29 November 2005

Malaysia

Suasana di situ amat meriah. Aku melihat perpaduan Malaysia di situ.

Sesekali mereka yang berada di situ bergelak ketawa. Pelbagai bangsa. Cina, India, Melayu dan Orang Peribumi bersatu di situ.

Alangkah bahagianya kalau mereka boleh bersatu dalam mentadbir negeri ini, menyokong usaha-usaha sesuatu kaum untuk melakukan program di TV dan tiada lagi artis Cina, artis India atau artis Melayu.

Bukan sahaja pelbagai kaum – Cina, India dan Melayu – malahan di situ juga melibat lelaki dan perempuan.

Ada juga yang memakai tudung – aku takrifkan tahu agama – menunggu di luar. Menanti di dalam kereta sementara sang suaminya melihat untung nasibnya.

Mereka bergelak ketawa menceritakan atau dicerita tentang nasib masing-masing. Naikkah atau tidak? Hanya Tuhan yang tahu.

Banyak kali juga aku terdengar akan suara-suara yang kecewa. Nyata ada sesuatu yang mengecewakan mereka.

Sekali lagi mereka yang kecewa aku lihat terdiri daripada pelbagai bangsa. Mereka kecewa di saat orang lain mengaut keuntungan – juga pelbagai bangsa. Bukan sedikit jumlah keuntungan yang berjaya dikaut.

Di situ, di kedai itu, aku lihat negaraku yang tercinta Malaysia.

No comments: