31 March 2007

Pulangkan Fantasi IV

Aku terbayangkan kau jadi Agnes Monica dalam klip vdo Tak Ada Logika. Dan aku pulak jadi mamat yang kena belasah tu -- kena belasah sampai nak mati.

Kadang2 klip vdo ada naratif. Dan naratif untuk klip vdo ini, berjalan bersama lirik lagu. Memang cinta selalu Tak Ada Logika macam kebanyakan klip vdo, selalu tak ada logika.

Mamat yang aku terbayang sebagai diri aku sendiri tu sebenarnya berpakat dengan kawan2nya, buat akal belasah aku. Dan kau, yang aku bayangkan sebagai Agnes Monica bersusah payah lalu pelbagai rintangan untuk datang selamatkan aku.

Tapi itu cuma dalam klip vdo.

Dalam dunia sebenar aku tau, aku takkan jadi macam mamat yang kena belasah tu; pasal setakat ni, aku ingat aku tak ada musuh yang betul2 musuh. Dan kau pulak tak kan jadi macam Agnes Monica. Pandai menari macam2 step yang Tak Ada Logika.

Sayang, bayangan tu tak kekal lama. Dia menghilang dibawa asap rokok. Dan sejurus ada budak bagi tau aku, "bang, jangan merokok kat sini."

"Urmm..."

28 March 2007

Kroni Cikkiah 2000

Dari kiri: tah sape tah mamat tu, megat shaiful rizal, sharifah maleeha, mohd syafizan, mohd raslan

Kroni Cikkiah 2000

AIM 2004


AIM 2004

Force Vormit


Ini baru rock dude... Haha... Caiyalah Dino, Errr... Fuzz.. Nizam.. tah sape tah..

26 March 2007

Pulangkan Fantasi III

Semua yang jadi adalah sesuatu yang silap.

Aku rasa menyesal sangat, itu hari aku tak belanja kau. Boleh pulak, kau yang belanja aku. Apa jenis jantan aku ni.

Tengok wayang; duit kau. Makan minum; duit kau. Sampaikan beli seluar dalam aku pun [boxer - ya aku pakai boxer, baru berangin sikit], pakai duit kau. Kau bukan tak tau, duit gaji aku masuk lambat. Dah tu pulak, masuk gaji sikit; aku terpaksa ambik advance. Tengah bulan itu hari, aku sesak; banyak nak pakai duit.

Mak aku mintak duit, suruh baiki mesin basuh yang sudah pakai lebih 10 tahun. Kalau aku tak baiki, nanti aku jumpa kau pakai baju tak basuh.

Maafkan aku keadaan aku tersepit masa tu. Bukan, bukan tersepit macam kau sepit ibu jari kaki kau dengan penyepit baju, tapi tersepit; sesak duit; aku perlukan duit masa tu. Aku tau semua ni silap. Betul aku tak patut ambik kesempatan atas kau. Tapi aku tiada niat.

Sekarang kau, entah ke mana. Kadang2 rindu jugak kat kau. Rindu time jalan2 kat Jalan TAR dan Jalan Masjid India, tengok teater kat Actor Studio, lepak kat taman KLCC dan hantar kau naik bas kat CM.

24 March 2007

Gua

Aku dibesarkan dengan tele-filem2 RTM [juga cerekarama TV3].

Beberapa hari sudah aku tengok Panggung Perdana RTM 1. Zakaria Yusuf, Mubarak Majid, Normah Damanhuri dan Ahmad Marbawi ada berlakon. Gelak Zakaria Yusuf boleh lawan dengan gelak Salleh Kamil atau gelak Omar Rojik.

Panggung Perdana RTM 1 tengah malam tu plotnya adalah tentang sebuah gua lama yang ada di dalamnya tinggalan berharga harta karun. Dua orang penyalidik; Jalil [Mubarak Majid] dan Osman [aku lupa nama betul dia] bersama dengan Khalid [Zakaria Yusuf] terperangkap dalam gua tu.

Osman mengenang semula kisah Ashabul Kahfi yang pernah diceritakan oleh ayahnya [Ahmad Marbawi]. Jalil pula bermimpi; didatangi oleh orang tua yang alim dan mirip mukanya. Ia seperti melambangkan dirinya sendiri. Orang tua itu berkata bahawa yang kekal hidup hanyalah dua orang. Seorang lagi akan duduk di dalam gua itu selamanya.

Oleh kerana kisah Ashabul Kahfi dan mimpi itu, pertentangan pemikiran terjadi.

Antara Osman dan Jalil yang percaya kepada takdir, metafizik, dan Khalid yang berfikiran sebaliknya. Dari satu sudut betul cara berfikir Khalid tapi dia punya arrogant + gelaknya boleh menjadikan wataknya suatu watak antagonis yang baik.

Akhirnya Jalil selamat. Khalid bertukar menjadi gila. Dan Osman mati.

Kesemua pelakon2 telefilem itu sudah beransur tua [Eh.. Zakaria Yusuf mana ek]. Mubarak Majid masih muda remaja lagi masa tu. Normah Damanhuri, masih anak gadis lagi. Ahmad Marbawi masih ada lagi.

Zakaria Yusuf kali terakhir aku dengar cerita, dia ambik exam sijil insurans tahun 1990 an kot kat ITM. Kakak aku yang cerita.

22 March 2007

RAT

Betul, aku tengok drama Ratapan Anak Tiri [RAT].

Bukan pasal Nia Radhani berlakon [watak baiknya dalam drama ini boleh bikin hati penasaran kalau nak dibandingkan dengan watak jahat yang absurd dan kadang2 lawak -- lebih lawak dari Senario].

Bukan pasal drama ini bukan soap opera [opera sabun]. Ya, aku tak minat sangat opera sabun, nak2 pulak yang panjang meleret-leret.

Drama dari MD Entertainment memang aku perhatikan, ada gerak kamera yang sama. Plotnya pun bagai baru direka pada hari penggambaran. Opps, diulang; BAGAI. Padanlah penulis skenarionya tak pernah menang kat penganugerahan Piala Vidya -- pecahan untuk Festival Filem Indonesia bahagian sinetron di tv.

Drama RAT jugak tak ketinggalan punya gerak kamera yang sama, mimik muka melampau -- takde orang lain lagi jahat melainkan dia dan plot yang merapu.

Tetapi aku tengok jugak drama ni pasal ada nama watak dia sama dangan nama aku. Bagi orang2 yang berkenaan bila tengok drama RAT, ingat2lah kat aku.

21 March 2007

Pulangkan Fantasi II

Aku belek akhbar; dua tiga kali.

Aku perhatikan macam wajah dia. Kahwen pun nak masuk paper. Apa?! Kahwen?!

Sekejap tu jugak aku rasa jantung aku jatuh; berkecai-kecai jadinya. Aku rasa macam dunia berhenti sekejap; menangisi rasa aku. Chewah...

Aku memang tunggu2 saat dan tika ini. Tak sanggup lagi aku nak biarkan bayangan kau terus membayangi. Aku tahu kau hebat. Hebat sangat. Cara kau tebar roti canai memang aku tabik.

Berapa orang dah kau kalahkan untuk sampai ke tahap ini. Cuma yang aku tak faham, macam mana kau boleh kahwen dengan dia. Sumpah, aku tak kenal dia.

Mungkinkah dia jugak hebat menebar roti canai macam kau. Atau dia boleh buat lawak, sampai kau terguling2 jatuh dari katil. Atau juga mungkin dia boleh bagi teka teki kat kau sampai kau tak dapat nak jawab dan kau tak sedar air liur kau jatuh meleleh macam air mata yang meleleh bila tengok filem Sembilu II itu hari.

Aku percaa kau tak pilih dia sebab rupa. Rupa aku lagi kacak kalau nak dibandingkan dengan rupa dia. Mungkin kau pilih dia sebab poketnya kembong; kembong dengan duit syiling satu sen.

Aku tetap tak puas hati.

Masih.

11 March 2007

Pilih Memilih

Aku rasa pilihanraya dah nak dekat. Tu pasal kerajaan siasat dua kes rasuah yang melibatkan orang berprofil tinggi.

Pak Lah melalui Rais Yatim kata kerajaan akan dedahkan 18 kes rasuah melibatkan mereka yang berprofil tinggi.

Kalau tak silap aku kerajaan baru dedahkan lebih kurang 3 - 4 kes saja. Maknanya kalau kes yang baru ni diambik kira, baru 5 - 6 kes.

Aku tau aku dulu masa form five taklah terer sangat math. Tapi tetap aku boleh kira lagi. Uik. 1, 2, 3 .... baru 5 - 6 kes. Kata 18, mana lagi 12 - 13 kes.

18.

18.

Mungkin lagi 3 - 4 kali pilihanraya kot baru diorang nak reveal.

10 March 2007

KJ

Khalid Jamlus [juga dipanggil dengan KJ -- selain Khairi Jamaluddin, Khalid Jaafar] sekali lagi menjaringkan gol.

Dia punya 'hantu' dah mai.

Tengah nak mahu ni, orang pujilah. Dah tak mahu nanti, siap sedialah kau dengan pelbagai macam kejian.

Pengalaman aku pergi ke stadium dulu, jelas macam2 orang cakap kat dia. Berat Punggung. Malas. Tunggu bola. Dll.

Macam aku cakap tadi. KJ. Stand for Khairi Jamaluddin ataupun Khalid Jaafar. Ataupun boleh juga, untuk Kamaruddin Jaafar. Kalau ditambahkan AKJ, boleh digunakan untuk A Kadir Jasin.

KJ [dalam bola] menolong Perak mengalahkan Brunei DPMMFC, dengan 3 -0 -- menjaringkan satu gol. Lepas ni lawan dengan N9. Lan, Perak leading M-League.

09 March 2007

Kaki Panjang, Tangan Pendek

Dah satu hari dah.

Sejak Man U menang (dgn aggregat 2-0 ke atas Lille. Glory, glory Man U!) semalam, aku tertanya-tanya jugak mana perginya radio buruk kat rumah aku. Tah2 mak aku dah campak kat "parit ban" belakang rumah.

Hari ni, nampak ada benda baru kat rumah aku.

Aku dah takde selera dah nak cuba2 benda baru.

Biarlah. Bila masa dah tiba nanti aku cubalah. Buat masa ni, elok tengok gelagat orang dah pakai benda tu. Anak2 sedara aku, kalau cuba benda tu dan benda tu rosak, aku tempikkan saja. Baru depa tau, sape bapak sedara depa.

Hari ni aku pergi Unit Fisioterapi, Hospital KK. Dah dekat 2 tahun dah aku pergi-balik (tiap2 minggu) kat situ. Aku pun tak tahu sampai bila aku kat situ. Aku agak misti terapis ngan misi ngan attendance, dah jemu dah tengok muka aku.

Sebenarnya, aku dah discharged dah daripada unit tu. Tapi bapak aku (yang sebenarnya aku sendiri nak teruskan rawatan kat situ, memandangkan kalau aku tak pergi ke situ, aku nanti tak buat apa2. Dahlah malas!) nak lanjutkan sampai aku betul2 elok.

04 March 2007

Man U

gol last minit, dude. sori... cuba lain kali.

02 March 2007

Love Story

Kata Jennifer Cavalleri, "kami juga negatif tentang tuhan."

Ayahnya Phill Cavalleri,"maksud kau, tentang semua tuhan."

Cuma dengan bapak Oliver Barrett IV sahaja mendapat tentangan -- langsung tak bertegur sapa bapak dengan anak -- tetapi tidak dengan Phill Cavalleri yang nampaknya menerima dengan terbuka tentang isu kebebasan beragama atau tidak beragama.

Aku boleh pulak tak tengok lagi cerita ni. Eh.. kau, kata agung cinta kau. Tapi tak tengok lagi Love Story.

Aku dapat SMS sehari sebelum tengok filem tu. SMS tu berbunyi, "apsal ko tergerak hati nak tengok citer tu, citer cinta agung." Aku jawab er er er.. SMS takde salinan kan, aku lupa.

Cuma endingnya tak terkesan, Albert Hiller [pengarah filem tu] bagi aku gagal merakamkan satu detik tragis romans seperti percintaan Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater -- ingat tak lagi babak di hampir akhir filem tu, rose berpisah dengan jack kerana terpaksa melepaskan jack jatuh ke dalam laut, membeku.

Tak adil rasanya aku, meletakkan filem Love Story ini sama tinggi dengan filem Titanic -- yang tajaan belanjanya yang begitu banyak. Tetap Love Story pada zaman itu boleh dibanggakan. Ali McGraw dan Ryan O Neal memang pantas untuk digandingkan bersama pasangan "u jump i jump", Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio.

Filem terbitan tahun 1970 itu, hanya memakan masa selama 99 menet, kalau nak dibandingkan dengan Titanic iaitu sebanyak 194 menet.

01 March 2007

SMS

Semalam selepas subuh aku dapat SMS.

Awal jugak dia bangun. Siap2 nak pergi kerja. Kot.

Aku ingat SMS apa? Risau jugak kalau2 ada berita. Nak2 lagi kalau berita tak menyenangkan.

SMS tu buatkan aku termenung. Langsung aku tak tidur jadinya [biasanya lepas sembahyang subuh aku tidur].

Yang boleh aku balas; "semalam kau rapat dengan aku, hari ni tak lagi"

Accident

Lagi2 orang yang aku jumpa kat hospital tanya aku; "bila accidentnya", "sebab apa ni? accident?", "accident ke?", bla bla bla

Mentang2ler aku ni budak muda, ingat aku merempit aper? benda yang paling aku tak suka dan mungkin selamanya tak suka ialah bunyi motor. Rumah aku tepi jalan. Kalau sekali diorang rem boleh bingit telinga.

Ingat dulu masa kat S Alam, aku pun bawak moto tak ingat punye tp moto aku bukan moto bikin.

Ada sekali tu aku terbabas kat tengah jalan raya. Abis moto kawan aku. Masa tu baru abis hujan. Licin. Gagah jugak nak ker Dharoos. Makan sekeping capathi n segelas kopi ginseng n sebatang rokok Gudang [Garam].

Nikmat. [nikmat masa tu, kesannya dapat sekarang]

Kudung II

MJ, aku terlupa aku ada rancang nak tulis skrip teater. Takpe, ni aku dalam proses nak buat novel, tajuknya KUDUNG.

Semalam lepas baca entry MJ, timbul semula 'storyboard' skrip tu dalam kepala.

Aku cuba nak siapkan seawal-awalnya bulan 8 ni.

p/s - korang ada kenal mana2 Yam, bagi aku satu.

Kudung

Semalam merayau2 kat ruang siber ni, terjumpa aku satu entry daripada sahabat2 baik aku; Lan dan MJ. Berikut aku ambik dr blog MJ bertarikh kira2 3 tahun sudah. 8/8/ 2004

------------------------------------

KUDUNG TANGAN KANAN

Minggu lepas aku chat dengan dia di YM. Bersungguh-sungguh dia bercerita tentang teater "Mayat" arahan Ijat yang baru ditonton di Unisel.

Pika mengingatkan aku pada Mat Som. Watak penulis sambilan karya Lat. Seperti Mat Som, Pika ada "Pak Samad"-nya: Rom di ROTTW, serta Khalid Jaafar dan Mustaqeem di IKD. Kalau Mat Som mendengar puisi tengah padang dengan Tongkat Waran dan konco-konconya, Pika pula dengan APUKE (Acara Baca Puisi Keliling) bersama Komunite Seni Jalan Telawi. Mat Som penulis sambilan di akhbar, Pika di majalah dan tabloid. Tulisan Pika keluar dalam Tamadun, Siasah, Akhbar Mahasiswa, Al-Islam, dan ROTTW. Cumanya, Mat Som ada Yam, Pika belum bertemu Yam-nya.

"Hang tak mau tulis teater pulak ka? Mintak Ijat arah," aku tanya Pika. Ijat, kawan kami, pensyarah kejuruteraan di sebuah IPT, juga dua kali Pengarah Terbaik Pekan Teater Johor. Kami kenal Ijat ketika selalu lepak di cyber cafe Amang."

Ada dalam perancangan. Teater aku tu bertajuk 'Penulis Kudung Tangan Kanan'," jawab Pika.

Tak. Bukan kisah penulis yang kudung tangan kanan secara fizikal. Tetapi kisah penulis berhaluan kiri. Baru-baru ni aku dapat khabar sedih dari Zumir. Pika masuk wad. Kalau aku sebut apoplexy atau CVA (cerebrovascular accident) kau mungkin ternganga, jadi aku sebut angin ahmar atau stroke. Pika kena stroke.

Bayangkan kau, seorang yang aktif, tiba-tiba pada suatu pagi bila terjaga dari tidur, kau dapati sebelah kanan badan menjadi berat. Kau tak berdaya menggerakkan tangan atau kaki kanan. Sebelah kanan tubuh kau lumpuh.

Kau masih sedar dan faham percakapan orang, tapi tak berupaya melakukan aktiviti harian seperti memakai baju, makan, mandi dan ke tandas. Semalam kau boleh berdikari, hari ni kau bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Stroke berpunca daripada arterosklerosis. Kepada mereka yang bukan adik doktor, "arterosklerosis" itu bermaksud pembuluh darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak tersumbat, atau pecah. Ini menyebabkan bekalan darah ke otak terputus dan sel-sel otak menjadi rosak.

Bila sel-sel otak rosak, fungsi otak terjejas. Otak tidak boleh menerima atau menghantar pesanan daripada atau kepada anggota lain. Kau lumpuh separuh badan dan pertuturan kau tak jelas. Orang yang menghidap sakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis serta orang yang merokok berisiko diserang stroke.

Empat tahun aku tinggal serumah dengan Pika di Shah Alam. Pika memang sakit jantung. Dia sering mengadu rasa lemah, letih dan pening kepala. Bagaikan tajuk teater dalam perancangannya - "Penulis Kudung Tangan Kanan" - begitulah keadaan Pika sekarang. Pika lumpuh sebelah kanan dan hanya mampu menggerakkan anggota badan sebelah kiri.

Pika, aku harap kau sabar menempuh dugaan ini. Tuhan bersama orang-orang yang sabar. Aku di Kedah, belum berkesempatan melawat kau. Tahu keadaan kau pun dari mereka-mereka yang sudah melawat kau. Minggu ini aku ada urusan di Shah Alam. Sudah pasti aku akan ke Hospital Kelang melawat kau.

Hanya simpati dan doa dari aku. Semoga kau cepat pulih. Amin.

---------------------------------------------------

Terharu aku. Aku rasa tiba2 awan hitam ada kat atas kepala aku. Ia tutup matahari. Dan ia tunggu masa nak hujan.

Berikut pulak entry dari blog Lan jugak kira2 3 tahun sudah. Bertarikh 6/8/2004

----------------------------------------------------

mengikut kata Zumair, ceritanyer begini:

pagi rabu (dlm kol 1) dia tengah basuh baju bila diserang migrain. bebudak ni ingat migrain biasa sebab dia memang selalu kena. dia terus masuk tido.

pagi, masa Zumair nak pi kelas, depa tengok dia dah teruk. dia muntah-muntah kat tilam. Meor (bukan Meor tokei yea!) ajak dia pi klinik. dia tolak. dia kata petang nanti.

petang, dia tak bole cakap & gerak. bebudak ni ingat dia bergurau, jadi bebudak ni gelak-gelaklah. bila tengok dia memang sakit betul-betul, bebudak ni bawak pi hospital. dalam kol 7-8 malam, dia dimasukkan ke wad. badan sebelah kanan tak bole gerak.

SEMALAM

lepas keje, terus pi Klang tengok Pika. nak kata ok, tak jugak le. dua-dua tangan kena ikat sebab takut dia beralih. kalau dia beralih takut dia jatuh atau cederakan diri sendiri. Pika kena puasa sebab dia takde tenaga nak menelan makanan. kalau kita bagi makan pon, dia kan muntahkan balik. sebaik dia ade tenaga, baru dia bole makan.

anggota belah kiri saje yg bole digerakkan. mata,tangan,kaki. Pika bole berkata-kata, tapi pertuturannyer kurang jelas. dia mendengar apa yang kita katakan. dia kenal sapa yang melawatnyer.

Pika hanya terbaring statik. sesekali dia akan mengalihkan badannyer kerana lenguh. Megat, Meor, Sham dan Mak Pika ade semasa Lan sampai. Megat bawak sekali member dia. pompuan. cun! best! mantap! kirim salam kat dia ye Megat!

Wak pon datang. (Mat Jan, Wak CC Amang) Ayie, sepupu Pika pon datang lepas tu. Ayie pernah serumah ngan kami dulu.

dari apa yang Lan baca kat hospital, ramai diantara kita yang berpotensi diserang strok. macam Pika, dia ade kemungkinan kerana jantungnyer memang ade problem.

tapi kata doktor, jantung Pika ok. depa takut ade problem ngan otak.

selain jantung dan otak, kencing manis, darah tinggi, stress, merokok(tiidaakkkkk!!!) juga bole menyebabkan strok.

oo! tau apa makna strok? dalam bahasa senangnyer, serangan angin ahmar dan kecacatan otak.

sesama kita doakan Pika cepat sembuh. sesapa nak melawat, Pika di Hospital Klang, wad 8B.

--------------------------------------------------

Mendung hitam tadi ....

Terima kasih Lan [yang banyak kali datang jenguk aku] n Mad Jan [yang sanggup singgah jenguk aku]. Yang lain tu aku nak sangat berterima kasih, tetapi aku tak sanggup tertinggal nama kau. Kau tahu siapa kau.