27 January 2007

Ketidak logikan

Minggu depan akan terurailah segala ketidak logikan. Tiada lagi escapisma. Manusia akan kembali normal. Tiada yang tak normal, melainkan normal belaka. Tetapi, itu hanyalah kemungkinan saja.

Malam ni bagi aku biarlah 'game' kebangsaan. Tidak 'game' EPL. MU vs Watford nantilah. Tgk Malaysia vs Singapore. Star Sport ade 'live' tak.

26 January 2007

Belasungkawa IIV

Moga roh Pak Syed Hussein dicucuri rahmat. Maaf, Pak Syed Hussein, lewat sikit.

Oshin


Semalam satu lagi episod cerita sedih absurd Oshin ditayangkan. Ooo.. biarkan aje siri tu terus jadi absurd. Tengok siri tu aku tengok kesengsaraan seorang miskin yang akhirnya menjadi kaya - pemilik sebuah pasaraya. Kesengsaraannya terlampau melampau, tetapi di situ tersimpan memori.


Kalau sepatutnya drama tu drama sedih, dah jadi macam drama lawak pulak. Banyak tersimpan kenangan suka daripada duka -- zaman kecik-kecik dulu -- bagi aku la.. aku tak tau korang camner.


Dikatakan Drama itu akan berlangsung 297 episod . Jadinya, siri itu akan ditayangkan selama setengah jam setiap malam hari Isnin hingga Rabu. Sama jugak dengan 100 minggu lebih kurang akan ditayangkan. Berapa bulan agaknya? 100/4 = 25 bulan. Maknanya lebih kurang 2 tahun sebulan.


Lama tu.


Memandangkan drama Bawang Merah Bawang Putih nak tamat, ni dah ada pengganti. Rakyat Malaysia akan terus dibuai fantasi-fantasi imajinasi para pembikin cerita.

23 January 2007

Bencana

Lepas baca esei dari Goenawan Mohammad kat caping, mesti rasa nak tulis satu esei macam dia jugak.

Aku tahu. Mati hidup semula pun aku belum tentu dapat tulis sehebat dia. Akan jadi semacam bencanalah pada rakyat Malaysia, kalau aku dapat tulis seperti dia.

Bencana?

Ya, bencana!

Bencana, macam banjir kat Johor. Atau juga macam pesawat terhempas kat Indonesia baru-baru ni. Gerak gempa berlaku hampir setiap hari. Ombak besar di Jogja. Dan tak lupa jugak kejadian mega hebat tsunami, beberapa tahun lalu. Dan juga, flu burung, yag juga menyerang Indonesia.

Bencana, boleh jadi di sebabkan dua perkara. Satu, sebab perbuatan manusia sendiri. Kedua, kerana -- apa yang kebanyakkan kita percaya -- sunatullah. Entry ini bukan berhujah sama ada benar atau tidak setiap bencana itu merupakan balasan dari Allah ke atas setiap perbuatan manusia.

Tetapi entry ini cuma cuba mahu mentakrif bencana dari sudut pandangan aku sendiri.

Diktator dunia zaman dahulu kala, turut membawa bencana ke pangkuan penduduk dunia kurun berkurun. Malah hingga masa kini juga turut ada diktator-diktator dunia yang menggunakan alasan 'keamanan' untuk selamanya membawa bencana. Membawa bencana yang memakan berjuta-juta nyawa.

Adolf Hitler, Bennito Mussolini, Mao Tze Tung, Jeneral Yamashita, Pol pot, Agustin Pinochet dan Saddam Hussein -- hanya menyebut sebahagian kecil nama sahaja -- merupakan para diktator yang menyalah gunakan slogan 'keamanan'. Tak lupa juga diktator yang menerajui Amerika, George W. Bush.

Di sebalik kempen 'War Against Terror,' dia dan seluruh elit rumah putih mengambil alih mengepalai 'terror' membunuh beribu-ribu rakyat dunia. Berapa orangkah yang terkorban di Iraq. Dan Afghanistan sebelum itu. Aku percaya jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah rakyat Amerika yang terkorban akibat bedilan pengganas ke WTC.

Itu semua bencana -- aku tidak cerita di sini buruk dan baiknya tindakan yang telah di ambil. Yang aku ceritakan sekarang perihal bencana itu sendiri.

17 January 2007

Tepen

Tadi, aku pegi Tepen. Taruh holter kat badan aku. Pasang 24 jam. Tak mandi sampai petang esok. Aku kena treat kat Makmal Jantung. Sama dengan aku tadi petang ialah seorang budak - kena sakit talesemia. Cute budak tu. Sian gak. Kecik lagi dah kena sakit. "aku sakit, ada orang lagi sakit."

Pro

Bila aku kutuk pembangkang, kata aku pro kerajaan. Bila aku kutuk kerajaan, kata aku pro pembangkang. Aku cuma nak jadi macam Hishammudin Rais -- Non-Governmental Individual (NGI) cuma tidak berfahaman Marxis jenis Groucho.

16 January 2007

Johor

Pergilah ke Johor. Tolong orang2 kat sana. Kalau aku sehat dah lama dah aku pegi. Kalau aku pegi jugak, kenalah orang2 yang nak tolong orang2 kat sana tolong aku. Aku cuma boleh tolong doa jer dari sini.

14 January 2007

Mufti

Pasal DR MAZA... er... er... no komen... macam jurucakap PAS jer... tp idea dia tadi malam menarik jugak. Tambah pulak idea dia isu mengendap. Teringat aku kat Ustaz Amin, ustaz masa aku ambik Undang2 Fekah masa aku part 3 degree dulu. Idea Ustaz Amin seakan-akan idea DR MAZA tadi malam.

Aku teringat aku ada tulis pasal Raja Sherina beberapa entry dulu, kali ni aku mintak dia dibebaskan, yang patut ditahan ialah orang yang keluar statement ratusan ribu orang murtad di negara ini.

Dan lagi aku harapkan sempena tahun baru ini kerajaan Perak dapat menggantungkan peraturan pengHARAMan Jom Heboh di negeri Perak.

Isu Semasa

Malam ni kat RTM 1 ada program Isu Semasa, dengan tajuk Ulama dan Masa Kini [tah.. aku lupalah], dengan jemputan Dr Mohd Asri Zainul Abidin [MAZA] dan dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar [Datuk JJ] bukan Syed Munawar.

Entah apa tujuan RTM adakan program ini. Jenuh aku cari apa tujuannya. Tetapi RTM mungkin bertujuan yang ini: 1. ingin jatuhkan air muka Dr MAZA. Atau yang kedua ingin menghebahkan pada orang ramai bahawa tidak baik mengendap orang lain bagi tujuan tangkap basah.

Kalau kerana tujuan <1.> memang tepat RTM bawa Datuk JJ bukan Syed Munawar. Aku yakin kali ni macam "debat" kerana Datuk JJ memang berkeboleh men"dictate" hujah orang. Aku tak yakin forum ini untuk tujuan <2.> Kalau untuk tujuan <2.>, RTM boleh saja ambil Syed Munawar [pengacara biasa bagi program Isu Semasa] atau Sabaruddin Ahmad Sabri sebagai pengacara.

13 January 2007

Batu Talam

Dari dulu dah aku kata. Baik boikot je pilihanraya umum. Nah, sekarang diorang dah buat keputusan nak boikot pilihanraya DUN Batu Talam. Opps.. tapi tu Pilihanraya Kecil. Aku nampak ada sedikit ketidak ikhlasan kat sini. Kalau betul SPR tu kuda tunggangan kerajaan, boikot pilihanraya umum.

11 January 2007

Busan

Aku dah taip panjang dah entry aku semalam. Tiba2 rumah aku black out. Habis semua yg aku tulis. Malas dah nak taip lagi.

09 January 2007

Dunia Baru

Aku agak tukang bikin drama Dunia Baru[DB] kat TV3 tu, misti pernah terserempak dengan Kroni Cikkiah ataupun pernah terlayar dengan blog Kroni Cikkiah ciptaan Mat Jan. Sila lihat sini untuk ke timbunan sisa-sisa saki-baki blog berkenaan.

Watak Madihah dalam drama tu buat aku ingat kat kawan lama aku Ekin. Ekincheng. Cakap Lepas. Kasar. Tapi ada jugak orang minat. Termasuklah aku. Ooops... dia dah jadi bini orang dah. Sorry yer Nazri.

Tah. Ke mana tah budak2 Kroni Cikkiah. MJ. Lan. Megat. Malee. Sha. Owin. Ekin. Yang aku tahu MJ dah jd Encik Ed. Malee, plak jd peguam kat Johor. Owin tak abis chambering lagi. Lan keje kat Shah Alam. Megat kejer dgn Petronas kat Sabah. Ekin baru2 ni dapat anak. Dgr citer gak dier skang keje jd cikgu. Cikgu Omputih. KPLI ke Cikgu Sementara ke Cikgu Sandaran ke, aku kurang periksa pulak. Sha pulak, jd peguam kat KL. Betul ke?

Dulu Sha pernah jd Presiden LawSoc[Annahita Bakavoli masa belajar law dulu kat skool aku pernah tanya, 'Bang, camne nak masuk Law Soc?" Aku jawap, "semua budak Law akan jd member LawSoc.] . Jd zaman tu semua aktiviti LawSoc budak2 Kroni Cikkiah pegang. Kiranya zaman tu aku aktiflah.

Macam siri tv Dunia Baru. Budak2 geng DB aje yg masuk teater arahan Madihah. Bila dengar kata2 Opie baru sat td, buat aku ingat kat Kroni Cikkiah, "aku dtg ni sbb ingatkan kawan aje." Cuma DB kali ni tak tunjuk kegilaan Kroni Cikkiah jer -- main boling. Kalau tidak aku boleh kata DB betul2 pernah terserempak dengan Kroni Cikkiah ataupun pernah terlayar dengan blog Kroni Cikkiah.

Yang lepas Law dlm kroni cuma 5 orang, MJ, Sha. Malee, Owin n Ekin. Megat. Lan. Aku. Kantoi. Aku sedar sgt sekerang -- fokus tu penting. Awas kalau hilang fokus. Akan hilang jugak balance. Bila dah takde balance -- senang jatuh!

01 January 2007

Situasi

Aku bagi kau satu situasi; si A koma akibat kemalangan jalanraya. Keluarganya asyik bertanya, kapankah agaknya dia akan sedar. Seminggu. Dua minggu. Sebulan. Dua tahun. Masa terus berlalu. Dia tak sedar2 juga. Terus koma. Dan bermimpi2 indah, asyik terbang melintasi angkasa raya.