15 April 2006

Waktu

Aku masih ingat lagi, waktu itu, di situ, pernah berlaku babak-babak manis sebuah naratif percintaan.

Betul. Sekarang aku sunyi. Aku sepi. Aku hidup seorang diri.

Perlahan-lahan aku buka surat kenangan. Aku baca. Aku fahami. Dan terkadang aku tersenyum seorang diri. Betulkah ada insan yang menulis sebegini kepada. Tidak aku sangka.

Aku kemudian memerhati ke arah itu. Aku fikir. Tiada gunanya menangisi sesuatu yang sudah berlaku. Yang sudah berlaku hanya patut di kenang. Bukan ditangisi.

Friedrich Nietzsche pernah berbicara secara sinis tentang kenangan. Katanya, "the advantage of a bad memory is that one enjoys several times the same good things for the first time." Mungkin agaknya selepas menghamburkan kata-kata itu dia tersenyum sumbing memerhatikan gelagat kenangan.

Waktu itu, ketika itu, fikiran aku merayau. Fikiran aku melarat. Begitu juga dengan seluruh diri aku. Dan seluruh hidup aku. Sesekali berjumpa dengan wajah yang paling aku rindui, aku tidak melarat lagi. Aku tidak merayau lagi.

Kini aku tidak merayau lagi. Kini aku tidak melarat lagi. Kini sudah tiada bagi aku jalan untuk aku merayau. Tiada daerah untuk melarat.

Kini aku seorang diri.

No comments: