“He who does not see the angels and devils in the beauty and malice of life will be far removed from knowledge, and his spirit will be empty of affection.”
-- Kahlil Gibran (Broken Wings/Sayap-sayap Patah)
Kebaikan dan keburukan. Surga dan neraka. Hitam dan putih.
Warna-warna itu dan objek-objek tersebut menggambarkan dua keadaan yang jauh berlainan. Kedua-dua bahagian dari kedua-dua kutub kehidupan ibarat [mengikut kata-kata ajaran Toisma?] dua ekor naga sedang berlawanan.
Yang satu, mewakili warna hitam dan yang satu lagi, mewakili warna putih. Dan dalam naga putih itu ada setetes warna hitam. Dan di dalam naga hitam terdapat setetes warna putih.
Betul kata Kahlil Gibran. Sesiapa yang tidak nampak akan keburukkan dan kebaikan kehidupan maka individu itu juga akan dijauhkan daripada segala macam jenis ilmu (maklumat) dan jiwanya akan kosong dengan kasih sayang.
Terdengar akan lagu Cintailah Cinta dendangan band Dewa sayup-sayup sahaja. “Tuhan, anugerahi sebuah cinta, untuk manusia ini dapat saling menyayangi, jika kebencian meracunimu, tak ‘kan ada jalan keluar, damai hanyalah sebuah kisah …”
Cinta adalah sesuatu unsur yang boleh mendamaikan dua kutub yang serba bertentangan -- ambil sahaja contoh unsur jahat dan baik. Cinta juga mampu menyemarakkan rasa benci sesama kita -- ambil sahaja contoh cinta yang tertutup, tidak merayakan perbezaan dan terlampau fanatik agama.
Seperti lagu Cinta Adalah Misteri dendangan band Dewa [lagi]. Lagu tersebut mengisyaratkan bahawa sebarang cinta yang membabi-buta akan merugikan semua pihak dan lagu tersebut juga menyeru akan penganut-penganut agama yang fanatik supaya membuka hati, akal dan jiwa mereka demi kerana agama.
Seperti kisah Muhammad yang melayani dengan baik segala perbuatan jahat yang tertumpah terhadapnya. Walaupun ada individu-individu dari agama lain melontarnya dengan najis, menghamburkannya dengan kata-kata sesat dan meludahnya. Tetapi dia tetap melayan mereka dengan baik.
Dikisahkan pula tentang Saidina Umar r.a, turut mengizinkan kebebasan beragama terus ujud. Beliau pernah membersihkan tembok penyembahan untuk kaum Yahudi di Baitul Muqadis.
Yang teruk menghadapi tekanan adalah mereka daripada agama yang sama. Lihat sahaja Kristian Protestan menghadapi tekanan daripada Kristian Katolik. Dalam Islam pula kewujudan mazhab Syiah dan Sunnah [mempunyai penganut yang paling ramai] memerangi masing-masing di antara mereka.
Ternyata yang berkuasa bukan sahaja memerintah fizikali malahan memerintah spritualinya. Mazhab yang di bawah pemerintahan jika wujud dan bertentang pula dengan mazhab yang memerintah maka akan sesat ajaran mazhab berkenaan.
1 comment:
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. fiat punto 1999 Land rover capital group Free+greeting+flash+cards http://www.home-owners-insurance-8.info/Owner-home-state-insurance-farm.html Print valentine bracelet Ritalin neurological damage fashionable rain jackets rubber floor mats chevy truck oem French roulette numbers bellsouth pop up blocker pop up provigil Compare laptop battery life Antidepressant decreases appetite jackets from leatherup rockabilly jacket
Post a Comment