19 September 2006

Karyawan dan Kekejaman Dunia

"Tipu muslihat, sekatan ekonomi dan peperangan membawa kepada pembinaan sebuah masayarakat yang tidak adil dan terkongkong. Hampir setiap hari ia berlaku. Dan kerana itulah saya menyertai berjuta-juta rakyat dunia, menetang pemerintahan Bush yang cuba meluaskan empayar US dengan alasan untuk membela hak asasi manusia di dalam negara dan di luar. Dengan semangat tersebut, saya hasilkan lagu ini untuk mereka yang mahu mendengarnya. Saya harap ia bukan sahaja mebuatkan anda yang mendengar berfikir, tetapi turut memberi semangat kepada anda untuk melancarkan aksi dan menyuarakan pendapat."

DJ Shadow menambah: "Karyawan, tak kira sama ada mereka seorang pelukis, penulis, pelakon ataupun pemuzik, punyai tanggungjawab untuk menterjemah dunia daripada sudut yang mereka lihat. Pada pendapat saya, polisi pihak pentadbiran yang ada sekarang mencerminkan sebuah polisi yang cukup kejam, tidak berperikemanusiaan dan jauh langsung daripada tujuan asalnya."

Begitulah kata-kata Zach de la Rocha (bekas vokalis band Rage Against the Machine) dan DJ Shadow (seorang DJ terkemuka). Kenyataan tersebut merupakan cerminan penggiat seni terhadap politik dunia.Mereka menolak sama sekali apa yang diperjuangkan oleh pemimpin mereka dan mahukan segala kekejaman yang berlaku di merata dunia dihentikan segera.

Karyawan merupakan agen bagi rakyat. Usaha karyawan adalah usaha rakyat. Dan mesej daripada karyawan adalah mesej daripada rakyat.

Kelesuan karyawan mencerminkan kelesuan rakyat. Apabila hasil yang tercipta daripada karyawan adalah hasil yang lesu, dengan terus cerminan bagi rakyat juga adalah lesu.

Nota tambahan: Jika kau tiada bakat dalam bidang nyanyian, perfileman dll - ambil langkah pertama dengan mengangkat buku -- bacalah! Dan kemudian angkat pula pen - tulislah!

*tersiar di Satu@rah OnLine bulan Januari 2004

18 September 2006

Dan kau pun berlalu pergi

Di saat aku dahaga
kau berlalu pergi,
langkah kau perlahan,
penuh hati-hati.

Tak sanggup aku
mahu membuka mulut,
mengeluarkan isi hati,
merawat parah hati
agar ia tidak luka lagi.

Perlahan-lahan juga kau melangkah pergi
meninggalkan aku terkapai-kapai
merintih nasib aku sendiri.

Sekarang kau sudah jauh
meninggalkan aku.
Agaknya, apa khabar kau di sana?

Mintak2lah kau bahagia
di samping orang yang
sudah berlalu pergi lebih awal lagi.

17 September 2006

Stop the war!

Saat aku menulis artikel ini, Lubnan masih lagi diserang. Diorang kata "War Against Terrorism," tapi yang aku tengok sekarang ni Israel mengganas berlebih-lebih. Amerika dok diam sahaja. Macam tu jugak dgn PBB.

Mungkin betul usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengadakan Malam Ekspressi... Kezaliman yang direstu,kezaliman Israel memang sudah melampau. Walau apa pun alasan Israel, perbuatan diorang dah jatuh tahap zalim. Orang awam, ie kanak2, wanita dan orang tua diperlakukan dengan tindakan yang tak masuk akal. Bumi Lubnan bermandi darah. Tetapi ternyata darah itu darah yang wangi.

Wan Hanafi Su, Haliza Misbun, Ras Adiba, Kopratasa, Ramli Sarip dan lain2 merupakan rakyat Malaysia yang bergelar artis yang mencaci perbuatan zalim tentera rejim Zionis. Uthaya Sankar SB dan Lim Pheng Pheng adalah dua wakil bangsa lain yang turut bersama mencaci penindasan 'yang direstui Amerika' itu. Nampaknya masalah di Lubnan adalah masalah sedunia. Semua bangsa tak kira bangsa Melayu, bersatu menentang penindasan oleh Israel.

Dalam pada tu jugak, orang Yahudi sendiri turut menentang kezaliman rejim Zionis ni. Yahudi yang bermazhab Neturnei Kata memang menolak kezaliman ini -- mazhab yang dikatakan paling rapat dengan Islam [rujuk sini]. Pergolakkan kali ini, memang pergolakan dunia. Dunia dan seisinya telah mual dengan suasana berantakan umat manusia dunia.

Keadaan dunia yang dari sehari ke sehari sudah semakin bergolak membuatkan ada daripada warganegara dunia ini yang merakamkan lagu2 anti perang. Sebagai contoh apa yang ada dalam sini dan sini.

Gejolak telah mula melanda dunia seawal zaman nabi Adam lagi [buat mereka yang percaya]. Pembunuhan pertama antara Qabil dan Habil yang merebutkan saudara perempuan mereka sendiri, Iqlima. Dan dari situ bermulalah pembunuhan, peprangan, pertembungan dan kehancuran tamadun manusia.

Untuk zaman dunia pasca moden ini, boleh aku katakan peprangan di Vietnam sebagai peletus pertembungan antara dua ideologi dan dua bangsa dunia. Peperangan antara USA dan Vietnam memakan ribuan nyawa.

Maka timbullah suatu 'persidangan' atau 'perhimpunan' rock sedunia menentang perang Vietnam dilaksanakan. 'Perhimpunan' yang dipanggil Woodstock Music and Art Festival ini telah diadakan di Max Yasgur, sebuah kawasan seluas 2.4 km² terletak di Bethel, New York. Festival tu diadakan selama 4 hari iaitu dari 15-18 Ogos 1969.

Dikatakan juga festival muzik tersebut juga merupakan festival rock terbesar pernah diadakan. Festival itu turut juga memperkenalkan dunia dengan sejenis budaya yang dipanggil "hippie".

Joan Baez, Janis Joplin, Grateful Dead, Ravi Shankar, Jimi Hendrix dan Santana bersama melaungkan lagu2 mereka menentang peperangan. Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Woodstock tahun 1969 itu telah dibangkitkan kembali, dengan artis2 dan band2 seperti Bob Dylan, Melissa Etheridge, Peter Gabriel, Green Day, Live, Metallica dan banyak lagi, pada tahun 1994. Tak tahulah sama ada festival tahun 1994 itu adalah untuk anti perang atau tak, atau cuma sebahagian daripada industri hiburan, tak lebih sebagai satu komoditi keuntungan.

Lagu Bob Dylan, Blowin' in the Wind jelas menyatakan kedamaian. Lagu John Lennon dari The Beatle, berjudul Imagine. Lagu-lagu Rage Against the Machine (RATM). Lagu2 System of a Down (SOAD). Lagu2 Neil Young. Lagu2 U2. Lagu2 Joan Baez. Wah.. karyawan dunia, bersama2 menentang musuh utama kita -- perang!

Seperti lirik lagu Boom! oleh band System of a Down. Mereka melahirkan sebaris pertanyaan, "Why must we kill our own kind?" Sedangkan membunuh itu mati hukumannya[untuk kita disini], tetapi disebab perang perbuatan membunuh menjadi halal. Kadang2 dengan membunuh kita juga boleh ditabalkan menjadi wira.

Perang abad ini berpusat kepada perang ke atas keganasan. Cumanya yang menjadi keliru perang ke atas keganasan kerap kali beralih menjadi keganasan itu sendiri. Yalah manusia sering menjustifikasi amalannya sebagai benar, tetapi bila amalan orang lain pastinya salah.

Yang jadi mangsa seringkali kanak2, wanita dan orang tua ie: mereka yang tak tahu apa2. Menurut web rasmi UNICEF, "millions of children still live in zones of conflict, and are the main victims of those conflicts. In the last decade alone, more than 2 million children have died as a result of war and some 15 million children have been displaced within their countries or made refugees".[rujuk sini]

Seringkali perang digubah oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan. Yang jelas, pemodal2 atau peniaga2 senjatalah akan untung melalui perang. Jadi kemungkinan besar merekalah disebalik perang itu. Kita sebok menyalak pemuka2 negara, mengatakan yang 'dia ni salah,' 'dia ni tak buat keje' dan macam2 lagi. Kita jarang nak ketahui siapa dibelakang sesuatu perang, mengokestra dan mereka cipta perang.

Artis generasi baru ini menyatakan ketidak puasan hati mereka -- membenci perang. Perang yang membawa kehancuran kepada manusia. Penyanyi Thom Yorke dari Radiohead adalah antara mereka yang menyatakan ketidak puasa hatinya terhadap perang. Atoms for Peace, album pertama solo Thom Yorke memaparkan lirik puitis menentang peperangan.

Begitu juga dengan Coldplay, beberapa tahun sudah mengikuti rombongan ke Cancun, Mexico. Menyerahkan petision Big Noise, kepada orang kuat WTO [dari Siam, ntah apa namanya tah].

RATM. SOAD. Chumbawamba. Bad Religion. NOFX. U2. Starsailor. Henry Rollins. Jello Biafra. Incubus. Massive Atack dan banyak lagi. Semuanya satu duara. Katakan, "Tak Nak" kepada perang.

Lenny Kravitz menghasilkan album single yang diberi percuma di webnya suatu masa dahulu. Album serta lagu We Want Peace itu membuktikan yang karyawan dunia tidak henti2 mencaci peperangan. Slogan "Make Love Not War" akan pasti bangkit semula. Dan ianya pasti akan menggoncang.

*versi asal sebelum diedit dan disiarkan di ROTTW September 2006.

16 September 2006

Gaduh

Kawan aku budak Negeri Sembilan. Tunang dia orang Perlis. Perlis menang Piala Malaysia tahun ni. Mungkin agaknya Pija tak naik kereta Lan balik dari stadium tadi.

Marah


Aku tahu kau marah. Tapi janganlah sampai buat demo, bakar tu bakar ni. Cukup cuma buat demo aman. Suarakan yang kita tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh Pope Benedict -- via pelbagai media. Bukankah mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Angkat pen dan tulis. Kau kata demo, bakar tu, bakar ni itu aksi, tapi apa kesannya kepada minda orang bukan Islam. Orang bukan Islam mencemuh. Kata mereka orang Islam hipokrit. Kata kenyataan tu salah tapi tindakan orang Islam bagai menyetujui apa yang dikatakan oleh Pope itu.

11 September 2006

9/11

Hari ini 11 September. Hari ulangtahun ke 5 kesedihan dunia zaman pasca moden [?] ini. Beribu-ribu orang mati. Tak kira agama. Tak kira bangsa. Bush dengan anak bininya dan konco2nya singgah dari satu lokasi ke satu lokasi. Menziarahi monumen yang terkena serangan. Juga ke monumen yang sudah tiada.

Yang jelas, yang dapat faedah adalah elit rumah putih yang dipimpin oleh Bush [?]. Afghanistan menjadi hak mereka. Iraq diserang. Sekarang mereka mahu perintah dunia pula [?].

Takziah untuk keluarga mereka yang terlibat.

04 September 2006

Belasungkawa IV

Tiada lagi wajah berani langsung Steve Irwin. Yang ada cuma rakaman wajahnya.

Aku tahu dia di antara selebriti yang sangat rapat dengan alam sekitar terutamanya haiwan-buaya, dia langsung ada satu program bertajuk "The Crocodile Hunter." Dia meninggal dunia sewaktu pergambaran -- diserang ikan pari. Ada duri ikan pari tertusuk dijantungnya. Akibatnya dia meninggal dunia.

Aku juga tahu suatu ketika dulu dia bersama orang2 anti perang Australia berarak di luar parlimen dan berucap berkata tentang kebencian perang -- mempersoalkan kenapa kerajaan Australia menjadi 'polis' di Asia dan mengalu-alukan kedatangan Bush.

Mungkin kau senang lenang di syurga sekarang bersama-sama buaya yang menjadi teman baik kau.

Takziah untuk keluarganya.

Jasad

Kalau hari Jumaat itu hari, Rashid Maideen meninggal, hari Sabtu yang akan datang jasad Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Laksamana Mohamad Amin Alang, akan dibawak balik dari Singapura untuk disemadikan di Malaysia. Di Perak.

Kisah dua orang yang cuba menentang penjajah, mati di tanah asing, atau seakan menemui titik nokhtah yang sama. Walau apa tujuan mereka menentang penjajah, sepatutnya jasad mereka tidak terbiar di negara asing. Harapan aku semoga jasad Rashid Maideen dapat dibawak balik untuk disemadikan di negara ini. Negara tempat asalnya.

Nota tentang Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin Alang [dipetik daripada sini]: Ngah Ibrahim adalah pembesar Melayu terkaya pada abad ke-13 hasil perlombongan bijih timah di Larut./Ngah Ibrahim dibuang negeri bersama Almarhum Sultan Abdullah, Mohamad Amin dan Datuk Syahbandar selepas terbabit dengan pembunuhan Residen Inggeris di Perak, JWW Brich pada 1875./Ngah Ibrahim dan Mohamad Amin gagal dalam permohonan mendapatkan pengampunan kerana dianggap mengancam pentadbiran Inggeris di Perak.

03 September 2006

Rashid Maideen

Hari Khamis itu hari, Paloh disiarkan kat RTM 1. Esoknya kebetulan pulak berita Rashid Maideen meninggal menjadi buah mulut ramai orang.

Aku masih ingat lagi imej pada antara babak terakhir filem Paloh. Imej sekumpulan bintang tiga [ada di antaranya berbangsa Cina]yang dipimpin oleh Ariffin Nur, rancak bernyanyi ghazal diiringi petikan gambus yang mengasyikkan.

Betul, aku teringatkan Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan arwah -- pada masa tu dia masih lagi bernafas. Tak tipu.

Pilu jugak seorang pejuang kemerdekaan tak dibenarkan menetap di Malaysia -- walau sudah beberapa kali pulang sanak saudara di Gopeng, Perak -- pula, menghembuskan nafas di luar kawasan tempat dia berjuang.

02 September 2006

Paloh

Seorang Bintang Tiga memerhatikan gelagat Pak Arifin dan kawan-kawannya sedang bermain gambus di atas pangkin tempat mereka selalu sembahyang dan berehat-rehat. Nampak sekali dia tersenyum, mungkin hatinya terhibur.

Sebagai mana Bintang Tiga itu terpikat dengan, mainan gambus Arifin Nur, begitulah juga hati saya terpikat dengan filem Paloh arahan Adman Salleh. Walaupun kualiti bunyi, kesan khas dan sinematografinya ada sedikit kelemahan. Namun kekuatan lakonan dan skripnya, dibantu pula dengan plot (jalan cerita) yang berterabur – narator dan naratif bagai menghendakkan para penonton menyusunnya -- menenggelamkan segala kelemahan filem tersebut. Hingga menyebabkan saya menontonnya berulang-ulang kali.

Ramai yang saya tanya mengatakan susah untuk memahami filem ini jika cuma sekali tonton. Saya juga mengaku hal tersebut. Kali kedua saya tonton, barulah faham sedikit plotnya. Plotnya mungkin berterabur tetapi ianya unik sekali, memandangkan jarang filem tempatan yang berbuat demikian.

Filem ini juga adalah filem tempatan pertama yang saya perhatikan berani untuk mengajak kita berfikir semula tentang komunis sebagai pejuang kemerdekaan, melawan penjajah tak kira Jepun ataupun Inggeris. Teliti dialog berikut, dialog yang diucapkan Ariffin Nur kepada anaknya Fatimah. "Mati Puteh, sia-sia sahaja. Lebih baik mati sebagai komunis. Paling tidak komunis mati mempertahankan hak kita."

Dan ia merupakan, satu-satunya juga filem yang menunjukkan perjuangan bekas-bekas pejuang dalam Kesatuan Melayu Muda yang mahu berpakat dengan komunis. Mungkin kita tidak didedahkan sangat dengan perjuangan meeka. Atau mungkin kita terlalu terdedah dengan perjuangan UMNO yang juga berapi-api menuntut kemerdekaan.

Dialog-dialog di dalamnya pun penuh berisi dan ini saya perhatikan kurang terdapat dalam filem-filem tempatan. Filem luar, terutamanya filem dari Hollywood, Iran, Perancis, Korea, Thailand dan Indonesia banyak berbincang tentang isu semasa, pertikaian ideologi, sejarah dan ilmu pengetahuan am. Filem-filem mereka juga bukan setakat untuk tujuan hiburan, malahan kadangkala punya mesej tersirat.

Di sebalik suasana perang (perebutan kuasa antara Inggeris-Jepun) dalam filem ini, survival rakyat yang tersepit di celah-celah gajah yang bergaduh, diperlihatkan dengan tegas. Bagaimana mereka yang bersifat tidak radikal telah mengambil keputusan untuk tidak mencampuri keradikalan mereka-mereka yang radikal. Tindakan Ahmad, Puteh, Harun dan rakan-rakan mereka dalam pasukan polis Jepun dapat dilihat untuk melepaskan diri dari keganasan perang. Mungkin cara mereka bagi sesetengah pihak adalah seperti pengkhianat, namun itu terpaksa mereka lakukan demi kerana masa depan mereka dan orang-orang yang mereka sayang. Pak Arifin Nur cukup bencikan watak serupa ini.

Selain itu, terselit juga kisah cinta antara dua bangsa - Ahmad yang Melayu becinta dengan Siew Lan yang Cina. Siew Lan yang pada mulanya hanya mencintai Ahmad atas dasar hendak membantu keluarga, akhirnya mencintai Ahmad dengan sepenuh hati – sehinggakan dia menyimpan gambar-gambar bersama Ahmad dan akhirnya disuruh koyak oleh ketua wilayah PKM ketika itu. Percintaan mereka seperti mahu menggambarkan jambatan keakraban yang patut dibina kukuh antara kaum Melayu dan Cina di negara ini. Dan gambaran ini jela sekali dengan terwujudnya watak Usman yang peranakan Cina dan Melayu.

Dengar semula dialog yang diucapkan Ah Meng kepada Ahmad, "Sebelum Jepun datang ke sini, olang Melayu sama olang Cina ada gaduh? Tak pernah." Memang selalunya orang luar terutamanya penjajah, gemar memecah belahkan kesatuan dalam negara yang mahu dijajahnya. Dan bertitik tolak dari situ, dasar pecah dan perintah Inggeris sampai ke hari ini telah membawa perpecahan secara tidak nampak atau terpendam antara kaum Melayu dan Cina.

Tabik saya pada Adman Salleh dan Filem Negara kerana berjaya menghasilkan filem tempatan yang bemutu. Dan tabik saya juga pada perjuangan Arifin Nur dan rakan-rakan mereka di hutan. Mainan gambusnya tidak sumbang, malahan menjadi semangat kepada pejuang-pejuang kemerdekaan untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Rentak zapinnya juga berseni ibarat rentak juangnya yang terus bersemangat mahu memerdekakan diri dan negara.

p/s - pernah tersiar di Akhbar Mahasiswa, sekitar tahun 2003. Sekarang, dengan edisi yang telah ditambah dan dikurang. Juga tajuk yang telah dipinda. Harap maklum.