Waktu memisahkan kita dengan al-Hallaj.
Kalimah Ana al-Haq (Aku yang benar/Aku tuhan) terus menjadi polemik generasi ke generasi -- sangat rapat dengan ummah manusia. Imam an-Nawawi menyokong penuh hukuman mati dan dakwaan murtad ke atasnya. Dan dinasti Abbasiyah merelakannya mati.
Beliau telah dihukum mati pada 26 Mac 922, ketika berusia 60 tahun di Iran.
Disebabkan oleh pemerintah yang tidak sehaluan dengan al-Hallaj maka beliau telah dikatakan kafir dan telah dijatuhkan dengan hukuman bunuh. Kerana cuma politik maka nyawa yang dianggap suci melayang tanpa perlu mengadakan satu sessi atau suruhanjaya memperdebatkan isu ini dengan tuntas.
Al-Hallaj pernah berkata akan kata-kata ini:
"ana'l-Haqq.”
“Kau tahu dan Kau tidak diketahui; Kau lihat dan Kau tidak dilihat.”
“Semangat Engkau bercampur dengan semangat ku sedikit demi sedikit oleh pusingan (peredaran), melalui penyatuan semula dan perpisahan (tanpa rasa takut) dan kini aku adalah diri Mu, kebenaran Mu adalah aku sendiri dan ianya juga adalah kehendak ku (keupayaan). “
"Aku mendapati suatu keganjilan yang seluruh kecintaan, boleh dilahirkan
oleh tubuh ku yang kecil, sehinggakan disebabkan oleh bebanan yang kecil, bumi tidak dapat menanggung ku."
"Aku telah melihat Tuhan ku dengan mata hati, dan aku berkata : "Siapa Kau?"
Dia berkata : "Engkau."
"Aku tidak berhenti berenang dalam lautan cinta, timbul bersama gelombang, kemudian turun ke bawah. Kini gelombang menetapkan aku, dan kemudian aku tenggelam dibawahnya. Cinta membawa aku pergi di mana tidak ada lagi pantai."
Ada antara kata-kata tersebut telah menyebabkannya mati pada tiang gantung.
Syeikh Fariduddin 'Attar seorang ahli Sufi berasal dari Iran, pengarang kitab Tazkiratul-Auliya' pernah mengulas berkenaan dengan Al-Hallaj katanya :
"Alangkah sedihnya seorang Sufi yang agung ini (Al-Hallaj) tidak difahami oleh orang-orang sezamannya. Anda boleh hormati pokok jika ia berkata "Ana Al-Haq", tetapi kenapa seorang manusia yang menucapkan kata-kata itu disalib pula. Anda patutlah tahu bahawa perkataan seperti itu adalah diucapkan oleh orang-orang Sufi yang agung yang dalam keadaan "dzauk" Allah atau fana' diri, dan mereka berucap seperti itu melalui Allah. Atau dengan lain perkataan, Allah yang bercakap melalui lidah-lidah mereka. Diri mereka itu telah "mati"."
Zaman ini bagai memanggil semula zaman ketika al-Hallaj dihukum pancung, di mana terwujudnya pelbagai undang-undang neutralisasi semacam inquisisi atau minhah di tengah-tengah masyarakat ‘membetulkan ajaran yang dikatakan sesat’.
No comments:
Post a Comment