20 April 2006

Stesen

Ada pelbagai jenis stesen. Stesen bas, teksi dan keretapi. [Maaf, orang tak panggil lapangan terbang sebagai stesen kapal terbang atau hentian rehat kepada stesen rehat -- jika tidak tiadalah singkata "r n r"].

Stesen keretapi Kuala Kangsar sudah mula dibina beberapa puluh tahun yang lepas [atau boleh aku katakan sudah dibina hampir mencecah ratusan tahun]. Dan selama berpuluh-puluh tahun stesen keretapi ini juga sudah dihadapkan dengan pelbagai perubahan [baik dari segi infrastruktur, jadual, peniaga di sekelilingnya dan lain-lain].

Lalu berhadapan dengannya membuatkan kepala hotak aku diasak kenangan. Imej-imej berkaitan dengan stesen ini bertaburan di ruangan kenangan. Alangkah baiknya jika aku dapat pulang ke daerah itu. Mengalami masa manis dengan kawan-kawan dan yang tersayang. Cepat benar masa berlalu.

Namun aku tidak mungkin akan menggapai suasana itu kembali. Hakekatnya di sini aku. Mana mungkin mengembalikan sejarah yang telah lama aku tinggalkan.

Dikala ini aku teringat kembali -- ajakan kawan-kawan. Terngiang-ngiang suara mereka. Di antara suara-suara itu ada suara yang aku rindui.

No comments: