04 September 2006

Belasungkawa IV

Tiada lagi wajah berani langsung Steve Irwin. Yang ada cuma rakaman wajahnya.

Aku tahu dia di antara selebriti yang sangat rapat dengan alam sekitar terutamanya haiwan-buaya, dia langsung ada satu program bertajuk "The Crocodile Hunter." Dia meninggal dunia sewaktu pergambaran -- diserang ikan pari. Ada duri ikan pari tertusuk dijantungnya. Akibatnya dia meninggal dunia.

Aku juga tahu suatu ketika dulu dia bersama orang2 anti perang Australia berarak di luar parlimen dan berucap berkata tentang kebencian perang -- mempersoalkan kenapa kerajaan Australia menjadi 'polis' di Asia dan mengalu-alukan kedatangan Bush.

Mungkin kau senang lenang di syurga sekarang bersama-sama buaya yang menjadi teman baik kau.

Takziah untuk keluarganya.

1 comment:

xnimyx said...

sebelum dia mati, bid poster dia cuma bernilai au$10. skrg nih tetiba melonjak sampai au$2000. kenapa eh org suka simpan barang org mati? kalau sedara mare ade gaks sebab musabab nya *blur*

p/s : komen pertama *winks*