11 November 2005

Duit Segalanya Bukan Luaran

Kelmarin [malam dua hari lepas] di TV3 di slot skrin raya disiarkan filem Melayu yang mendapat sambutan hangat – Cinta Kolestrol. Hangatnya sambutan daripada penonton sehinggakan filem tersebut dibuat versi Thai berjudul Cholestrol Teerak.

Filem ini merupakan sebuah filem dari seorang sarjana -- professor panggilannya. Razak Mohaideen sekali lagi mengecewakan penulis. Dari segi teknikalnya, memang filem ini hancur. Honestly. Tapi, penulis tak mahu emosi. Buang segala kekurangan teknikal. Buang dahulu, penampilan Ira (Erra yang di mekap gemuk) solekan pada tangannya seringkali merunsingkan penulis, lakonan Yusri yang sedikit keras dan ruang kosong dalam sejarah hidup semasa di sekolah, kedua-dua watak utama.

Ambil saja nilai-nilai kemanusiaan di dalamnya. Filem ini masih lagi ada kebaikannya -- itu yang penulis nampak. Memaparkan nilai-nilai hidup manusia yang masih berpegang kepada "judge a book by its cover". Kisah ini akan berterusan. Manusia akan tetap menilai manusia yang lain dari segi luaran. Yang laki mahukan seorang isteri yang cantik, bergaya, pandai (tidak melebihi dia) dan kurus. Dan yang perempuan pula masih lagi mahukan lelaki yang handsome, tampan, smart dan kaya (size doesn't matter). Itu masalah yang takkan selesai.

Dan filem ini berjaya membawa permasalahan tersebut, walaupun dengan tidak begitu berkesan. Babak ketika Ira dibawa oleh Yusri mengadap cermin, memang satu babak yang baik (bukan lakonan Yusri). Penghinaan ke atas golongan ini, memang satu wabak. Dalam realitinya, masih banyak lagi orang-orang yang seperti Yusri, mahukan teman wanita secantik Nadia (Aleeza Kassim) seperti dalam filem tersebut.

Namun, filem ini masih belum dapat lari lagi dengan filem-filem lain semasa. Watak dari golongan-golongan kaya tetap wujud. Dan ianya disampingi oleh harta benda, rumah besar, kenderaan mewah dan gaya hidup golongan-golongan berada. Walaupun watak Ira dalam filem ini - gemuk, namun dia memilik kekayaan. Agaknya, bagaimana penerimaan Yusri, jika Ira itu bukan sahaja gemuk, malahan miskin! Sudah tentu makin besar lagi penghinaan ke atas diri Ira.

Agaknya, penerbit mahu tackle golongan berada tonton filem ini. Yelah, cuma golongan berada sahaja yang mampu beli tiket panggung-panggung besar GSC atau TGV, yang berharga RM10 (betul? penulis dah lama tak pergi panggung). Dan cuma orang-orang ini sahaja yang mampu beli VCD original. Orang-orang yang tak mampu, cuma beli kat lanun-lanun cetak rompak.

Hey! C'mon. Wake up la! Entertainment is for all! Jadi orang-orang kayalah tolong korang (penerbit) ye. Fasal itu buat cerita semua tampilkan orang-orang kaya. Orang miskin cuma nak melingkupkan sahaja bisnes korang! Oops!! Terlepas cakap pula...

Di segi lakonan, penulis nak puji lakonan Abu Bakar Omar. Dia memang hebat. Mampu membawa watak bapa Ayie dengan baik. Yalah, mungkin wataknya dalam filem ini senang dibawa. Tiada masalah.

Pelakon-pelakon yang lain, setakat yang aku tengok, tak seorang pun mampu berlakon dengan berkesan (Yusri berlakon macam gay, Aleeza Kasim stereotype, Erra tak improve). Mungkin mereka boleh berlakon, tapi cabaran utama bagi seorang pelakon ialah membawa watak sehingga menimbulkan kesan kepada penonton. Dalam hal ni, aku tak nak salahkan pelakon. Mungkin kombinasi skrip dan kreativiti arahan juga memainkan peranan.

Kalau penulis diberi peluang mengarah filem ni, sudah pasti penulis akan olah skrip, ubah plot. Penulis akan ubah, Ira tetap tidak akan diterima oleh Yusri dan Yusri akan terus tidak sedar dengan kesalahannya. Kerana itulah realiti!

2 comments:

Anonymous said...

Very nice site! » » »

Anonymous said...

What a great site » » »