29 August 2006

Siti-Mawi-Ina

Sekejap tukar TV3. Sekejap tukar RTM1. Hari ni aku akan ingat sampai bila2. Sama macam aku ingat filem Mad City lakonan aktor favret aku -- John Travolta dan Dustin Hoffman.

Watak lakonan John Travolta tak bersalah, tapi ada kuasa lain yang membuatnya nampak seperti bersalah. Tapi ada juga yang menyokongnya.

Tapinak buat macam mana, sekarang kita berada dalam sistem kapitalis yang berorientasikan keuntungan [dan kebebasan]. Nak harapkan sistem komunis atau sistem yang rapat dengan sosialisma, ntahlah -- sekarang ni dia suruh adik dia pangku jawatan Presiden pulak. Takde model yang sesuai. Venezuela. Sepanyol. Still bergantung lagi pada sistem kapitalisma. Takde contoh yang terbaik.

Stigma buruk yang melekat kat kapitalisma cukup kuat. Aku tahu sejak perhimpunan kat Seattle beberapa tahun sudah, atau apa saja perhimpunan yang sebelumnya, caci maki dihamburkan dicaci, pada sistem yang satu ini. Kenapa orang benci sangat dengan sistem ini, tak tahulah.

Antara 'barangan' yang dijaja oleh kapitalisma adalah demokrasi, globalisasi dan liberalisma. 'Barangan2' ini bisa memberikan kita pilihan, kita bebas memilih. 'Barangan2' ini memberikan advantage kepada fundamentalis agama, pemberontak sayap kiri dan pembangkang.

Cuma Malaysia bukan contoh negara kapitalisma yang baik. Media, bisnes, sukan dan hiburan masih lagi dipegang kerajaan. Dan aku lihat semacam negara ini mahu pergi ke arah sistem komunisma satu parti!

1 comment:

lokman said...

Aku membuat konklusi bahawa mereka yang membenci kapitalisma ini selalunya tidak tahu apa maksud sebenar kapitalisma itu dan kapitalisma yang mana satu harus ditentang.

Mungkin kurang baca buku, mungkin kurang membuat kajian atau mungkin juga sekadar ikut kawan-kawan hehe...