalim. Orang awam, ie kanak2, wanita dan orang tua diperlakukan dengan tindakan yang tak masuk akal. Bumi Lubnan bermandi darah. Tetapi ternyata darah itu darah yang wangi.

Wan Hanafi Su, Haliza Misbun, Ras Adiba, Kopratasa, Ramli Sarip dan lain2 merupakan rakyat Malaysia yang bergelar artis yang mencaci perbuatan zalim tentera rejim Zionis. Uthaya Sankar SB dan Lim Pheng Pheng adalah dua wakil bangsa lain yang turut bersama mencaci penindasan 'yang direstui Amerika' itu. Nampaknya masalah di Lubnan adalah masalah sedunia. Semua bangsa tak kira bangsa Melayu, bersatu menentang penindasan oleh Israel.

Dalam pada tu jugak, orang Yahudi sendiri turut menentang kezaliman rejim Zionis ni. Yahudi yang bermazhab Neturnei Kata memang menolak kezaliman ini -- mazhab yang dikatakan paling rapat dengan Islam [rujuk sini]. Pergolakkan kali ini, memang pergolakan dunia. Dunia dan seisinya telah mual dengan suasana berantakan umat manusia dunia.

Keadaan dunia yang dari sehari ke sehari sudah semakin bergolak membuatkan ada daripada warganegara dunia ini yang merakamkan lagu2 anti perang. Sebagai contoh apa yang ada dalam sini dan sini.

Gejolak telah mula melanda dunia seawal zaman nabi Adam lagi [buat mereka yang percaya]. Pembunuhan pertama antara Qabil dan Habil yang merebutkan saudara perempuan mereka sendiri, Iqlima. Dan dari situ bermulalah pembunuhan, peprangan, pertembungan dan kehancuran tamadun manusia.

Untuk zaman dunia pasca moden ini, boleh aku katakan peprangan di Vietnam sebagai peletus pertembungan antara dua ideologi dan dua bangsa dunia. Peperangan antara USA dan Vietnam memakan ribuan nyawa.

Maka timbullah suatu 'persidangan' atau 'perhimpunan' rock sedunia menentang perang Vietnam dilaksanakan. 'Perhimpunan' yang dipanggil Woodstock Music and Art Festival ini telah diadakan di Max Yasgur, sebuah kawasan seluas 2.4 km² terletak di Bethel, New York. Festival tu diadakan selama 4 hari iaitu dari 15-18 Ogos 1969.

Dikatakan juga festival muzik tersebut juga merupakan festival rock terbesar pernah diadakan. Festival itu turut juga memperkenalkan dunia dengan sejenis budaya yang dipanggil "hippie".

Joan Baez, Janis Joplin, Grateful Dead, Ravi Shankar, Jimi Hendrix dan Santana bersama melaungkan lagu2 mereka menentang peperangan. Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Woodstock tahun 1969 itu telah dibangkitkan kembali, dengan artis2 dan band2 seperti Bob Dylan, Melissa Etheridge, Peter Gabriel, Green Day, Live, Metallica dan banyak lagi, pada tahun 1994. Tak tahulah sama ada festival tahun 1994 itu adalah untuk anti perang atau tak, atau cuma sebahagian daripada industri hiburan, tak lebih sebagai satu komoditi keuntungan.

Lagu Bob Dylan, Blowin' in the Wind jelas menyatakan kedamaian. Lagu John Lennon dari The Beatle, berjudul Imagine. Lagu-lagu Rage Against the Machine (RATM). Lagu2 System of a Down (SOAD). Lagu2 Neil Young. Lagu2 U2. Lagu2 Joan Baez. Wah.. karyawan dunia, bersama2 menentang musuh utama kita -- perang!

Seperti lirik lagu Boom! oleh band System of a Down. Mereka melahirkan sebaris pertanyaan, "Why must we kill our own kind?" Sedangkan membunuh itu mati hukumannya[untuk kita disini], tetapi disebab perang perbuatan membunuh menjadi halal. Kadang2 dengan membunuh kita juga boleh ditabalkan menjadi wira.

Perang abad ini berpusat kepada perang ke atas keganasan. Cumanya yang menjadi keliru perang ke atas keganasan kerap kali beralih menjadi keganasan itu sendiri. Yalah manusia sering menjustifikasi amalannya sebagai benar, tetapi bila amalan orang lain pastinya salah.

Yang jadi mangsa seringkali kanak2, wanita dan orang tua ie: mereka yang tak tahu apa2. Menurut web rasmi UNICEF, "millions of children still live in zones of conflict, and are the main victims of those conflicts. In the last decade alone, more than 2 million children have died as a result of war and some 15 million children have been displaced within their countries or made refugees".[rujuk sini]

Seringkali perang digubah oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan. Yang jelas, pemodal2 atau peniaga2 senjatalah akan untung melalui perang. Jadi kemungkinan besar merekalah disebalik perang itu. Kita sebok menyalak pemuka2 negara, mengatakan yang 'dia ni salah,' 'dia ni tak buat keje' dan macam2 lagi. Kita jarang nak ketahui siapa dibelakang sesuatu perang, mengokestra dan mereka cipta perang.

Artis generasi baru ini menyatakan ketidak puasan hati mereka -- membenci perang. Perang yang membawa kehancuran kepada manusia. Penyanyi Thom Yorke dari Radiohead adalah antara mereka yang menyatakan ketidak puasa hatinya terhadap perang. Atoms for Peace, album pertama solo Thom Yorke memaparkan lirik puitis menentang peperangan.

Begitu juga dengan Coldplay, beberapa tahun sudah mengikuti rombongan ke Cancun, Mexico. Menyerahkan petision Big Noise, kepada orang kuat WTO [dari Siam, ntah apa namanya tah].

RATM. SOAD. Chumbawamba. Bad Religion. NOFX. U2. Starsailor. Henry Rollins. Jello Biafra. Incubus. Massive Atack dan banyak lagi. Semuanya satu duara. Katakan, "Tak Nak" kepada perang.

Lenny Kravitz menghasilkan album single yang diberi percuma di webnya suatu masa dahulu. Album serta lagu We Want Peace itu membuktikan yang karyawan dunia tidak henti2 mencaci peperangan. Slogan "Make Love Not War" akan pasti bangkit semula. Dan ianya pasti akan menggoncang.

*versi asal sebelum diedit dan disiarkan di ROTTW September 2006.

16 September 2006

Gaduh

Kawan aku budak Negeri Sembilan. Tunang dia orang Perlis. Perlis menang Piala Malaysia tahun ni. Mungkin agaknya Pija tak naik kereta Lan balik dari stadium tadi.

Marah


Aku tahu kau marah. Tapi janganlah sampai buat demo, bakar tu bakar ni. Cukup cuma buat demo aman. Suarakan yang kita tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh Pope Benedict -- via pelbagai media. Bukankah mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Angkat pen dan tulis. Kau kata demo, bakar tu, bakar ni itu aksi, tapi apa kesannya kepada minda orang bukan Islam. Orang bukan Islam mencemuh. Kata mereka orang Islam hipokrit. Kata kenyataan tu salah tapi tindakan orang Islam bagai menyetujui apa yang dikatakan oleh Pope itu.

11 September 2006

9/11

Hari ini 11 September. Hari ulangtahun ke 5 kesedihan dunia zaman pasca moden [?] ini. Beribu-ribu orang mati. Tak kira agama. Tak kira bangsa. Bush dengan anak bininya dan konco2nya singgah dari satu lokasi ke satu lokasi. Menziarahi monumen yang terkena serangan. Juga ke monumen yang sudah tiada.

Yang jelas, yang dapat faedah adalah elit rumah putih yang dipimpin oleh Bush [?]. Afghanistan menjadi hak mereka. Iraq diserang. Sekarang mereka mahu perintah dunia pula [?].

Takziah untuk keluarga mereka yang terlibat.

04 September 2006

Belasungkawa IV

Tiada lagi wajah berani langsung Steve Irwin. Yang ada cuma rakaman wajahnya.

Aku tahu dia di antara selebriti yang sangat rapat dengan alam sekitar terutamanya haiwan-buaya, dia langsung ada satu program bertajuk "The Crocodile Hunter." Dia meninggal dunia sewaktu pergambaran -- diserang ikan pari. Ada duri ikan pari tertusuk dijantungnya. Akibatnya dia meninggal dunia.

Aku juga tahu suatu ketika dulu dia bersama orang2 anti perang Australia berarak di luar parlimen dan berucap berkata tentang kebencian perang -- mempersoalkan kenapa kerajaan Australia menjadi 'polis' di Asia dan mengalu-alukan kedatangan Bush.

Mungkin kau senang lenang di syurga sekarang bersama-sama buaya yang menjadi teman baik kau.

Takziah untuk keluarganya.

Jasad

Kalau hari Jumaat itu hari, Rashid Maideen meninggal, hari Sabtu yang akan datang jasad Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Laksamana Mohamad Amin Alang, akan dibawak balik dari Singapura untuk disemadikan di Malaysia. Di Perak.

Kisah dua orang yang cuba menentang penjajah, mati di tanah asing, atau seakan menemui titik nokhtah yang sama. Walau apa tujuan mereka menentang penjajah, sepatutnya jasad mereka tidak terbiar di negara asing. Harapan aku semoga jasad Rashid Maideen dapat dibawak balik untuk disemadikan di negara ini. Negara tempat asalnya.

Nota tentang Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin Alang [dipetik daripada sini]: Ngah Ibrahim adalah pembesar Melayu terkaya pada abad ke-13 hasil perlombongan bijih timah di Larut./Ngah Ibrahim dibuang negeri bersama Almarhum Sultan Abdullah, Mohamad Amin dan Datuk Syahbandar selepas terbabit dengan pembunuhan Residen Inggeris di Perak, JWW Brich pada 1875./Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin gagal dalam permohonan mendapatkan pengampunan kerana dianggap mengancam pentadbiran Inggeris di Perak.

03 September 2006

Rashid Maideen

Hari Khamis itu hari, Paloh disiarkan kat RTM 1. Esoknya kebetulan pulak berita Rashid Maideen meninggal menjadi buah mulut ramai orang.

Aku masih ingat lagi imej pada antara babak terakhir filem Paloh. Imej sekumpulan bintang tiga [ada di antaranya berbangsa Cina]yang dipimpin oleh Ariffin Nur, rancak bernyanyi ghazal diiringi petikan gambus yang mengasyikkan.

Betul, aku teringatkan Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan arwah -- pada masa tu dia masih lagi bernafas. Tak tipu.

Pilu jugak seorang pejuang kemerdekaan tak dibenarkan menetap di Malaysia -- walau sudah beberapa kali pulang sanak saudara di Gopeng, Perak -- pula, menghembuskan nafas di luar kawasan tempat dia berjuang.

02 September 2006

Paloh

Seorang Bintang Tiga memerhatikan gelagat Pak Arifin dan kawan-kawannya sedang bermain gambus di atas pangkin tempat mereka selalu sembahyang dan berehat-rehat. Nampak sekali dia tersenyum, mungkin hatinya terhibur.

Sebagai mana Bintang Tiga itu terpikat dengan, mainan gambus Arifin Nur, begitulah juga hati saya terpikat dengan filem Paloh arahan Adman Salleh. Walaupun kualiti bunyi, kesan khas dan sinematografinya ada sedikit kelemahan. Namun kekuatan lakonan dan skripnya, dibantu pula dengan plot (jalan cerita) yang berterabur – narator dan naratif bagai menghendakkan para penonton menyusunnya -- menenggelamkan segala kelemahan filem tersebut. Hingga menyebabkan saya menontonnya berulang-ulang kali.

Ramai yang saya tanya mengatakan susah untuk memahami filem ini jika cuma sekali tonton. Saya juga mengaku hal tersebut. Kali kedua saya tonton, barulah faham sedikit plotnya. Plotnya mungkin berterabur tetapi ianya unik sekali, memandangkan jarang filem tempatan yang berbuat demikian.

Filem ini juga adalah filem tempatan pertama yang saya perhatikan berani untuk mengajak kita berfikir semula tentang komunis sebagai pejuang kemerdekaan, melawan penjajah tak kira Jepun ataupun Inggeris. Teliti dialog berikut, dialog yang diucapkan Ariffin Nur kepada anaknya Fatimah. "Mati Puteh, sia-sia sahaja. Lebih baik mati sebagai komunis. Paling tidak komunis mati mempertahankan hak kita."

Dan ia merupakan, satu-satunya juga filem yang menunjukkan perjuangan bekas-bekas pejuang dalam Kesatuan Melayu Muda yang mahu berpakat dengan komunis. Mungkin kita tidak didedahkan sangat dengan perjuangan meeka. Atau mungkin kita terlalu terdedah dengan perjuangan UMNO yang juga berapi-api menuntut kemerdekaan.

Dialog-dialog di dalamnya pun penuh berisi dan ini saya perhatikan kurang terdapat dalam filem-filem tempatan. Filem luar, terutamanya filem dari Hollywood, Iran, Perancis, Korea, Thailand dan Indonesia banyak berbincang tentang isu semasa, pertikaian ideologi, sejarah dan ilmu pengetahuan am. Filem-filem mereka juga bukan setakat untuk tujuan hiburan, malahan kadangkala punya mesej tersirat.

Di sebalik suasana perang (perebutan kuasa antara Inggeris-Jepun) dalam filem ini, survival rakyat yang tersepit di celah-celah gajah yang bergaduh, diperlihatkan dengan tegas. Bagaimana mereka yang bersifat tidak radikal telah mengambil keputusan untuk tidak mencampuri keradikalan mereka-mereka yang radikal. Tindakan Ahmad, Puteh, Harun dan rakan-rakan mereka dalam pasukan polis Jepun dapat dilihat untuk melepaskan diri dari keganasan perang. Mungkin cara mereka bagi sesetengah pihak adalah seperti pengkhianat, namun itu terpaksa mereka lakukan demi kerana masa depan mereka dan orang-orang yang mereka sayang. Pak Arifin Nur cukup bencikan watak serupa ini.

Selain itu, terselit juga kisah cinta antara dua bangsa - Ahmad yang Melayu becinta dengan Siew Lan yang Cina. Siew Lan yang pada mulanya hanya mencintai Ahmad atas dasar hendak membantu keluarga, akhirnya mencintai Ahmad dengan sepenuh hati – sehinggakan dia menyimpan gambar-gambar bersama Ahmad dan akhirnya disuruh koyak oleh ketua wilayah PKM ketika itu. Percintaan mereka seperti mahu menggambarkan jambatan keakraban yang patut dibina kukuh antara kaum Melayu dan Cina di negara ini. Dan gambaran ini jela sekali dengan terwujudnya watak Usman yang peranakan Cina dan Melayu.

Dengar semula dialog yang diucapkan Ah Meng kepada Ahmad, "Sebelum Jepun datang ke sini, olang Melayu sama olang Cina ada gaduh? Tak pernah." Memang selalunya orang luar terutamanya penjajah, gemar memecah belahkan kesatuan dalam negara yang mahu dijajahnya. Dan bertitik tolak dari situ, dasar pecah dan perintah Inggeris sampai ke hari ini telah membawa perpecahan secara tidak nampak atau terpendam antara kaum Melayu dan Cina.

Tabik saya pada Adman Salleh dan Filem Negara kerana berjaya menghasilkan filem tempatan yang bemutu. Dan tabik saya juga pada perjuangan Arifin Nur dan rakan-rakan mereka di hutan. Mainan gambusnya tidak sumbang, malahan menjadi semangat kepada pejuang-pejuang kemerdekaan untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Rentak zapinnya juga berseni ibarat rentak juangnya yang terus bersemangat mahu memerdekakan diri dan negara.

p/s - pernah tersiar di Akhbar Mahasiswa, sekitar tahun 2003. Sekarang, dengan edisi yang telah ditambah dan dikurang. Juga tajuk yang telah dipinda. Harap maklum.

30 August 2006

Pasal Merdeka

Terima kasih untuk pejuang2 merdeka. Aku tak mahu terjajah lagi. Biarlah minda aku terjajah [mungkin?], jangan ada lagi penjajah baru. Sukarnya beribadah, berriadah atau menikmati hidup yang sementara ini dengan tenang. Cukuplah...

29 August 2006

Siti-Mawi-Ina

Sekejap tukar TV3. Sekejap tukar RTM1. Hari ni aku akan ingat sampai bila2. Sama macam aku ingat filem Mad City lakonan aktor favret aku -- John Travolta dan Dustin Hoffman.

Watak lakonan John Travolta tak bersalah, tapi ada kuasa lain yang membuatnya nampak seperti bersalah. Tapi ada juga yang menyokongnya.

Tapinak buat macam mana, sekarang kita berada dalam sistem kapitalis yang berorientasikan keuntungan [dan kebebasan]. Nak harapkan sistem komunis atau sistem yang rapat dengan sosialisma, ntahlah -- sekarang ni dia suruh adik dia pangku jawatan Presiden pulak. Takde model yang sesuai. Venezuela. Sepanyol. Still bergantung lagi pada sistem kapitalisma. Takde contoh yang terbaik.

Stigma buruk yang melekat kat kapitalisma cukup kuat. Aku tahu sejak perhimpunan kat Seattle beberapa tahun sudah, atau apa saja perhimpunan yang sebelumnya, caci maki dihamburkan dicaci, pada sistem yang satu ini. Kenapa orang benci sangat dengan sistem ini, tak tahulah.

Antara 'barangan' yang dijaja oleh kapitalisma adalah demokrasi, globalisasi dan liberalisma. 'Barangan2' ini bisa memberikan kita pilihan, kita bebas memilih. 'Barangan2' ini memberikan advantage kepada fundamentalis agama, pemberontak sayap kiri dan pembangkang.

Cuma Malaysia bukan contoh negara kapitalisma yang baik. Media, bisnes, sukan dan hiburan masih lagi dipegang kerajaan. Dan aku lihat semacam negara ini mahu pergi ke arah sistem komunisma satu parti!

28 August 2006

Selsema Thaksin

Selsema burung sudah lama berakhir. Meragut nyawa jiran2 terdekat kita. Thailand. Indonesia.

Thaksin, PM Thailand. Dulu meletak jawatan. Tup tap tup tap dia jadi PM balik.

Kali ni ada virus baru muncul. Selsema Thaksin. Aku risau, kalau2 virus ini telah berjangkit pada bekas PM kita, DR M.

Tapi yang paling aku mualkan tindakan PAS -- sanjung tinggi Dr M. Mungkin majlis fatwa PAS dah tarik balik gelaran Mahazalim n Mahafiraun daripada Dr M. Takpun PAS mungkin dah keluar fatwa baru, Mahazalim atau Mahafiraun disanjung tinggi.

19 August 2006

Four to the Flour

Sharifah Amani kata, "I would sound stupid if I were to speak in Malay."

Wo, keterlaluan gak ucapannya. Tahulah kau nak berterus terang. Maksud kau dalam filem tu aku cakap bahasa Inggeris takkanlah kat sini aku nak kena cakap Melayu. Nampak bodoh pulak aku nanti. Mungkin itu yang kau fikirkan.

Frankly said, kau ni jujur sangat. Mungkin.

Tapi takkan lah itu kau nak jadi alasan kot. Tapi takpe, kita bangsa manusia. Kau buat silap. Mintak maaf. Janji tak buat lagi. Then, kita yang sebagai bangsa manusia juga, patut memaafkan.

Dan lagi Sharifah Amani kata, "
If the film mencemar budaya, let's do it more often.''

Itu aku sokong. Kalau betul Gubra mencemar budaya, jangan henti keluarkan filem semacam ini. Teruskan.

Sekejap macam orang stupid, sekejap macam orang pandai!

p/s - minggu depan Paloh kat TV1, 10 mlm, hari Khamis.

18 August 2006

Di Wajahmu Kulihat Bulan

Ramai orang tahu yang Triple H, The Rock, Batista, Stone Cold, Chris Jerico, Undertaker, Kane, Khali dan lain2 pro wrestler berlakon. Gerak mereka dikareograf. Skrip mereka ditulis. Sape menang, sape kalah. Tapi masih ramai juga yang percaya apa yang ditayangkan di tv adalah betul. Tidak berlakon. Tidak dikareograf. Tiada skrip.

Lagi yang menarik, mereka yang tahu pun ia berlakon tetap terus saksikan program tersebut. Ada yang siap menunggu di depan tv -- di rumah mahu pun di kedai makan. Menyusahkan betulla orang nak tengok bola pun susah.

Setiap manusia akan mengecewakan dan dikecewakan oleh manusia lain. Tu pun terpulanglah pada setiap manusia, caranya bermasyarakat. Bersosial.

Namun sebagai manusia, mengikut hukum alamnya kita harus memaafkan. Walaupun dah tahu yang WWE [tu pasal guna WWE, kalau tak tuko Entertainment kat ujung dier, kalau kekel persatuan sukan, tax dia mungkin tinggi. Jadi, nak jimat punya kes tukola daripada WWF ke WWE] tu cuma berlakon, tapi still lagi kita boleh tengok [kalau kau tahu WWE berlakon dan kau tengok], kerana memaafkan itu suatu hukum alam yang baik.

17 August 2006

Losing My Religion


Ohh, Life is bigger
It's bigger than you
And you are not me
The lengths that I will go to
The distance in your eyes
Oh no I've said too much
I set it up

That's me in the corner
That's me in the spotlight
Losing my religion
Trying to keep up with you
And I don't know if I can do it
Oh no I've said too much
I haven't said enough

I thought that I heard you laughing
I thought that I heard you sing
I think I thought I saw you try

Every whisper
Of every waking hour I'm
Choosing my confessions
Trying to keep an eye on you
Like a hurt lost and blinded fool
Oh no I've said too much
I set it up

Consider this
Consider this
The hint of the century
Consider this, The slip
That brought me
To my knees failed
What if all these fantasies
Come flailing around
Now I've said too much

I thought that I heard you laughing
I thought that I heard you sing
I think I thought I saw you try

But that was just a dream
That was just a dream

That's me in the corner
That's me in the spotlight
Losing my religion
Trying to keep up with you
And I don't know if I can do it
Oh no I've said too much
I haven't said enough

I thought that I heard you laughing
I thought that I heard you sing
I think I thought I saw you try
But that was just a dream
That was just a dream

Lagu oleh R.E.M ini ada kena mengena dengan aku. Cuma aku nasihatkan korang baca dengan penuh hati2. Ada kazaa? Limewire? Morpheus? Kalau ada korang downloadlah lagu ni. Baru best sambil dengar, baca lirik. Baru feel. Aku tak tau sama ada boleh atau tak, upload kat geocities.com. Macam tak boleh jer.

Lagu tu ada dalam album Out of Time, album yang ke10 diorg, kalau tak silap aku. Sedih bunyinya lagu tu. Romantis.

Smells Like Funk

Sangka aku, masalah yang aku tanggung ni masalah besar. Tapi pandangan aku ditutup untuk melihat masalah besar yang berlaku di seantero dunia. Masalah Lubnan, Iran, masalah Dr M-Pak Lah.

Kau ni selfish ler Pika. Orang lain ada masalah yang lebih besar dari kau, kau sebok fikir diri sendiri. Cuba la kau fikir masalah orang lain jugak. Macam mana dengan mak bapak yang hilang anak, peperangan, ambil tanah orang, tak de tempat nak tinggal, tak de life dan macam2 lagi.

Sepatutnya aku bersyukur. Tak dikurniakan Allah dengan masalah2 mereka. Masalah aku boleh lagi diselesaikan. Kau nak tau macam mana? Enjoy ur life. Nokhtah.

Masalah di Timur Tengah semakin berlarutan. Dah lebih 50 tahun dah, sejak Israel ambik tanah orang Palestine. Kini agrasi Israel ke Lubnan pulak. Katanya nak cari Hezbullah. Tapi kenapa kanak2 yang tau apa2, masjid2 dan rumah2 orang, jadi sasaran.

Perang!! Perang!! Masalah besar ni!

16 August 2006

I Miss You but I Hate You

Lecturer aku -- En Adlan -- dulu pernah kata yang laki baya aku ni termenung disebabkan 2 benda. Satu, duit. Dan satu lagi, perempuan. Itu aku tak tahu. Itu cakap lecturer aku. Ntah betul ntahkan tidak.

Aku sekarang ada masalah yang boleh dikatakan besar. Dan masalah tu buat aku selalu termenung. Tapi, aku mengaku, masalah itu aku yang cari. Akibatnya, nah...

Kalaulah aku tak dail nombor tu, pasti benda ni takkan jadi. Bercakap dengan 'Hamimah' konon. Hamimah kepala lutut kau.

Ah... yang jadi sudah terjadi. Nak buat apa menyesal. Baik kau pandang belakang, renungkan segala yang sudah terjadi dan senyum, walau pada hakikatnya sesuatu yang telah terjadi tu amat sukar untuk kau senyum.

Kalau aku bawakkan terus cenggini, aku mungkin boleh jadi macam Friedriech Nietzsche. Menjerit kepada massa dengan angkuhnya, bahawa tuhan sudah mati.

Ataupun Samuel Backett yang mengilhamkan naskhah teater yang bertajuk 'Waiting for Godot.'

Narapidana

Aku sangkakan kau dah bangun. Rupanya sampai sekarang masih bermipi. Bangun. Bangun. Cepat sedarkan diri. Mana mungkin dia nak terima kau yang tak sempurna.

Aku tahu. Mimpi yang kau alami, sangat indah. Bukankan sudah aku cakap, "jangan asyik sangat bermimpi. Nanti tak sedar diri." Bangun!

Manusia yang 99% sempurna mana hendak orang macam kau yang tak sempurna. Kalaupun dia mahu, baik kau tak usah layan. Dan nasihat aku, "lebih baik kau frust sat ni, daripada kau frust nanti."

Manusia kalau tak sedar diri, boleh mendatangkan bahaya. Pada orang lain ataupun diri kita.

Kalau boleh kau nak simpan mimpi kau tu. Tapi setakat mana boleh bertahan. Lambat-laun kau akan lupa juga. Tak pun meninggal. Mati. Habis kau tak ingat apa2. Rasa akula. Mungkin juga mati akan pergi ke mimpi kau tu, ataupun, kau akan menemani orang yang kau pilih senantiasa dalam mimpi atau. Banyak sangatla kau tengok citer omputih.

Ah.. takpe. Kau tanak bangun, aku jirus kau dengan air.

Percayalah tuhan itu Maha Adil.

12 August 2006

Dig Up Her Bone

Kepala aku memikirkan dia setiap masa. Time ni la pulak, kurang kerja. Orang kata kita patut keluarkan sikit apa yang ada dalam kepala. Tapi aku rasa time ni elok aku bersendiri. Memahami diri sendiri. Melihat sejauh mana mungkin diri kita sendiri waktu dahulu.

Aksi sebegini, sebelum tidur mata memandang tepat ke syiling, sambil tangan kiri diletakkan ke dahi, menjadi lazim pada tiap2 malam aku. Pandangan yang tepat ke syiling selalunya memerhati kenangan. Kenangan yang pasti takkan diulangi sekali lagi seandainya kita dihidupkan semula.

Kenangan tak tipu kita. Kenangan adalah jujur. Ikhlas.

Kadang2 aku mempersoalkan tuhan. "Kenapa diciptakan apa yang dipanggil kenangan" Tapi aku tahu. Aku cuma makhluknya yang tak berkuasa. Dia Maha Berkuasa. Dia tahu hikmah di sebalik terciptanya kenangan.

11 August 2006

Khutbah

Tadi, tengahari, aku bersembahyang jumaat kat satu masjid kat tempat aku. Aku tak tahu sama ada khutbah tu seragam ataupun cuma dipantau JAKIM. Cumanya aku kurang bersetuju dengan apa yang diseru oleh khatib tu. Berkali2 dia mengatakan bahawa kaum Yahudi melakukan penindasan. Hey -- correct me if i'm wrong -- ni dah jadi khutbah perkauman.

Setahu aku ada Yahudi yang anti-penindasan Zionis. Yahudi yang bermazhab Neturnei Kata memang menolak kezaliman ini – mazhab yang dikatakan paling rapat dengan Islam [rujuk sini]. Yang lakukan penindasan ialah Zionis.

Kalau ikut Wikipedia Free Encylopedia, "
Zionism is a national liberation movement[1], a political movement and an ideology that supports a homeland for the Jewish people in the Land of Israel, where the Jewish nation originated over 3,200 years ago and where Jewish kingdoms and self-governing states existed up to the 2nd century CE. While Zionism is based in part upon religious tradition linking the Jewish people to the Land of Israel, the modern movement was mainly secular, beginning largely as a response to rampant antisemitism in Europe and in many parts of the Muslim world during the 19th century. After a number of advances and setbacks, and after the Holocaust had destroyed much of the existing Jewish society in Europe, the Zionist movement culminated in the establishment of the State of Israel in 1948." [lanjut boleh pi sini]

Boleh aku rumuskan Zionisma ini adalah satu gerakan pembebasan Yahudi, yang akhir membawa kepada terbenanya negara Israel. Jadinya khatib yang membaca khutbah itu adalah lebeh elok menggelarkan mereka yang menindas rakyat Lubnan sebagai Zionis. Aku tengok khatib ada sikit perkauman atau mungkin juga dia ignorant atau mungkin saja aku yang ignorant.

Pak Lah

Aku taula kau tension dengan apa yang dah jadi sekarang. Lubnan kena serang, kau oops, negara kau pulak jadi chairman OIC. Kau kena tekan ramai pihak, suruh nasihatkan sikit Israel. Dan dalam negara pulak bekas PM, Tun Dr. M, sampai desak kau letak jawatan. Tuduh kau macam2. Sama macam dia kena tuduh masa dia jadi PM dulu. Kau memang punyai masa yang agak sukar sekarang. Aku tahu.

Tapi takkan tu jadi alasan kau nak diamkan terus tentang 18?. Wo, ini sudah lebeh. Kau bercakar dengan Dr M, seperti mahu create masalah baru. Dalam masa yang sama kau alih pandang rakyat yang dok perati masalah kau, "bila lagi nak seret 18 orang tu?" Create masalah untuk selesaikan masalah.

Yang paling kuat kena tempias, KJ, bukan Kalid Jaafar tapi Khairy Jamaluddin. Ada dakwaan kata yang KJ nikah satu lagi, dengan Maya Karin. Tapi dia nafikan. Maya. Khari. Kalau aku kena tuduh macam tu, mesti aku buat sidang akhbar yang macam Datuk K dan Siti buat. Tapi aku tahu, aku bukannya menantu PM dan hensem pulak tu. Mesti ramai yang nak dekat. Aku just anak muda yang berpenyakit dan masa depan aku malap.

Chewah rendah dirila pulak.

09 August 2006

Mimpi

Baru saja semalam aku bangun dari mimpi. Terjaga. Mimpi kali ni, aku tahu indah. Kalau boleh aku meng-ingin-kan hidup seperti dalam mimpi tu. Tapi aku tahu, hidup aku takkan macam tu.

Yang sebenar-benarnya aku mahu keluar lekas dari mimpi tu. Walaupun mimpi aku tu dihiasi dengan taman hijau, sungai jernih mengalir tenang, padang luas menghijau, pohonan merimbun dan langit cerah di atas kepala, tapi aku tak mahu hidup lama kat situ. Aku risau , nanti teruk nak tersedar kalau enak sangat dibuai mimpi.

Patutkah aku lekas tersedar? Atau patutkah aku menunggu hari esok untuk kunjung tiba.

Walaupun apa keputusannya, hari ini aku sudah terjaga.

Masihkah kau ingat

untuk DR. M

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sebijik penumbuk
Kau hadiah ke mataku

Masihkah kau ingat
Ia menjadi tanda dan menjadi dendam
Masihkah kau ingat

*Masihkah kau ingat
kita mencaci maki
mengata keji
berkempen sana sini
memanglah kau menang kau pegang pihak media

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

masa kau nak berenti dulu
di podium UMNO itu
kau menagis tersedu-sedu
Rafidah datang meluru
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat(ulang *)

penyanyi -- DSAI

03 August 2006

Liberal

Siapa kata Jaringan Islam Liberal (JIL) bertolak ansur dengan penindasan Israel di Lubnan?

Aku terjumpa kata2 ini di blog seorang orang Melayu tadi, "kumpulan Islam liberal juga tak berapa suka. Mereka macam biasa akan menggunakan hujah seperti 'perang jadi abu', 'marilah kongsi perdamaian' dan yang paling memualkan 'kasihan yahudi dah jadi mangsa nazi, meh la beri sedikit tanah belakang rumah kepada mereka.'"

Aku bukan nak kata yang aku ni rapat sangat dengan JIL. Kenal sangat dengan Ulil Abshar. Atau bertepuk bertampar dengan Luthfi Assyaukanie. Betul, aku tak kenal Guntur. Dan Nong Darol. Atau Gus Dur.

Tetapi, tulisan Ulil dan Luthfi betul2 menyimpang jauh dari apa yang diperkatakan oleh penulis blog tu. Ulil menulis di hujung tulisan yang berjudul Bush, Israel dan Hezbollah, "[s]aya mengagumi Amerika sebagai bangsa dan peradaban, sebagai negeri yang men-champion nilai-nilai kebebasan. Tetapi saya tak tahan melihat hipokrisi yang dipraktekkan oleh pemerintah AS dalam menyelesaikan masalah di Timur Tengah saat ini."

Tulisan tu tersiar di akhbar Kompas dan web rasmi JIL.

[untuk tulisan penuh sila ke sini]

Sementara Luthfi menulis juga di dalam Kompas, katanya, "Pemerintah Amerika berlagak tuli, kepada siapa lagi negeri adikuasa itu mau mendengar. Perilaku dan kebijakan politik luar negeri Amerika, khususnya menyangkut Timur Tengah, sungguh sangat mengkhawatirkan dan menjadi ancaman serius, bukan hanya bagi keamananAmerika sendiri (karena ini akan terus menjadi bahan bakar ampuh untuk menyulut kebencian), tapi juga bagi wacana demokrasi, HAM, dan model kemajuan di masa depan."

31 July 2006

Lubnan II

Memang perbuatan Israel amat melampau. Tetapi tidakan Hezbullah meninggalkan tanda tanya.

Perbuatan Israel ini seperti membenarkan kata2 oleh band grindcore popular dari New York, Brutal Truth. Kata2 itu juga, adalah tajuk album pertama mereka [yang turut diambil sebagai nama lagu untuk band Malaysia, Protokol]. Extreme Conditions Demand Extreme Responses. Kondisi ekstrim menuntut respon yang ekstrim.

Hakekat ini jugaklah yang turut menghasilkan Hezbullah, Hamas, Jihad Islam atau Brigade Al Aqsa.

Yang jadi mangsa -- kanak2, wanita dan orang tua, di Lubnan. RIP. Di Israel.

Mengutip kata2 Astin, seorang partisipan dalam Milis Islam Liberal. Katanya, "Israel memang bukan negeri lemah, tapi Hizbullah jelas2 memiliki agenda terpisah dengan pemerintahan Lebanon yg demokratis, Hizbullah jelas2 menyerang Israel dengan roket2 jarak jauh yg tidak ditujukan kepada militer tapi ke pertanian2, desa2 dan kota2 Israel dan jelas2 merenggut nyawa sipil Israel."

Terkini.

30 July 2006

Santau

Semalam restoren2 dan gerai2 kat tempat aku buat bacaan Yasin n tahlil n makan free. Puncanya, nak kembalikan ramai orang makan. Ada sesetengah pekedai yang aku jumpa, mengadu diorang dapat kutipan sikit sejak akhir2 ni. Heboh kat tempat aku ni orang mati santau. Semuanya pasal mulut orang. Khabar angin fitnah. Mungkin aku percaya pada santau. Tetapi aku tidak percaya pada khabar angin. Laporan polis, nak dakwa orang yang sebarkan khabar angin tu, dah dibuat. Takde kematian setakat ni. Tak de yang kena santau. Tempat aku ni masih selamat.

29 July 2006

Politik

Aku akui, aku tak tau sangat pasal politik. Sepak teranjangnya. Tepuk tamparnya.

Sebagai akurakyatbiasa, aku juga mengambil tahu serba sedikit tentang politik. Bagi aku yang mentah, situasi ini begitu memualkan. Situasi Dr M yang mahu mencampuri balek urusan pemerintahan. Bukan Dr. M yang aku mualkan tetapi PAS yang seperti mahu berbaik semula dengan Dr M. Mentang2lah Dr M ada modal politik nak kalahkan kerajaan tindakan PAS sama seperti apa yang Ibrahim Ali lakukan.

Pernah dia kata "nak kencing kat kubur Dr M kalau dia masuk balik UMNO." Tengok2 tak lama lepas tu, dia masuk UMNO balik dari Semangat 46 [kalau tak silap aku]. Lepas tu dia tak puas hati dengan UMNO, keluar UMNO balik. Kali ni nak join pembangkang pulak. Takde saper kat barisan pembangkang. Jadi dia bertanding Bebas. Kalah. Leboh.

Sama macam Ibrahim Ali, PAS suatu ketika dahulu bersama2 dengan DSAI mencaci Dr M. Mengutuk.

Bagaimana dengan segala kutukan. Cacian. Yang pernah dilemparkan dahulu kepada Dr M? Bagaimana dengan tuduhan PAS, bahawa Dr M menghina nabi? Dr M zalim, ambil royalti ganti dengan wang ehsan? Dr M membazir, buat Projek Mega?

Aku tak salahkan Dr M dalam masalah ini. Cuma yang aku mualkan PAS. Betul kata orang, politik ini kotor. "Hari ni kita boleh berlawan dengan seseorang tu, esok mungkin tidak."

28 July 2006

Lubnan


Hezbullah bukan tentera Lubnan. Mana perginya tentera Lubnan. Adakah ini cuma suatu strategi. Sepatutnya tentera Lubnan berhak mempertahankan negara mereka dari diagrasi oleh pihak asing. Tindakan Hezbullah menculik peg keselematan Israel serta melarikan diri ke Lubnan, menyebabkan rakyat Lubnan sengsara. Kanak2 tak sempat membesar. Ibu yang mengandung tewas bersama anak yang dikandungnya. Dan orang tua dibunuh sebelum waktunya.

Sokong Hezbullah sokong jugak tapi rakyat Lubnan jangan dilupakan. Pergi demo pergi jugak -- tak kiralah yang sembelih atau tidak, kalau aku turut serta dalam sebarang demo berkaitan isu ini, aku akan tulis pada placard SELAMATKAN RAKYAT LUBNAN dan melaung sekuat-kuatnya perkataan2 tu.

Israel, Lubnan dan Hezbullah II


Fatwa oleh ulama Wahabbi seakan menampakkan sokongan mereka kepada usaha penindasan Zionis di Lubnan. Agrasi yang dilakukan oleh Zionis terhadap Lubnan sememangnya tidak boleh dimaafkan. Dan ulama Wahabbi yang mengatakan "tidak boleh sokong Hezbullah." Untuk rekod: Hezbullah lahir dengan pengaruh dari revolusi Iran. Kaitannya dengan mazhab syiah dan negara Iran memang tidak boleh disangkalkan.

27 July 2006

Belasungkawa III

Buat Hani Mohssein. Moga kau ditepatkan bersama org2 yg sepatutnya. Doakan keamanan ku kat alam yang fana ini. Al - Fatehah juga buat kau. Buat Hani Karmila, bersabar.

Israel, Lubnan dan Hezbullah

Aku mengagumi AS. Bagi aku itulah daerah paling selamat untuk diduduki selain negara Malaysia. Mereka adalah sebuah negara yang tegak mendokong prinsip demokrasi dengan utuh.
Namun akhir2 ini sikapnya bagai menarik balik kekaguman aku itu. Kalau boleh aku katakan sikapnya adalah sikap hipokrit. Pada waktu mereka terus menerus menunjukkan komitmen memperjuangkan demokrasi di seluruh dunia, sikapnya menyokong Israel amat memualkan. Aku andaikan mereka seperti menutup mata sebelah terhadap penindasan yang dilakukan Israel.

Ya betul, Israel kejam. Tetapi ingat, Hezbullah yang mulakan dulu. Mereka culik dua orang pegawai keselamatan Israel. Dan kemudian menyorok di Lubnan. Dan nah! Lubnan jadi sasaran.

Kalau kita nak bertarung pastikan dulu diri kita siap. Siap dengan pelbagai persiapan ie senjata dan ketenteraan. Seperti semalam dalam filem yang ditayangkan kat TV9, Robin Hood the Prince of Thieves. Azeem watak bangsa Morish berkata dengan sinis kepada Robin. "Mereka bukan orang perjuangan," katanya kepada 'thieves' pengikut Robin Hood.

Mungkin betul kata Azeem. Tetapi eloklah kata2nya itu ditujukan kepada Hezbullah. Kalau betul mereka orang perjuangan, serahkan kembali mereka yang ditawan. Ingat lagi ketika Nabi masih hidup. Jiran Yahudi yang melayannya dengan buruk dilayan kembali dengan elok. Dan Saidina Umar ketika menjadi khalifah, membersihkan tempat ibadah orang Yahudi di Jericho.

Tak kiralah kau Syiah atau Sunnah atau Qadariah atau Ahmadiyah yang penting kau mengimani nabi Muhammad. Takkan kau nak terus tengok rakyat Lubnan terus terseksa.

Seperti yang aku kata sebelum ni, Amerika seakan membenarkan berlakunya penindasan ni. Aku akan tetap terus menyokong Hezbullah jika apa yang mereka lakukan itu sebahagian daripada strategi untuk mengalahkan penindasan. Jika tidak mereka lebih berdosa daripada mereka yang berdosa!

24 July 2006

Spyz

Tengahari Ahad sudah Spyz datang rumah aku. Dia datang dengan dua orang anaknya. Aku ucapkan berbesar tima kasih untuknya. Ingat lagi dia kat aku. Dan aku jugak nak mintak maaf pasal aku dah lupa yang dia ada datang melawat aku masa aku kena warded kat spital Kelang dulu. Lepas sakit ni aku cepat lupa. Mungkin sebab duduk kat spital lama sangat kot.

Aku jugak nak sampaikan maaf kat anak dia, pasal laksa yang aku jamu tu pedas. Dia tak tahan pedas. Lagi satu kau tertinggal mineral water kat rumah aku. Masa kau dah blah baru aku sedar. Anak sedara aku bagitau.

19 July 2006

Explorace II

Musim lalu aku tonton Explorace sebab ada Daphne Iking. Sabahan cool bah. Secool Mount Kinabalu. Musim ini Daphne takde. Diganti dengan Sasha Bashir. Tah kenapa tah, ditukar pulak.

Pun begitu aku masih tonton lagi Explorace bagi musim ni.

Bukan. Bukan pasal Sasha Bashir jadi pengacara. Tapi sebab ada pesertanya kawan aku. Boleh dikatakan baik jugaklah. Dia ada datang masa raya tahun lepas. Dah dua tahun berturut dah dia datang. Aku tak pergi rumah dia pun masa Kong Hee Fat Chai.

Weng Aun nama kawan aku. N Chee Yee nama partner dia. Jumaat lepas, aku tengok, diorang menang. Dia kata diorang akan lawan team Zuki & Noreen di Jakarta.

Bila aku tanya kat dia pasal partnernya, "yang pompuan tu awek u ker?" Dia jawab, "bukan awek tapi colig. Hehe..."

lanjut pi sini

18 July 2006

Sakit kepala, ke pening

Aku masih ingat, waktu tu aku matriks. Kepala aku sakit. Aku ke Pusat Perubatan ITM dekat [Kolej] Seroja. Sakit memang sakit. Kerja boleh tak siap woo kalau kena. Sehari suntuk berkurung kat dalam bilek.

Aku tunggu giliran aku kat situ. Sambil-sambil tu aku sempat lagi main2 mata dengan dua orang awek yang duduk sekali menunggu. Mat Jan yang join sekali, tersipu-sipu malu -- dia memang macam tu. Dengan perempuan malu.

Belum sempat aku nak main mata dengan lebih lagi, misi kat situ panggil aku. Doktor nak jumpa. Katanya perlahan.

Aku dengan tak buang masa, masuk ke bilek doktor. Aku duduk. "Awak sakit apa?" tanya doktor.

Aku jawab tergagap, "Pening. Eh. Bukan, [tapi] sakit kepala."

Doktor tu menyergah aku. "Pening, ke sakit kepala?"

Aku dalam keadaan serabut bertanya pada doktor tu, "bukan pening ngan sakit kepala tu benda yang sama ke?"

"Pening, memusing. Sakit kepala, kepala kita sakit. Paham..." doktor tu cuba berlembut dengan aku.

Dah dekat 6 tahun dah peristiwa tu jadi kenangan. Dan masa ini, aku masih terngiang-ngiang lagi apa yang doktor tu kata.

Gary Moore



Masih ada kerinduan kepadamu. Masih.

Aku mintak Gary Moore tambahkan lagi solo yang lebih menarik untuk lagu serta album Still Still Got the Blues for You. Petikan gitarnya boleh bikin aku terbuai dek mimpi-mimpi indah kenangan aku dan dia.

16 July 2006

Hasmi

"Jadi, yang kalian faham apa? Sebab itu, fikir penting. Resah yang otentik itu penting. Bukan yang dibuat-buat, yang ditiru-tiru. Orang buat sajak; kita buat sajak. Orang bikin filem pendek; kita bikin filem pendek. Orang pergi demontrasi; kita pun join demo. Buat apa? Yang mana demo mesti pergi, yang mana tidak? Mustahil semua demo kita sokong...

"Sebab itu, kata aku, corak berfikir dan 'bahasa' dalam otak masih bahasa Utusan, atau bahasa Dewan Bahawa dan Pustaka. Itu belum terkikis. Mungkin banyak sangat baca buku Sasterawan Negara, sampai ayat jadi bunga-bunga: bunga tanjung!"

Aku akui. Memang aku sedikit terasa dengat ayat itu. Aku rasakan bahawa di dalam kepala otak aku masih berbahasakan ayat Dewan, Utusan, Berita, dan sebagainya. Aku yakin, ayat aku kali ini masih berbaur ayat yag aku sebutkan tadi. Atau dalam bahasa ringkas, ayat poyo!

Aku mahu membuang jauh2 ayat2 tersebut. Tetapi gaya tulisan aku tetap poyo. Terbaru aku baca majalah ujang yang aku beli beberapa tahun sudah. Tujuannya aku mahukan ayat dalam kepala otak aku tidak terlampau terikut dengan ayat dari Dewan, Utusan dll. Aku mahu lari dari ayat poyo.

Kepala otak aku sentiasa berpolemik waktu ini, pasal masalah ini. Dan aku sedar tuhan menganugerahkan bakat tertentu kepada individu tertentu. Ada orang yang suka dan ada yang anggap poyo.

Cuma si penerima bakat dapat mencorakkan bakatnya. Jika dia cuba dan tak mampu, jangan persalahkannya.

Hasmi berjaya membuatkan kepala aku terus berpolemik dan berpolemik. Dari dulu lagi dia pencetus inspirasi aku. Bila agaknya kita boleh lepak sekali, minum-minum huha huha 'cuci mata' kat Telawi. Kat Pelita. Kat Darul Ehsan. Kat Nirwana. Kat Star Bucks.

nota: ayat pada permulaan entry adalah dipetik daripada kata penghantar GOBLOG sebuah blook yang masih di dalam pembinaan. Tulisan tersebut adalah dari Hasmi Hashim.

12 July 2006

Lagi pasal Zizou


Dipetik dari tribalfootball.com

Zidane saw red after sick mother taunts
tribalfooball.com - July 11, 2006

Taunts over Zinedine Zidane's poorly mother are being claimed as to spark that led to French ace's head-butt on Marco Materazzi in Sunday's World Cup final. A lip-reader told The Sun that Materazzi called Zidane a "son of a terrorist whore" before the French Algerian was sent off in Sunday's explosive match.

11 July 2006

Kenapa, Zizou?


Terkejut apabila melihat Zizou akan bertindak sedemikian. Juga tak sangka, sanggup dia 'menonjolkan' badan Mettarazi dengan kepalanya. Sedih. Kerana hati manusia bisa pecah (Ulil Abshar Abdalla).

Sememangnya senario itu biasa kita lihat di dalam mana-mana perlawanan bolasepak. Tetapi pada saat persaraannya, pekara sebegitu adalah sesuatu yang berada di luar jangkaan.

Dikatakan Mettarazi memprovoknya dengan mengatakan bahawa dia dan keluarganya adalah "dirty terrorist." Tetapi dinafikan oleh Mettarazi.

Di dalam pada waktu dilanda kontroversi finale, Zidane tetap menjadi pemain terbaik kejohanan dan dia telah dipuji oleh Presiden Perancis, Jeac Chirac.

10 July 2006

ulasan pasca perlawanan akhir Piala Dunia 2006 Jermani: Perancis v Itali

Kalau mamak kat Restoran Dawood masih ada lagi -- hidup atau masih berkerja kat situ, tentu kali ini diorang pulak tersenyum lebar dan aku pula terdiam. Kekalahan pada final Euro 2000 terbayar juga.

Kalah mereka, tidak begitu kejam jika nak dibandingkan dengan kekalahan Itali. Itali pada tahun 2000 kalah dengan peraturan Golden Ball, kalah pada tangan David Trezeguet. Sejarah berulang dengan watak yang berbeza. Kali ini Itali pada kejohanan dunia menjadi juara.

Itali di'menangkan' oleh tendangan penalti yang dinafikan palang oleh David Trezeguet, watak sama mengalahkan Itali. Dan bezanya kali ini, watak itu memenangkan Itali.

Bersiap-sedialah, mental para pemain pasti teruji dengan penalty shoot-out.

Cuma kali ini yang aku sedihkan, Zizou terpaksa menamatkan kariernya dengan sejarah hitam. Hitam yang diisi dengan warna kemerahan. Zidane yang sebelum itu menyempurnakan sepakan penalti, dibuang padang pada separuh masa kedua tambahan masa.

Watak yang bagi aku patut juga diberikan pujian ialah Buffon penjaga gol Itali.

Tahniah Itali. Tahniah Azzuri.

09 July 2006

ulasan pra perlawanan akhir Piala Dunia 2006 Jermani: Perancis v Itali

Aku teringat semasa Euro 2000. Di Restoran Dawood Seksyen 6, aku n Lan lepak sambil tengok-tengok final Euro. Aku masa tu sokong skuad Perancis. Lan n mamak2 kat Dawood sibuk sokong Itali.

Kebetulan pulak masa tu, Perancis tengah ketinggalan 1 - 0 dengan Itali. Mamak2 tu ada yang siap suruh aku balik rumah, bile tengok Perancis dah takde harapan nak menang.

Aku cool.

Relax.

Tiba2, betul2 on the dot minit ke 90, akhirnya Silvian Wiltord menjanringkan gol untuk Perancis. Dan tak sampai beberapa minit lepas tu wisel tamat berbunyi. Masa tambahan diberikan. Dan ketika masa tambahan itulah David Trezeguet menjaringkan gol ke-dua untuk Perancis. Dan terus memenangi kejohanan Euro 2000.

Mamak2 tadi dengan Lan ternganga besar bila melihatTrezeguet menjaringkan gol tersebut. Malu sekejap dengan aku. Aku tersenyum lebar menyaksikan kemenangan tersebut.

Sebut pasal Trezeguet teringat aku kepada budak2 perempuan masa di Law Fac -- Julia, Owin, Lia, Malee, Moon n Ayu. Diorang gelarkan aku dengan nama Ahmad Trezeguet!

06 July 2006

Ulasan pasca perlawanan separuh akhir: Portugal v Perancis

Les Blues telah membuktikan bahawa mereka tidak tidak berguna dan menempatkan diri mereka antara pasukan yang terbaik di dunia. Les Blue akan berjumpa dengan skuad Itali pada perlawanan akhir nanti.

Seperti mengalahkan Brazil pada peringkat suku akhir, awal pagi tadi (waktu Malaysia) mereka telah menewaskan Portugal dengan jaringan 1 - 0. Cuma bezanya kali ini mereka menjaringkan gol pada babak awal. Dan juga bezanya jaringan mereka dijaringkan oleh Zinedine Zidane menerusi sepakan penalti.

Les Blues v Italia awal pagi Ahad nanti.

05 July 2006

Ulasan pra perlawanan separuh akhir: Portugal v Perancis


Les Bleus atau Skuad Biru memiliki trek rekod yang baik pada perlawanan persabatan sebelum ini: 4/4 menang. Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini di pertandingan Piala Dunia, namun seperti lain-lain pasukan mereka mahukan menang dan layak ke perlawanan akhir. Bagi Portugal ini yang pertama kalinya.

Portugal mengharapkan sejarah baru akan tercipta di Munich pagi nanti (waktu Malaysia), di mana mereka mampu layak buat pertama kalinya ke perlawanan akhir FIFA Piala Dunia.

Portugal di bawah jurulatih Brazil, akan meneruskan tradisi samba yang manemui titik nokhtah apabila tewasnya pasukan Brazil.

'Zizou', Ribery, Henry, Viera, Sagnol, Thuram, Makalele dan Trzeguet mungkinkah akan menyinar pada pagi ini. Mungkinkah juga sinaran mereka bakal membayangi sinaran Christiano Ronaldo, Figo, Ricardo, Pauleta dan Deco.

Ulasan pasca perlawanan separuh akhir: Jermani v Itali


Permainan awal pagi tadi (waktu Malaysia), sedikit terbuka. Dengan aksi daripada kedua-dua buah skuad menyerang. Jerman yang melolosi pertahanan kental Itali dilihat tiada penyudahnya.

Akibatnya dua gol lewat perlawanan menjarakkan jurang di antara mereka. Perlawanan, jelas, seimbang. Stadium Dortmund yang menjadi antara kubu kuat Jerman akhirnya dirobek.

Jerman yang mempunyai rekod cemerlang mengambil sepakan penalti (berjaya 17/18) seakan menunggu perlawanan tambahan masa tamat. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Sekali lagi, bahagian pertahanan Marcello Lippi bertindak cemerlang dan tindakan cemerlang itu diakhiri dengan kecermelangan penjaga gol mereka, Buffon (yang cuma membenar bola bolos sebanyak satu gol di kejohanan ini).

04 July 2006

Ulasan Pra perlawanan separuh akhir: Jermani v Italy

Semuanya bagai sudah ditakdirkan. Pasukan tuan rumah tertulis sebagai pasukan yang akan menentang pasukan Azzuri pagi ini. Jermani yang suatu masa dahulu dikenali sebagai pasukan 'kerta kebal' di Eropah, kini menikmati masa perubahan di bawah jurulatih Jurgen Klinsman. Rekod tanpa kalah pasukan ini di Piala Dunia kali ini membuatkan mereka menjadi pilihan utama bagi kebanyakkan peminat bola sepak suluruh dunia.

Namun begitu, skuad Azzuri tidak patut dilupakan. Juga diminati oleh kebanyakkan peminat bola sepak dunia, mempunyai rekod cemerlang dalam setiap perlawanannya menentang Jermani. Marcello Lippi jurulatih skuad itu, jelas mempunyai perancangannya yang tersendiri.

Malam ini akan menyaksikan dua watak hebat mewakili dua negara bertemu. Jurgen Klinsman bagai mewakili kaum muda dan Marcello Lippi mewakili kaum tua. Dan malam ini juga bagai membuktikan siapa yang terbaik. Kaum muda yang berrevolusi dan kaum tua yang penuh berpengalaman.

Miroslav Klose mengetuai jentera serangan Jermani manakala Francesco Totti mengepalai jentera serangan Itali.

Dan pada pukul 3 pagi nanti akan terbuktilah taktik daripada jurulatih manakah yang terbaik. Jermani dan Itali akan bertemu buat kali ke lima bagi kejohanan Piala Dunia FIFA.

Jens Lehman di bahagian bawah akan menjaga gawang Jerman dan Gianluigi Buffon akan menghalang jentera serangan Itali, yang diketuai oleh Francessco Totti. Kecermelangan Lehman di bahagian bawah, ketika perlawanan suku akhir tempoh hari bagai racun yang bakal meracuni pasukan Itali.

Luca Toni, Zamboratta, Gattuso, Canavora, Del Peiro, Inzaghi, Matterazi dan Perrota bakal menggegarkan Klose, Schneider, Podolski, Ballack, Neuville dan Lahm.

03 July 2006

Perancis bukan tandingan Brasil

Perancis telah membuktikan, ketahanan mental mereka mampu merobek pertahanan kental Brasil yang diketuai oleh Dida. Semuanya bagaikan sejarah bagi Brasil dan sejarah itu sejarah hitam.

Dan manakala Thierry Henry pula menikmati sejarahnya yang tersendiri, sejarah manis. Di kala Brasil menyerap serangan Perancis, Thierry Henry menjadi pemusnah.

Perlawanan yang dijangka akan dipenuhi dengan serangan, nyata dipenuhi dengan bola hanya berlegar di kawasan tengah.

Brasil tidak mampu lagi untuk membalas dendam kehebatan Perancis tahun 1998. Bagai mengingatkan pada perlawanan akhir tahun tersebut, perlawanan suku akhir ini menjadi titik hitam buat Brasil.

Tabik untuk Perancis. Tabik untuk King Henry.

29 June 2006

Brazil bukan tandingan Ghana

Seperti yang kita semua sedia maklum, Brazil merupakan penyandang juara. Sudah dua kali mereka menjadi juara. Jika mereka menang sekali lagi pada tahun ini, maka mereka pasukan pertama menjadi hat-trick untuk menjuarai kejohanan itu.

Lewat malam kelmarin, waktu Malaysia mereka meneruskan perjalanan mereka ke final tanpa perlu berhadapan dengan pesaing yang mantap. Ghana yang baru pertama kali layak, nyata merupakan pasukan kerdil bagi Brazil. Tanpa perlu bermain dengan sempurna mereka berjaya mengalahkan Ghana 3 - 0.

Tanpa kelibat Michael Essien daripada kelab terkemuka Chelsea, jelas Ghana kelihatan goyah di bahagian tengah. Walaupun begitu mereka masih mampu membuat serangan-serangan yang sesekali boleh bikin hati para penyokong Brazil berdebar, tetapi malangnya serangan tersebut tumpul, tiada penyudah dan tidak berkesan.

Ghana yang kalah dengan Brazil tidak dapat memenuhi hajat mereka untuk mara ke suku akhir. Namun pencapaian memasuki pusingan knock out kali ini, memang di luar jangkaan mereka.

Brazil yang menang perlawanan ini, akan bertemu dengan Perancis, di suku akhir. Perlawanan dijangka hebat memandangkan perlawanan itu merupakan perlawana balas dendam bagi final World Cup 1998.

Kita nantikan sahaja keputusannya.

06 May 2006

Nabi dan tuhan

"Cuma nabi dan tuhan yang boleh menghukum seseorang itu sesat atau kafir." -- Ahmad Dhani, Galaksi, 8:30 malam, TV9, 5/5/2006.

01 May 2006

Belasungkawa II

Buat Pramoedya Ananta Toer, hayatilah bait-bait puitis lagu daripada Iwan Fals berjudul Hadapi Saja [jika kau mampu memdengar atau membacanya], "Relakan yang terjadi/Takkan kembali/Ia sudah milikNya/Bukan milik kita lagi."

Lagi, "Tak perlu menangis/Tak perlu bersedih/Tak perlu, tak perlu sedu sedan itu/Hadapi saja"

Dan, "Hilang memang hilang/Wajahnya terus terbayang/Berjumpa di mimpi/Kau ajak aku untuk menari, bernyanyi/Bersama bidadari malaikat dan penghuni surga"

Mungkin pada malam ini aku akan bermimpi. Berjumpa dengan dirimu di dalam mimpi itu. Dan pada waktu itu aku akan mempelawa engkau untuk menari, bernyanyi dan mungkin juga bersiul bersama bidadari, malaikat dan penghuni syurga.

RIP Pramoedya Ananta Toer.

27 April 2006

Sesekali, kalau


Ketika aku menaip cebisan artikel ini ada insan yang kehilangan keluarga [akibat letupan bom kamikaze, pelbagai jenayah, virus-virus bahaya seperti AIDS, selsema burung atau virus H5N1 dan pembunuhan] di Palestine, Sri Lanka, Mesir dan seluruh dunia. Terdapat orang-orang yang salah bicara atau salah dan tidak dibicara, sudah dan akan menjalani hukuman atas 'jenayah' yang mereka lakukan. Ada yang terlibat dengan al-Qaeda, bersengkokol dengan Nordin Mohd Top ataupun ditekan oleh diktator sesetengah negara.

Aku terus meniti usia ini dengan penuh hati-hati. Mengingatkan apa yang terjadi membuatkan aku berasa sedikit menyesal. Tapi apakan daya, yang terjadi sudah terjadi. Sekarang, baik berdepan dengan masa hadapan. Jika dikenang-kenang menyesal rasanya aku, memicit-micit butang mendail nombor kau. Kalau tidak aku takkan kenal kau. Betul kata Lim Swee Tin di dalam sajaknya "Sesekali, kalau ku kenangkan."

"Sesekali, kalau ku kenangkan/Kita tidak seharusnya bertemu di pantai ini/Biar saja kita bertemu di dalam mimpi/Kerana hidup lebih indah di luar realiti/Sesekali kalau ku kenangkan/Biar saja kita tidak pernah bertemu di dalam mimpi/Kerana mimpi pun bukannya sebuah janji/Biar saja kau tak pernah ada/Kerana, kalaupun ada/Kau akhirnya kan pergi jua"

Aku ingin timbulkan balik pertanyaan aku di hujung sajak "Mungkin", "Bagaimakah rupanya hidup ini/kalau tiada kalau." Soalan ini aku kira sesuai di tengah-tengah suasana kita ini, lagipun, aku juga berkalau-kalau dalam menyatakan sesalan aku.

Semuanya kalau. Tiada yang pasti.

25 April 2006

Sesekali, kalau ku kenangkan


Sesekali, kalau ku kenangkan
Kita tidak seharusnya bertemu di pantai ini
Biar saja kita bertemu di dalam mimpi
Kerana hidup lebih indah di luar realiti

Sesekali kalau ku kenangkan
Biar saja kita tidak pernah bertemu di dalam mimpi
Kerana mimpi pun bukannya sebuah janji
Biar saja kau tak pernah ada
Kerana, kalaupun ada
Kau akhirnya kan pergi jua

Puisi oleh Lim Swee Tin

*aku tidak mampu untuk menulis puisi sesyahdu ini, cuma aku boleh memetiknya sahaja.

24 April 2006

Sungai

Aku mencampakkan seketul batu ke atas aliran sungai di hadapanku. Kawasan aliran air sungai yang terkena campakan batu itu, berkocak. Aku yakin balingan itu berjaya melarikan seekor dua ikan yang berada di situ. Tak kiralah ikan apa.

Bersama kocakan kecil aliran air sungai itu juga, fikiran aku turut berkocak. Aku tersedar dari lamunan panjang. Mengenangkan masa hadapan. Mengenagkan masa silam. Dan mengenangkan masa kini.

Aku terus membaling batu ke arah aliran sungai itu. Dan sekali lagi kawasan aliran sungai tempat balingan aku, terpecik. Berkocak. Sekali lagi lari seekor dua ikan mungkin ke arah bawah jeti.


Pandanganku mula teralih ke arah jeti. Atau penambang. Penambang yang telah mula usang. Tetapi masih tidak boleh menandingi usia usang perkhidmatan bot, merentasi sungai itu. Sejak terbinanya jambatan Sultan Abdul Jalil itu, perkhidmatan bot sudah mula tidak laku lagi. Kalau selalunya pada hari-hari biasa bot mengangkut jumlah penumpang yang ramai, kini tidak lagi. Jumlah penumpang kini, boleh dikira dengan jari [err, termasuk jari kaki
" -- Mat Jan, Jongkang-jongket].

Sesudah puas memandang jeti. Pandanganku kini teralih melihat ke seberang. Sekumpulan kanak-kanak sedang sebok bermandi-manda, terjun, berenang dan menyelam. Sesekali mereka yang menyelan akan menyembulkan kepala mengambil nafas barang sesedut dua.
Ada di antara kanak itu yang mengenakan seluar pendek sahaja. Dan ada juga tidak memakai apa-apa pun. Berbogel!

Sedang aku sebok memerhatikan kumpulan kanak-kanak itu, fikiranku melayang, melewati ke daerah yang sudah lama aku tidak kunjungi. Aku masih ingat lagi pada waktu itu. Ilmu adalah seperti makanan harian. Bukan sekadar maklumat. Bagaikan dadah, kepentingan ilmu ditagih. Ruangan untuk diskusi diperbesarkan. Hidup bagi aku amat berguna ketika itu.

Kini semua itu sudah tiada lagi. Ruangan diskusi semakin kecil. Cuma kewujudan alam siber mengurangkan sedikit pengecilan ruang diskusi itu. Kewujudan alam siber juga bagi aku amat bermakna, kerana di situ ada maklumat. Ilmu.

Nyata, aku harus bersyukur dengan nikmat tuhan yang itu.