23 January 2007

Bencana

Lepas baca esei dari Goenawan Mohammad kat caping, mesti rasa nak tulis satu esei macam dia jugak.

Aku tahu. Mati hidup semula pun aku belum tentu dapat tulis sehebat dia. Akan jadi semacam bencanalah pada rakyat Malaysia, kalau aku dapat tulis seperti dia.

Bencana?

Ya, bencana!

Bencana, macam banjir kat Johor. Atau juga macam pesawat terhempas kat Indonesia baru-baru ni. Gerak gempa berlaku hampir setiap hari. Ombak besar di Jogja. Dan tak lupa jugak kejadian mega hebat tsunami, beberapa tahun lalu. Dan juga, flu burung, yag juga menyerang Indonesia.

Bencana, boleh jadi di sebabkan dua perkara. Satu, sebab perbuatan manusia sendiri. Kedua, kerana -- apa yang kebanyakkan kita percaya -- sunatullah. Entry ini bukan berhujah sama ada benar atau tidak setiap bencana itu merupakan balasan dari Allah ke atas setiap perbuatan manusia.

Tetapi entry ini cuma cuba mahu mentakrif bencana dari sudut pandangan aku sendiri.

Diktator dunia zaman dahulu kala, turut membawa bencana ke pangkuan penduduk dunia kurun berkurun. Malah hingga masa kini juga turut ada diktator-diktator dunia yang menggunakan alasan 'keamanan' untuk selamanya membawa bencana. Membawa bencana yang memakan berjuta-juta nyawa.

Adolf Hitler, Bennito Mussolini, Mao Tze Tung, Jeneral Yamashita, Pol pot, Agustin Pinochet dan Saddam Hussein -- hanya menyebut sebahagian kecil nama sahaja -- merupakan para diktator yang menyalah gunakan slogan 'keamanan'. Tak lupa juga diktator yang menerajui Amerika, George W. Bush.

Di sebalik kempen 'War Against Terror,' dia dan seluruh elit rumah putih mengambil alih mengepalai 'terror' membunuh beribu-ribu rakyat dunia. Berapa orangkah yang terkorban di Iraq. Dan Afghanistan sebelum itu. Aku percaya jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah rakyat Amerika yang terkorban akibat bedilan pengganas ke WTC.

Itu semua bencana -- aku tidak cerita di sini buruk dan baiknya tindakan yang telah di ambil. Yang aku ceritakan sekarang perihal bencana itu sendiri.

3 comments:

Aqil Fithri said...

salaam,

lepas aku baca entri ko kat analog Pika, mesti aku rasa nak tulis satu entri sebijik macam ko gak. cuma, yang pasti takkan berlaku bencana (kat mana2 pun) :-) hehehe, maaf, usik ajer...

Editor said...

tak pe kau.. perli aku erk... tu belom lg, lepas aku baca artikel fathi, hasmi, sufian abas, vovin, mat jan, ko.. aku teringin nk jd mcm korang.. ada tips tak.. lg satu aku nak tanya kau, dapat tak sms aku, aqil... caner aku nyer permintaan, buleh ker??

Aqil Fithri said...

salaam,

buleh... cuma nama domain pilihan yg pertama dah ada org amik dah. pilihan seterusnya, ok! kalau setuju ko kena bank-in duitnya dulu, rm 130 ajer. lepas tu, dia (tauke php) akan buat semuanya untuk ko sampai siap, dan lepas tu dia siap ajar ko guna php lagi utk ko maintain... ko boleh berhubung dgnnya menerusi YM

cam na pika? nak no akaun tauke php tu tak? lepas tu, aku bagi alamat YM dia. kalo ko tak yakin, tak publish-lah web korang tu, hehehe