23 October 2006

Ikhlas

Nyaris tadi penyimpan mohor2 besar umumkan yg esok ada satu hari lagi puasa. Kalau tidak malam yg hujan kelan ni, tentu akan bergegar. Ada pesta. Muda mudi dan dewasa merayakannya.

Sejak petang hari Jumaat itu hari, jalan depan rumah aku dah mula sesak. Kereta rapat2. Macam ni ha [sambil tunjuk isyarat tangan, jalan sesak]. Aku agak lepas raya baru nak lengang. [lepas raya maksud aku, pada Isnin, yang satu lagi -- minggu depan]

Esok ada sehari lagi nak buat persiapan raya. Mana yang terkurang, eloklah dilebihkan. Baik cargas.

Diam tak diam, dah lebih dua tahun dah aku sambut raya dengan keadaan macam ni. Tiga kali raya.

Dan dalam masa lebih dua tahun nilah -- tiga kali raya -- aku belajar. Tenang. Ikhlas. Boleh kawal diri. Namun aku sedar, yang aku cuma berjaya ambil setetes dari ilmu tenang. Ilmu ikhlas. Dan ilmu kawal diri. Banyak lagi yang perlu aku belajar.

Alangkah baiknya, kalau aku jadi macam Nak Fandi -- berjaya kuasai ilmu ikhlas tanpa disedarinya, Haji Romli pun tidak kuasai semacam mana yang dia kuasai.

Ikhlas, itu kata suci, bagi aku. Suara sepenuh hati. Yang tak mungkin seseorang manusia mampu menilainya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam aidil fitri..Pegi la jasin kat melaka. kat sana ada sorang imam nama mazlan. Imam masjid jasin.Dia boleh rawat penyakit ni. ikhtiar.ramai yang sembuh.jangan asyik mengeluh..takde penyakit yang tak boleh dirawat..kecuali al sam..