30 January 2006

Apabila tuhan pergi berperang [3/3]

Naskhah-naskhah kitab tersebut, kesemuanya mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada tindakan keganasan, jadi tidak susahlah bagi para ekstrimis untuk mencari isyarat daripada tuhan yang membenarkan tindakan ganas mereka. Perang mengancam kesemua aspek sikap manusia, jadi apabila sesuatu konflik menjadi lebih kronik, tidak hairanlah agama juga turut terkesan. Inilah yang terjadi ketika Perang Salib.

Dalam masa yang sama, hak penganut agama Kristian juga telah menyerap unsur-unsur keganasan dalam masyarakat Amerika: menentang pembaharuan dalam undang-undang senjata, sebagai contoh, dan menyokong hukuman bunuh. Mereka tidak pernah memetik ayat-ayat daripada Sermon on the Mount tetapi lebih mendasarkan sifat chauvinistik mereka dan semangat keaagamaan mengikut kitab Revelation. Osama bin Laden pula menggunakan surah-surah yang terpilih sahaja. Dan kebanyakan ekstrimis Muslim yang mengganggu kita adalah produk masyarakat yang lama terasa kecewa dengan konflik: di Timur Tengah, Palestine, Chechnya Afghanistan, Kashmir.

Agama, seperti lain-lain aktiviti manusia, boleh disalahgunakan. Anda boleh memiliki agama yang jahat, sama seperti anda boleh memiliki masakan yang tidak sedap, seni yang tiada nilai dan seks yang tiada kepuasan. Sejak dari awal lagi, agama terlibat dengan konflik yang sebenarnya bersifat sekular. Di masa lampau, bagaimanapun, nabi dan ulama pelbagai agama mengingatkan orang yang berada di luar bidang tersebut dengan tugas utama mereka iaitu simpati dan kasih sayang.

Hari ini, kita memerlukan orang-orang agama untuk kembali aktif dalam merubah tradisi keekstrimisme agama. Bukan cukup, hanya dengan mengutuk keganasan sebelah pihak ke pihak yang lain. Kita memerlukan bishop-bishop, rabbi-rabbi dan imam-imam untuk mencari benih kebencian dalam kitab mereka, mengaku yang kepercayaan mereka mempunyai sejarah kebencian. Kita mesti mempersoalkan keberkesaan perang semasa menentang keganasan atas nama agama.
Dengan meningkatnya jumlah keganasan di kawasan yang bermasalah, kita menyumbang
kepada keadaan yang menggerakkan mereka yang setia di dalam perang jihad yang memusnahkan. -- Karen Armstrong (pengarang buku A History of God)


Nota: Tersiar di Akhbar Mahasiswa Isu 23/2005

1 comment:

Anonymous said...

Keep up the good work film editing classes