16 July 2006

Hasmi

"Jadi, yang kalian faham apa? Sebab itu, fikir penting. Resah yang otentik itu penting. Bukan yang dibuat-buat, yang ditiru-tiru. Orang buat sajak; kita buat sajak. Orang bikin filem pendek; kita bikin filem pendek. Orang pergi demontrasi; kita pun join demo. Buat apa? Yang mana demo mesti pergi, yang mana tidak? Mustahil semua demo kita sokong...

"Sebab itu, kata aku, corak berfikir dan 'bahasa' dalam otak masih bahasa Utusan, atau bahasa Dewan Bahawa dan Pustaka. Itu belum terkikis. Mungkin banyak sangat baca buku Sasterawan Negara, sampai ayat jadi bunga-bunga: bunga tanjung!"

Aku akui. Memang aku sedikit terasa dengat ayat itu. Aku rasakan bahawa di dalam kepala otak aku masih berbahasakan ayat Dewan, Utusan, Berita, dan sebagainya. Aku yakin, ayat aku kali ini masih berbaur ayat yag aku sebutkan tadi. Atau dalam bahasa ringkas, ayat poyo!

Aku mahu membuang jauh2 ayat2 tersebut. Tetapi gaya tulisan aku tetap poyo. Terbaru aku baca majalah ujang yang aku beli beberapa tahun sudah. Tujuannya aku mahukan ayat dalam kepala otak aku tidak terlampau terikut dengan ayat dari Dewan, Utusan dll. Aku mahu lari dari ayat poyo.

Kepala otak aku sentiasa berpolemik waktu ini, pasal masalah ini. Dan aku sedar tuhan menganugerahkan bakat tertentu kepada individu tertentu. Ada orang yang suka dan ada yang anggap poyo.

Cuma si penerima bakat dapat mencorakkan bakatnya. Jika dia cuba dan tak mampu, jangan persalahkannya.

Hasmi berjaya membuatkan kepala aku terus berpolemik dan berpolemik. Dari dulu lagi dia pencetus inspirasi aku. Bila agaknya kita boleh lepak sekali, minum-minum huha huha 'cuci mata' kat Telawi. Kat Pelita. Kat Darul Ehsan. Kat Nirwana. Kat Star Bucks.

nota: ayat pada permulaan entry adalah dipetik daripada kata penghantar GOBLOG sebuah blook yang masih di dalam pembinaan. Tulisan tersebut adalah dari Hasmi Hashim.