12 August 2006

Dig Up Her Bone

Kepala aku memikirkan dia setiap masa. Time ni la pulak, kurang kerja. Orang kata kita patut keluarkan sikit apa yang ada dalam kepala. Tapi aku rasa time ni elok aku bersendiri. Memahami diri sendiri. Melihat sejauh mana mungkin diri kita sendiri waktu dahulu.

Aksi sebegini, sebelum tidur mata memandang tepat ke syiling, sambil tangan kiri diletakkan ke dahi, menjadi lazim pada tiap2 malam aku. Pandangan yang tepat ke syiling selalunya memerhati kenangan. Kenangan yang pasti takkan diulangi sekali lagi seandainya kita dihidupkan semula.

Kenangan tak tipu kita. Kenangan adalah jujur. Ikhlas.

Kadang2 aku mempersoalkan tuhan. "Kenapa diciptakan apa yang dipanggil kenangan" Tapi aku tahu. Aku cuma makhluknya yang tak berkuasa. Dia Maha Berkuasa. Dia tahu hikmah di sebalik terciptanya kenangan.

2 comments:

iEn said...

hmm.. biarrlaaah aku sendiriii!! menanggung deritaa iniiiiii!! hehehe!

umpunk said...

soalan yg sama prnh ditujukan kpd diri sendiri.tpi,akhirnya aku mengerti.kenangan fungsinya is to remind us how beautiful life is.untuk remind manusia cam kita yg slalu take things for granted,depan mata buat donno,bile dh hilang merana.untuk membolehkan kita sit back,n say,yes,that was a beautiful moment in my life......