17 September 2006

Stop the war!

Saat aku menulis artikel ini, Lubnan masih lagi diserang. Diorang kata "War Against Terrorism," tapi yang aku tengok sekarang ni Israel mengganas berlebih-lebih. Amerika dok diam sahaja. Macam tu jugak dgn PBB.

Mungkin betul usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengadakan Malam Ekspressi... Kezaliman yang direstu,kezaliman Israel memang sudah melampau. Walau apa pun alasan Israel, perbuatan diorang dah jatuh tahap zalim. Orang awam, ie kanak2, wanita dan orang tua diperlakukan dengan tindakan yang tak masuk akal. Bumi Lubnan bermandi darah. Tetapi ternyata darah itu darah yang wangi.

Wan Hanafi Su, Haliza Misbun, Ras Adiba, Kopratasa, Ramli Sarip dan lain2 merupakan rakyat Malaysia yang bergelar artis yang mencaci perbuatan zalim tentera rejim Zionis. Uthaya Sankar SB dan Lim Pheng Pheng adalah dua wakil bangsa lain yang turut bersama mencaci penindasan 'yang direstui Amerika' itu. Nampaknya masalah di Lubnan adalah masalah sedunia. Semua bangsa tak kira bangsa Melayu, bersatu menentang penindasan oleh Israel.

Dalam pada tu jugak, orang Yahudi sendiri turut menentang kezaliman rejim Zionis ni. Yahudi yang bermazhab Neturnei Kata memang menolak kezaliman ini -- mazhab yang dikatakan paling rapat dengan Islam [rujuk sini]. Pergolakkan kali ini, memang pergolakan dunia. Dunia dan seisinya telah mual dengan suasana berantakan umat manusia dunia.

Keadaan dunia yang dari sehari ke sehari sudah semakin bergolak membuatkan ada daripada warganegara dunia ini yang merakamkan lagu2 anti perang. Sebagai contoh apa yang ada dalam sini dan sini.

Gejolak telah mula melanda dunia seawal zaman nabi Adam lagi [buat mereka yang percaya]. Pembunuhan pertama antara Qabil dan Habil yang merebutkan saudara perempuan mereka sendiri, Iqlima. Dan dari situ bermulalah pembunuhan, peprangan, pertembungan dan kehancuran tamadun manusia.

Untuk zaman dunia pasca moden ini, boleh aku katakan peprangan di Vietnam sebagai peletus pertembungan antara dua ideologi dan dua bangsa dunia. Peperangan antara USA dan Vietnam memakan ribuan nyawa.

Maka timbullah suatu 'persidangan' atau 'perhimpunan' rock sedunia menentang perang Vietnam dilaksanakan. 'Perhimpunan' yang dipanggil Woodstock Music and Art Festival ini telah diadakan di Max Yasgur, sebuah kawasan seluas 2.4 km² terletak di Bethel, New York. Festival tu diadakan selama 4 hari iaitu dari 15-18 Ogos 1969.

Dikatakan juga festival muzik tersebut juga merupakan festival rock terbesar pernah diadakan. Festival itu turut juga memperkenalkan dunia dengan sejenis budaya yang dipanggil "hippie".

Joan Baez, Janis Joplin, Grateful Dead, Ravi Shankar, Jimi Hendrix dan Santana bersama melaungkan lagu2 mereka menentang peperangan. Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Woodstock tahun 1969 itu telah dibangkitkan kembali, dengan artis2 dan band2 seperti Bob Dylan, Melissa Etheridge, Peter Gabriel, Green Day, Live, Metallica dan banyak lagi, pada tahun 1994. Tak tahulah sama ada festival tahun 1994 itu adalah untuk anti perang atau tak, atau cuma sebahagian daripada industri hiburan, tak lebih sebagai satu komoditi keuntungan.

Lagu Bob Dylan, Blowin' in the Wind jelas menyatakan kedamaian. Lagu John Lennon dari The Beatle, berjudul Imagine. Lagu-lagu Rage Against the Machine (RATM). Lagu2 System of a Down (SOAD). Lagu2 Neil Young. Lagu2 U2. Lagu2 Joan Baez. Wah.. karyawan dunia, bersama2 menentang musuh utama kita -- perang!

Seperti lirik lagu Boom! oleh band System of a Down. Mereka melahirkan sebaris pertanyaan, "Why must we kill our own kind?" Sedangkan membunuh itu mati hukumannya[untuk kita disini], tetapi disebab perang perbuatan membunuh menjadi halal. Kadang2 dengan membunuh kita juga boleh ditabalkan menjadi wira.

Perang abad ini berpusat kepada perang ke atas keganasan. Cumanya yang menjadi keliru perang ke atas keganasan kerap kali beralih menjadi keganasan itu sendiri. Yalah manusia sering menjustifikasi amalannya sebagai benar, tetapi bila amalan orang lain pastinya salah.

Yang jadi mangsa seringkali kanak2, wanita dan orang tua ie: mereka yang tak tahu apa2. Menurut web rasmi UNICEF, "millions of children still live in zones of conflict, and are the main victims of those conflicts. In the last decade alone, more than 2 million children have died as a result of war and some 15 million children have been displaced within their countries or made refugees".[rujuk sini]

Seringkali perang digubah oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan. Yang jelas, pemodal2 atau peniaga2 senjatalah akan untung melalui perang. Jadi kemungkinan besar merekalah disebalik perang itu. Kita sebok menyalak pemuka2 negara, mengatakan yang 'dia ni salah,' 'dia ni tak buat keje' dan macam2 lagi. Kita jarang nak ketahui siapa dibelakang sesuatu perang, mengokestra dan mereka cipta perang.

Artis generasi baru ini menyatakan ketidak puasan hati mereka -- membenci perang. Perang yang membawa kehancuran kepada manusia. Penyanyi Thom Yorke dari Radiohead adalah antara mereka yang menyatakan ketidak puasa hatinya terhadap perang. Atoms for Peace, album pertama solo Thom Yorke memaparkan lirik puitis menentang peperangan.

Begitu juga dengan Coldplay, beberapa tahun sudah mengikuti rombongan ke Cancun, Mexico. Menyerahkan petision Big Noise, kepada orang kuat WTO [dari Siam, ntah apa namanya tah].

RATM. SOAD. Chumbawamba. Bad Religion. NOFX. U2. Starsailor. Henry Rollins. Jello Biafra. Incubus. Massive Atack dan banyak lagi. Semuanya satu duara. Katakan, "Tak Nak" kepada perang.

Lenny Kravitz menghasilkan album single yang diberi percuma di webnya suatu masa dahulu. Album serta lagu We Want Peace itu membuktikan yang karyawan dunia tidak henti2 mencaci peperangan. Slogan "Make Love Not War" akan pasti bangkit semula. Dan ianya pasti akan menggoncang.

*versi asal sebelum diedit dan disiarkan di ROTTW September 2006.

No comments: