31 January 2006

Zapatista

Lewat beberapa bulan sudah kelibat Subcomodante Marcos kembali mewarnai kamera dan perkampungan La Realidad sekali lagi popular, menjadi tumpuan media. Zapatista bertekad akan menyertai politik negara Mexico. Dan juga bertekad akan memenuhkan kamera-kamera media dengan wajah mereka yang bertopeng. Penulis agak orang yang paling gembira, tentunya Zach De La Rocha, frontman dan personal utama kugiran (the late) Rage Against the Machine.

Dalam klip video lagu People of the Sun, Rage Agaist the Machine ada menyelitkan visual kata-kata simpati untuk Zapatista pada akhir dan juga dimerata-rata tempat di dalam klip video berkenaan.

Mungkin ada yang masih ingat lagi, perhimpunan muzik terbesar dunia. Dan ada yang masih ingat lagi kelahiran the Beatles, Grateful Dead, Pink Floyd, individu seperti Bob Dylan, John Baez dan ramai lagi. Perhimpunan itu berlaku kerana kekecewaan yang teramat sangat kepada penghantaran tenaga-tenaga muda menyertai skuad tentera Amerika Syarikat di Vietnam. Rakyat AS membantah penghantaran yang ternyata sia-sia – kerana kekalahan.

Nama-nama yang penulis sebut sebelum ini, merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menyatakan ketidak adilan dunia. Sementara nama seperti Rage Against the Machine, Coldplay, U2, Starsailor, Chumbawamba, Henry Rollins, Jello Biafra, N.O.F.X, Bad Religion, Incubus, Massive Atack dan banyak lagi merupakan antara nama yang terpahat sebagai kugiran dan individu yang menjalankan aktiviti kemanusiaan serata dunia di kala ini.

Seperti penghantaran tentera AS ke Iraq, Michael Moore pembikin doku-drama Fahrenheit 9/11 menyatakan bantahan di dalam doku-drama tersebut. Begitu juga dengan artis-artis yang terlibat di dalam konsert Live 8 mereka membantah usaha-usaha sesetengah pihak yang dikatakan menindas lapan negara termiskin dunia.

Rage Agaist the Machine (R.I.P) sememangnya juara bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan ini. Perjuangan mereka berasaskan ideologi Marxisme. Dan di dalam di dalam setiap konsert, klip video dan barangan lain, pasti ada imej Che Guevera – seorang pejuang Marxisme. Che Guevera – salah seorang orang kuat kerajaan Cuba, komunis, pimpinanFidel Castro – Menteri Kewangan kerajaan Cuba dan mati tertembak – tidak tahu siapa yang menembaknya – kerana idea-idea ekonominya yang bertentangan dengan kerajaan Cuba semasa itu.

Che Guevera bukan sahaja ikon bagi faham Marxisme, tetapi perjuangan berterusan menggapai kebebasan. Waktu akan terus menjadikannya sejarah dan waktu juga menjadi bukti bahawa belau mati kerana idea-ideanya yang bertentang dengan komunis iaitu kerajaan Cuba itu sendiri.

Dua tahun sudah Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin (vokalis), Johnny Buckland (guitaris), Guy Berryman (basis) dan Will Champion (drummer) telah mengadakan dua buah konsert sempena kempen "Make Trade Fair" (Hasilkan Urusniaga Adil) yang dikepalai oleh British Charity Oxfam untuk menyambut mesyuarat WTO (World Trade Organization atau Pertubuhan Perdagangan Dunia) yang telah dijadualkan diadakan minggu berikutnya di sebuah pekan resort Cancun.

Menurut Reuters, "petani-petani di negara-negara membangun seperti Mexico, berkata mereka tidak mampu bersaing dengan subsidi berharga berjuta ringgit yang diperolehi oleh petani-petani di negara-negara maju, terutamanya petani di negara seperti Amerika Syarikat."

Martin dan Buckland kemudiannya menuju ke Cancun pada hari Selasa, minggu selepas mengadakan konsert, untuk berjumpa dengan orang kuatWTO, Supachai Panitchpakdi dan telah memberikan petisyen berjumlah 3 juta tandatangan. Petisyen itu dikenali sebagai Big Noise (Gangguan Besar).

Usaha negara-negara maju untuk memaksa negara-negara membangun membuka pasaran mereka, tapi dalam masa yang sama mereka (negara-negara maju) masih mengekalkan subsidi kepada industri-industri mereka. Ini menjadikan negara-negara membangun ini sukar untuk bersaing oleh kerana tidak mendapat subsidi sebesar negara maju dapat.

Coldplay mungkin akan menjadi duri dalam daging kepada usaha membuka pasaran atau globalisasi tajaan negara-negara kapitalis dan syarikat-syarikat multi nasional corporation, memandangkan mereka menurut Martins, cuba untuk menjadi agen penyedar, terutamanya kepada peminat-peminat mereka tentang kemiskinan dan kepayahan hidup manusia-manusia di negara-negara membangun, apatah lagi negara-negara miskin.

Mengikut laporan berita reuters tersebut, mungkin Coldplay tidak mampu untuk mengubah dunia, tapi cukuplah sekadar ada peminat yang sedar tentang kemiskinan di luar negara mereka.

Tidak ketinggalan mereka yang berada di negara jiran turut memutarkan lagu mereka yang berkait dengan isu semasa. Sebagai contoh grup Poject Pop, Ahmad Band, Dewa dan Iwan Fals. Ahmad Band – sebuah kugiran pojek oleh Ahmad Dhani dari kugiran Dewa -- memutarkan lagu-lagu seperti Impotent, Distorsi, Ode Buat Extremis, Interupsi, Rahasia dan Dimensi yang melewati masalah-masalah sosial setempat.

Sementara lagu Cinta Adalah Misteri – daripada kugiran Dewa -- pula menceritakan tentang ketaksuban dan kefanatikan pelampau atau fundamentalis Islam. Kerana Cinta kepada Allah sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah ingkar dengan larangannya.

Iwan Fals seperti yang kita semua ketahui memperjuangkan lagu-lagu kerakyatan seperti Sudah Gila, Apa Kamu Sudah Jadi Tuhan, Surat Untuk Wakil Rakyat, Mbak Tini, Hadapi Saja dan banyak lagi. Iwan Fals turut dinobatkan sebagai Pahlawan Asia oleh majalah Time (Edisi Asia) atau Hero of Asia pada susuk ini dan ia (susuk ini) telah menjadi cover untuk majalah berkenaan untuk keluaran tahun 2002.

Di Malaysia juga ada terdapat penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu yang bersifat semasa. Contohnya seperti M.Nasir, Ito, Ramli Sarip, Kopratasa, KRU, Search, Lefthanded, Wings, Zainal Abidin, Redang, Yassin dan ramai lagi. Mereka menyanyi lagu-lagu yang menyentuh isu-isu semasa.