18 April 2006

Gerhana

Era ini bagi aku bagai gerhana. Gerhana bulan atau matahari, sama sahaja. Bercahaya. Hidupan masih boleh bernafas walau dengan kedatangan sedikit cahaya matahari.

Tetapi aku tak dapat mengagak sama ada gerhana ini akan kekal atau sebaliknya. Aku tidak mahu berfikiran negatif, dengan mudah berputus asa. Aku juga tidak mahu menjadi terlampau optimistik.

Aku sekarang sedang dalam proses membina semula fikiran-fikran positif yang telah lama aku tinggalkan [atau tidak pernah wujud fikiran-fikiran itu di dalam kepala ini] agar dapat aku tempohi hidup ini dengan lebih yakin lagi.

Dalam gerhana ini aku sedar bahawa aku telah terlanggar beberapa objek yang tidak sepatutnya aku langgar, akibat daripada kekurangan cahaya matahari.

Dan kepada objek-objek yang aku langgar itu, aku ucapkan maaf.