Mendeletekan diri sendiri.
Perbuatan ini seperti membunuh diri. Boleh saja membunuh diri secara nampak [yakni, terjun dari tingkat 49 sebuah bangunan tinggi atau menikam diri sendiri dengan pisau yang mak kau gunakan untuk potong daging atau ambik razor blade kemudian toreh kat tangan -- kat urat nadi kat tangan, tak kiralah tangan sebelah kiri atau sebelah kanan atau lain2 method membunuh diri].
Atau juga kau boleh membunuh diri secara tak nampak [yakni, 'mematikan' diri kau yang lama, bertaubat atas segala kesalahan yang telah kau buat].
Kalau kau percaya dengan reinkarnasi kau juga mungkin percaya pada diri yang baru, sikap dan sifat. Biar aku lanjutkan lagi penjelasan aku, sikap dan sifat baru atau boleh juga dikatakan sebagai penghidupan baru.
Aku pernah beberapa kali cuba mendelete diri aku sendiri.
Hasilnya?
Aku berjaya, tapi, dalam jangka masa tak sampai beberapa minggu 'penghidupan aku yang lama' datang balik. Agaknya aku tak percaya pada reinkarnasi. Kepercayaan yang sangat diimani oleh penganut ajaran Tuan Guru Gauthama Buddha.
Eh tengok tak citer Little Buddha. Tah tah kau ni reinkarnasi Tuan Guru Gauthama Buddha tak. Terbayang aku kat Patung Buddha tokong mini yang ada kat Kedai Wong sebelah rumah aku.
26 February 2007
24 February 2007
Situasi II
Aku bagi kau satu situasi; anggaplah diri kau sebagai seorang ibu muda [kalau yang dah memang ibu muda, tak payah anggap, jadilah diri kau] mengandung anak pertama-- dah dekat nak bersalin dah. Kau mengidam nak makan buah mangga/mempelam muda curi, pokok yang baru saja berbuah tak jauh dari depan rumah kau. Suami kau sedang ingin mencuri, memanjat pokok tu untuk petik buah2nya. Tak sempat petik suami kau jatuh. Dia hendak mintak tolong. Tetapi sedang dia menjerit mintak tolong, ada lori kontena yang sedang lalu merempuhnya. Terus dia mati. Mati tanpa sempat memberi kau buah mangga yang dia curi. Hari berikutnya kau sakit nak bersalin. Kau bersalin dapat anak perempuan, tapi malangnya kau mati. Mati kempunan nak makan mangga curi.
Fast Food
Dah lama dah..
Aku ingat lagi, masa tu aku Matriks Law ke Part 1 Degree ke. Aku cadang nak bomkan (buat demo ke, jahanamkan restoran dia) McD Seksyen 3 -- cadangan gurauan. Tu nak menunjukkan yang aku benci sangat fast food sampai aku memulaukan, tak nak makan fast food. Benda yang buat aku bencikan sangat dengan fast food pasal ketidak berkhasitannya, pernah dua tiga kali naik court dan fast food jugak adalah lambang kepada ideologi maha jijik-- kapitalisma.
Tapi as time goes by, aku semakin flexible.
Aku kemundian mahu makan segala macam lambang kapitalisma -- MNC KFC, McD, Pizza Hut dll. Semuanya dengan alasan [aku bersetuju dengan alasan-alasan kau MJ] nasi dan lauk pauk kat Mamak sgt mahal. Lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan apa yang ditawarkan di restoran2 fast food. Lebih baik makan fast food.
Poket selalu kempes beb.
Lagi satu, pasal setiap kawan [perempuan] aku layan benda ni (Aku ramai teman tapi mesra). Minah KFC dekat CM tu, dah kenal dah aku.
Bila keluar jer, "aku tunggu kat McD CM." "Saya tunggu kat KFC Pudu."
Dan last lagi satu, pasal aku sekarang ni bukan lagi orang kiri yang benci sangat pada kapitalisma. Er.. er.. aku bukan orang kiri, tapi aku jugak bukan orang kanan. Hei.. sekarang ni dah lepas zaman cold war dah. Kiri atau kanan, hati kau tetap di tengah, otak kau tetap di atas.
Beberapa hari lepas ada ura2 [ura2 tu dari RTM] suruh hentikan iklan2 fast food di tv.
N

23 February 2007
Loghat Peghak For Dummies
Istilah dan cara guna
1. Te[r]bongeh - terbuka, terdedah
contoh ayat; Jangan dibiorkan pintu tu te[r]bongeh. Nanti ada oghang masuk.
2. Be[r]gedup - tertutup, tidak dibuka
contoh ayat; Bukakkan pintu tu bagi angin masuk, jangan dibiorkan be[r]gedup aje. Nanti cahaya matahari tak masuk nanti.
3. Kembang - selain daripada membesor, ia jugak bermaksud basah, digenangi ayor.
contoh ayat; Habis kembang karpet ni. Dah ler kamu baru main ayor, nak masuk lak sini.
4. Tumpo[r] - mati, maut, kalah
contoh ayat; "Habihler, tumpo[r]ler aku. Kalau Peghak tumpo[r] malam ni. Aku pun tumpo[r] sama," kata Steve Darby, ketua coach Peghak.
5. Mengunja[h/s] - kayuh, menapak dengan jarak yang jauh.
contoh ayat: Penat jugak aku mengunjah! Berpeluh la jugak.
p/s - Vovin, Jiwarasa, darling Kak Pinat AKA Abang Meor tolong betulkan kalau aku ada buat silap.

22 February 2007
Doa
Tapi lagu drama tu aku suka.
Selain daripada tu banyak yang aku tak suka. Kalau kau percaya akan akhirat kau misti percaya pada skenario yang tidak happy ending. Aku percaya yang kebaikan dan kejahatan pasti punya balasan. Tetapi aku jugak percaya bahawa kebaikan dan kejahatan atau unsur Malaikat dan Setan tidak semestinya akan dibalas di dunia -- melainkan alam yang satu lagi.
Lagi, aku tak suka gerak kameranya. Sama seperti BPBM, drama tu jugak selalu close-up ke muka sambil mata terbeliak-beliak. Dan mengilai-ngilai gelak -- gelak jahat atau gelak Salleh Kamil. Gelak yang sengaja dibuat-buat.
Tapi tetap drama tu punya pengajaran, tema atau pengajarannya simpel -- berdoalah kamu, nescaya doa itu akan bawa keajaiban. Doa merupakan senjata paling ampuh manusia.
Cuma banyak perkara yang seperti diwujudkan secara tiba dan ramai watak yang hilang juga tiba2. Namun turning back pemeran patutlah dipuji. Aku dapat kenal pasti dua tiga watak yang 'turning back. Dari watak jahat berpusing 360 darjah ke watak baik tak ingat. Ada jugak tu, aku ingat dah pusing 360 darjah dah jadi baik, tapi watak jahatnya tetap terus ada.
Drama tu memulangkan fantasi ke dalam naskah drama, filem, soap opera, cerpen dan novel. Imajinasi dan fantasi amat dibutuhkan untuk menghasilkan sesebuah naskah. Kadang fantasi akan mencabar logis.
Pada kita -- penonton -- akhirnya sesebuah naskah itu akan dihidangkan. Dan pada kitalah tergantung cara penerimaannya. Walau tak logis kita harus terimanya.
Tapi aku suka lagu drama tu.

18 February 2007
Cabaran Bah Muzik Indonesia
"Rata-rata karyawan yang ditanya mengenai masalah kebanjiran-artis-band-Indonesia, menyalahkan orang-orang tengah, “tidak adil bagi artis-artis Malaysia – artis Indonesia senang nak masuk sini, tapi artis-artis Malaysia susah nak masuk sana.”kata mereka. Malah ada yang menuding sesama sendiri, tidak membantu antara satu sama lain untuk memajukan dan meyokong artis tempatan." [Lagi]
17 February 2007
Cawat Besi
Saranan Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (dia ni abang ke adik Harun Din?) memang bagus. Bagus hingga menjilat jari, tak lupa juga ibu jari kaki sebelah kanan. Kau setuju? Apa pandangan kau? Kau berhak cakap pandangan kau, macam jugak kata Datuk Sharizat Jalil. Walaupun dia tak setuju dengan tu, tapi tetap dia kata "ia satu cadangan yang kreatif." Perli ke betul puji ni tuk.
Walaupun aku rasa berhak untuk cakap soal ni, tapi aku jugak rasa tak berhak -- pasal aku bukan wanita. Aku rasa cuma wanita jer berhak cakap, pasal saranan tu untuk wanita. Tapi kalau aku tak berhak, Datuk Abu Hassan Din pun tak berhak untuk cakap. Dia dan aku mungkin berhak untuk cakap -- tapi yang berhak untuk terima sudah tentu kaum wanita.
Eh.. kalau jadilah pakai cawat besi, nak pakai cawat brand apa ek? Avon, Leno, Triumph, ape lagi ha..? (Aku tau cuma tiga ni.)
Wo... kalau kata kejadian rogol meningkat sebab negara ni tak buat hukum hudud, aku leh terima la jugak. Untuk mengelakkan kejadian ni dari berleluasa pakailah hukum hudud/syariat islam. Mungkin hujah itu boleh diperdebatkan -- boleh panggil Astora dgnUstaz MAZA jugak Fathi Aris Omar dan Khalid Jaafar, dipengerusikan oleh Datuk JJ.
Walau apa pun saranan yang diberikan aku rasa, diulangi aku rasa, perkara yang paling utama ialah tabiat/sifat/akhlak/moral kita towards orang lain.
Hei, di Sweden kes rogol dia makin kurang. Aku sure diorang tak buat undang2 hudud/syariat islam pun.

Pulangkan Fantasi
Aku ingat 26/12/2005 adalah waktu terakhir kali aku tatap wajah kau. Rupanya, aku silap. Aku jumpa kau, itu hari, malam sebelum puasa. Agaknya malam tu, malam lailatul qadr, malam seribu bulan dan malam di mana pokok2 bersujud akan tuhan. Aku tak pasti betul ke tidak, pokok akan bebuat begitu -- kalau aku tak percaya, berdosa tak? Eh.. Aku percayalah pada malam lailatul qadr. Tapi awal sangat malam lailatul qadr. Malam tu baru malam pertama puasa.
Kau tak macam yang aku sangka. Aku ingat kau seorang tapi aku lihat kau berdua. Dan lagi yang buat aku jelous sangat, itu hari kau pakai baju kurung! Sebelum ni bila saja kau keluar dengan aku, tak pernah pun kau pakai baju kurung. Baju kurung purple pulak tu. Warna rumah sukan aku masa sekolah rendah. Rumah Abdullah.
Aku tak pasti siapa teman kau malam tu. Tapi yang aku pasti kau tetap manis macam dulu. Wajah kau, yang dulunya pernah aku puja tetap aku puja kini. Dan waktu tu, tiba2 kepala otak aku memanggil kembali kenangan manis kau dan aku.
Tak pelah, let bygone be bygone -- oops sorry, aku tak fasih sangat bahasa inggeris, ayat ni pun aku dapat dari terjemahan bahasa inggeris di TV3. Yang lepas biarkanlah lepas. Lagipun dia memang tak boleh terima aku. Pasal aku dulu kawan dengan kawan baik dia. Katanya dia tak nak betray kawan baik sendiri.
Aku sebagai seorang Islam, tambahan lagi seorang manusia, dah jadi tanggung jawab aku untuk senyum. Jadi aku pun senyumlah meleret sampai nampak gigi aku yang dah mula rongak, [syyy!! ni nak bagi tau satu rahsia besar -- aku ni rajin tak gosok gigi!
Tapi yang buat aku sikit bengang masa tu [rasa macam bangang jugak] kau tak balas aku punya senyum. Waktu tu bagi aku, semacam kiamat kecik. Hancur, pecah berderai-derai hati aku ataupun hancur hatiku mengenang dikau menjadi keping keping setelah kau pergi. Tapi bila dengar lagu I Will Survive oleh Gloria Gaynor, Cake juga, dan lagu Loosing My Religion oleh REM bukannya tamat dunia ni kalau aku tak dapat kau. Don't bother. Life Goes On.
Hidup perlu terus.

16 February 2007
Semalam
Teringat aku apa dah jadi semalam. Ada drakula hisap darah aku. Tak percaya. Tak apa. Aku sendiri pun susah nak percaya pada mulanya.
Kalau kau boleh datang sini -- maksud aku: ke rumah aku, datanglah, boleh tengok kesan gigitan drakula tu. Yang satu dah hilang. Tinggal yang satu lagi. Masih ada, ni.
Tapi disebabkan drakula tu cantik -- dan tersenyum, aku membalas senyumannya. Mulanya nak marah jugak aku. Dahla isap dua liang. Tapi, nyaris drakula tu cantik.
Dia salah isap darah aku, mulanya. Berkali-kali mintak maap.
Aku maapkan dia sambil kata, "dah kerja awak, isap darah orang 'kan.' Dia tersenyum -- manis. Aku pun tersenyum jugak. Meleret.

15 February 2007
Graviti
Semuanya mula dari aku.
Aku macam ada kuasa graviti. Menarik objek untuk sentiasa jatuh ke bawah, tidak ke atas. Seperti buah epal dalam situasi Isaac Newton, yang jatuh kena kepalanya. Langsung mendatangkan 'wahyu' kepadanya tentang graviti.
Andaikanlah dunia ini tiada graviti. Tiada kuasa penarik untuk menarik sebarang objek, melekat ke muka dunia. Tentu tiada konsep graviti itu sendiri. Dan bayangkan, jika buah epal dalam situasi Newton itu tidak gugur, maka akan tiadalah juga konsep graviti.
Aku yakin dan pasti, bahawa segala masalah ini juga tidak akan terjadi jika aku tiada kuasa 'graviti'. 'Kuasa graviti' yang memungkinkan aku untuk buat perkara-perkara bodoh, bagai orang terkena ekstasi, tidak sedar akan kepala dibangingkan -- satu dinihari.

02 February 2007
Abnormal
Tidak terurai ketidaklogikan. Masih ada lagi escapisma. Manusia akan tetap terus abnormal. Tiada yang tak abnormal, melainkan abnormal belaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)