Ada bebelon lambang ‘hati’ berterbangan
Melintasi bingkai suasana
Di pagi yang tenteram itu
Akhirnya kau datang jua
Walaupun aku tahu
Kedatanganmu pagi ini berbeza
Bukannya mahu melepaskan rindu dendam
Dan bertanya khabar
Tetapi lebih merupakan
Ajakan untuk terus melupakanmu
Kau kulihat telah begitu asing dengan diriku
Manakan sama
Tahap penebangan
Kau jauh di langit biru
Dan aku bagai tak mahu bergerak
Lepas dari landasannya
Aku tidak seperti dulu lagi
Bercita-cita tinggi, ambitious dan optimistisma
Yang ada pada diriku
Hanyalah tangan yang bengkok
Tak mahu diluruskan
Kaki yang kejang
Tak mahu dibengkokkan
Dan lidah yang tersentap
Ibarat berkata-kata dalam bahasa itik
Tidak betul bunyinya
Hari-hari yang kulalui selepas itu
Ternyata amat berbeza sekali
Aku dapat merasai apa itu malam
Dan pagi terlampau lama
Bagi diriku untuk menjelma
Ingin kulakarkan namamu
Di setiap inci helaian kertas serba putih ini
Tetapi aku tahu
Bahawa kau tahu
Aku tidak seperti dulu
Aku tidak mampu
Inginku lukis wajahmu
Yang sesempurna kejadian
Supaya boleh kusimpan
Dan kutatap apabila rindu
Tetapi aku tahu
Bahawa kau tahu
Aku tidak seperti dulu
Aku tidak mampu
Saat kau datang…
No comments:
Post a Comment