18 April 2006

9 Naga vs Casthello

Mungkin agak lewat untuk untuk bercerita tentang dua buah filem ini. Tetapi jelas aku betul-betul terpesona dengan filem yang dibawakan oleh Grand Brilliace masuk ke negara ini. 9 Naga. Filem arahan Rudi Soedjarwo dan lakonan Lukman Sardi serta Fauzi Baadilla serta Donny Alamsyah serta Ajeng Sardi serta ramai lagi ini menuntut penonton atau penghayat filem agar bersama-sama pelakon-pelakonnya untuk menghayati watak satu demi persatu.

Aku melihat ada persamaan di antara kedua-dua buah filem. Kedua-duanya filem aksi, dengan kedua-duanya menampilkan naratif 'penjenayah yang bertaubat selepas terjadi sebuah peristiwa yang membuatkan kedua-dua Rosyam Nor dan Lukman Sardi bagai dikejutkan setelah lama tidur berdengkur.'

Lagi, kedua-dua Casthello dan Marwan sudah berkahwin. Selain daripada menjaga diri mereka sendiri, mereka juga turut menjaga diri orang yang tersayang.

Namun di sebalik persamaan terdapat beribu perbezaan. Perbezaan yang paling ketara ialah filem Casthello meriah dengan aksi lasak. Manakala filem 9 Naga pula bersifat sebaliknya dengan filem Casthello. Filemnya lebih banyak menunjukkan bahasa tubuh badan, selain bunyi satu dua das tembakan yang kadang-kadang mengejutkan aku.

Kedua-dua watak protagonis utama dalam kedua-dua buah filem ini juga ditunjukkan mati [walau dalam Casthello sengaja dibiarkan filemnya habis tergantung].

Seperti kata Aziz M. Osman, dalam salah sebuah rancangan Melodi tahun sudah bahawa filem merakam realiti. Rakaman realiti mungkin boleh kita saksikan lebih di dalam 9 Naga, berbanding dengan filem Casthello. Walau kedua-duanya merakamkan realiti persekitaran yang busuk dan buruk tetapi filem Casthello bagi aku, segan untuk menyiarkan realiti yang buruk dan kotor. Hanyir.

Kereta-kereta cantik digunakan, jet ski dan motor besar turut ditampilkan. Ini jelas berbeza dengan 9 Naga, yang hanya menampilkan naratif tiga orang pembunuh bayaran berjalan kaki ke mana sahaja mereka pergi dan cuma kadang-kadang menaiki kereta, itu pun kereta buruk.

Que Haidar yang melakonkan watak antagonis dalam Casthello ternyata lebih kaya daripada Dhipo di dalam filem 9 Naga. Mungkin agak 'lojik' bagi wataknya untuk memiliki kekayaan sebegitu. Kerana peran yang dilakon Que Haidar, mengedar dadah. Berbeza dengan Dhipo, tidak dinyatakan apa bisnesnya, cuma memiliki gengsi yang ampuh di kawasannya.

Aku tidak tahu sama ada Casthello hidup lagi dan akan menaratifkan kita dengan sequel naratif Casthello aku juga tidak pasti sama ada peran Fauzi Baadila akan terus menjaga peran yang dibawakan oleh Ajeng Sardi sehingga akhir hayatnya. Cuma yang pasti aku lebih mempunyai ambisi untuk menonton 9 Naga lagi. Hati ini mahu disiat-siat agar jatuh ke bumi.

5 comments:

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Mitsubishi hc3915 + zocor Youth hockey team rules Black mature upskirt air purifier Long distance phone plans for 3.95 Call center quality controller flitwick hiking Sauna kind Cleopatra slot machine how to repaint cabinets Chrysler building dress Brother laser cartridge Kitchen and faucets thentermine diet pill http://www.isuzuvehicrossforsale.info/information-about-hydroxycut-dieting-pills.html

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Gmc 1997 yukon interior stock factory parts Annulment lawyer philippine Celebrity upskirt co uk lamp ohp projectors sexy babes in thongs hawaii weddings all inclusive tcp tenuate Mechanic how to on vw Buy navman icn 510 in car navigation Buy cpu upgrades Botox and perth Free goth blowjob videos Williams county ohio mortgage refinancing Doggie prozac http://www.body-kit-for-89-honda-prelude.info/food-website-templates.html chrysler jeepcom card graphic non plastic pittman trial prozac acyclovir valacyclovir Matrox dual video cards

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » »

Anonymous said...

What a great site »

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Bins and undelete utilities diet pills didrex 3 month supply cheap London e1 call centers internet blackjack Free microsoft training aids camping equipment Carnegie tech football http://www.tramadol6.info Methods of suicide with valium