Kata Jennifer Cavalleri, "kami juga negatif tentang tuhan."
Ayahnya Phill Cavalleri,"maksud kau, tentang semua tuhan."
Cuma dengan bapak Oliver Barrett IV sahaja mendapat tentangan -- langsung tak bertegur sapa bapak dengan anak -- tetapi tidak dengan Phill Cavalleri yang nampaknya menerima dengan terbuka tentang isu kebebasan beragama atau tidak beragama.
Aku boleh pulak tak tengok lagi cerita ni. Eh.. kau, kata agung cinta kau. Tapi tak tengok lagi Love Story.
Aku dapat SMS sehari sebelum tengok filem tu. SMS tu berbunyi, "apsal ko tergerak hati nak tengok citer tu, citer cinta agung." Aku jawab er er er.. SMS takde salinan kan, aku lupa.
Cuma endingnya tak terkesan, Albert Hiller [pengarah filem tu] bagi aku gagal merakamkan satu detik tragis romans seperti percintaan Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater -- ingat tak lagi babak di hampir akhir filem tu, rose berpisah dengan jack kerana terpaksa melepaskan jack jatuh ke dalam laut, membeku.
Tak adil rasanya aku, meletakkan filem Love Story ini sama tinggi dengan filem Titanic -- yang tajaan belanjanya yang begitu banyak. Tetap Love Story pada zaman itu boleh dibanggakan. Ali McGraw dan Ryan O Neal memang pantas untuk digandingkan bersama pasangan "u jump i jump", Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio.
Filem terbitan tahun 1970 itu, hanya memakan masa selama 99 menet, kalau nak dibandingkan dengan Titanic iaitu sebanyak 194 menet.
1 comment:
mungkin ending citer tu tak cukup tragis bagi ko pasal secara tak sedar,kisahnya tak setanding pe yang ko definisikan sebagai 'cinta agung'.
bagi Albert Hiller,itu la cinta yang paling agung...
pada sms tu ko telah jawab,saje tengok pasal tak pernah tengok....
Post a Comment