"Tipu muslihat, sekatan ekonomi dan peperangan membawa kepada pembinaan sebuah masayarakat yang tidak adil dan terkongkong. Hampir setiap hari ia berlaku. Dan kerana itulah saya menyertai berjuta-juta rakyat dunia, menetang pemerintahan Bush yang cuba meluaskan empayar US dengan alasan untuk membela hak asasi manusia di dalam negara dan di luar. Dengan semangat tersebut, saya hasilkan lagu ini untuk mereka yang mahu mendengarnya. Saya harap ia bukan sahaja mebuatkan anda yang mendengar berfikir, tetapi turut memberi semangat kepada anda untuk melancarkan aksi dan menyuarakan pendapat."
DJ Shadow menambah: "Karyawan, tak kira sama ada mereka seorang pelukis, penulis, pelakon ataupun pemuzik, punyai tanggungjawab untuk menterjemah dunia daripada sudut yang mereka lihat. Pada pendapat saya, polisi pihak pentadbiran yang ada sekarang mencerminkan sebuah polisi yang cukup kejam, tidak berperikemanusiaan dan jauh langsung daripada tujuan asalnya."
Begitulah kata-kata Zach de la Rocha (bekas vokalis band Rage Against the Machine) dan DJ Shadow (seorang DJ terkemuka). Kenyataan tersebut merupakan cerminan penggiat seni terhadap politik dunia.Mereka menolak sama sekali apa yang diperjuangkan oleh pemimpin mereka dan mahukan segala kekejaman yang berlaku di merata dunia dihentikan segera.
Karyawan merupakan agen bagi rakyat. Usaha karyawan adalah usaha rakyat. Dan mesej daripada karyawan adalah mesej daripada rakyat.
Kelesuan karyawan mencerminkan kelesuan rakyat. Apabila hasil yang tercipta daripada karyawan adalah hasil yang lesu, dengan terus cerminan bagi rakyat juga adalah lesu.
Nota tambahan: Jika kau tiada bakat dalam bidang nyanyian, perfileman dll - ambil langkah pertama dengan mengangkat buku -- bacalah! Dan kemudian angkat pula pen - tulislah!
*tersiar di Satu@rah OnLine bulan Januari 2004
No comments:
Post a Comment