Oleh MSK
Diketika Umno dan Pas sibuk dengan Harussani dan Hassan Ali. Diketika Lim Guan Eng sibuk dengan Nik Ali. Diketika Khalid Ibrahim sibuk dengan Noh Omar dan Khir Toyo. Dan ketika aku belum sempat habis dengan Jurang Generasi ini…tiba-tiba Anwar bercakap tentang Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. (boleh baca kat sini)
Adakah Anwar mengigau disiang hari? Tidak juga sebab dia berceramah waktu malam. Adakah dia hanya hendak menakutkan BN? Tidak juga.
Anwar sudah dapat melihat apa yang akan berlaku dalam pilihanraya akan datang. Bukan dengan mendengar ramalan Pak Akop, tapi ia ada kaitan dengan Jurang Generasi ini. Biar aku habiskan siri akhir ini…lepas tu aku rehat dua tiga hari…kemudian sambung dengan “Langkah Ke Putrajaya.” Aku tak tau apakah yang ada dalam kepala Anwar, tapi aku rasa aku boleh baca sikit-sikit selepas mendengar ‘ceramah’ selama dua hari dari salah seorang tokoh reformasi. Siapa dia, nanti aku bagi tau. Aku nak habiskan siri ini dulu.
Najib merupakan nama terakhir dalam teori ‘RAHMAN’. Secara teorinya juga, dia akan menjadi PM terakhir dari Umno. Secara realitinya, yang akan menguburkan Umno bukan Pas, PKR atau DAP tetapi kebangkitan dua generasi yang memberontak.
Umno hanya mengharapkan generasi Boomers untuk mengekalkan kuasa. Boomers bukan saja ada dalam Umno, tapi ada juga dalam Pas dan PKR. Lihat ciri-ciri Boomers, dan kita boleh agak siapa yang yang akan membantu Umno.
Boomers merupakan generasi monokultur. Orang Melayu mementingkan Melayu. Tak kisah kalau Melayu itu korup, Melayu itu boros…dia akan tetap sokong Melayu. Begitu juga dengan Boomers dikalangan orang Cina dan India. Samy Vellu tetap Samy Vellu. Dia akan tetap mahu menjadi hero orang India. Ibrahim Ali tetap akan jadi Ibrahim Ali.
Hassan Ali dan Mustapa Ali juga tergolong dalam generasi ini.Mereka lebih mementingkan Melayu dulu, baru Islam.
Dalam PKR pun ramai. Yang terbukti ialah Jamal dan Osman. Lagi kuat buktinya ialah Zul Nordin.
Boomers adalah golongan yang tunduk kepada undang-undang…biar pun undang-undang itu berat sebelah. Berapa ramai dikalangan Boomers yang turun kejalan raya? Nak edar risalah pun takut. Yang depa berani hanya bercakap dipentas ceramah. Itu pun depa pastikan mesti ada permit. Kalau tak ada permit, semua cabut.
Dan jangan cakap la pasai internet atau blog. Nak jemput depa, mesti ada surat rasmi..siap dengan kepala surat. Ramai AJK Kawasan yang tak datang mesyuarat kalau tak ada surat. Takat panggil dengan SMS, depa tak layan. Kalau datang pun, perkara pertama depa akan tanya..”pasai apa tak hantar surat?”
Tapi satu yang bagus, depa prihatin kat keluarga. Yang tak bagusnya…bila depa ada ramai bini. Masa untuk rakyat terlalu sikit….sebab masa habis melayan bini.
Gen X lebih terbuka dalam pemikiran. Mampuih pi la dengan undang-undang. Lebih-lebih lagi dengan undang-undang yang mencengkam…tetapi mereka bukan melanggar undang-undang!!
Majoriti Gen X tidak peduli lagi sama ada seseorang itu Melayu, Cina atau India. Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Melayu salah pun dia hentam. Cina salah pun dia lawan. India salah pun dia tentang.
Satu perkara penting, Gen X adalah generasi yang mula-mula menggunakan internet, walaupun jumlah yang sikit. Tapi mereka menjadi peneroka alam siber yang kemudiannya di eksploit sepenuhnya oleh Gen Y.
Satu lagi budaya baru yang dibawa oleh Gen X ialah mereka tidak lagi merasakan keluarga sebagai sesuatu yang wajib diberi tumpuan. Ini mungkin kerana saiz keluarga yang besar, (Boomers lebih pentingkan anak yang ramai). Gen X kurang mendapat perhatian dari ibu bapa dan ini menjadikan mereka rebellious dan menjadikan mereka survivors.
Mungkin itu sebabnya, mengapa tagline menentang kronisme dan nepotisme mendapat sambutan dikalangan Gen X.
Teknologi telah mengubah sikap Gen Y. Kalau dikalangan Boomers, sebarang salah laku boleh ditutup dibawah karpet. Tetapi dengan bantuan teknologi, semuanya terbongkar di internet.
Bukan saja salah laku Umno yang terbongkar, malah salah laku Pakatan Rakyat juga terbongkar. Tak ada yang boleh ditutup lagi. Gen Y menerima siapa saja sebagai kawan, tak kira dari Melayu, Cina atau India. Kebanyakannya hanya mengenali nama maya, tanpa mengenali peribadi seseorang itu. What the heck!!
Gen Y sangat kreatif, dan tidak akan mampu dikongkong oleh Boomers. Sikap mereka…”mampuih pi la”!! Selagi mereka memikirkan bahawa apa yang mereka buat adalah betul, mereka akan buat.
Dan dengan bantuan internet, Gen Y akan menjadi penggerak kepada perubahan yang dinantikan.
Tapi nanti dulu…perubahan yang akan berlaku bukan bermakna Pakatan akan berjaya. Sekiranya Pakatan juga tidak berubah seiring dengan kehendak mereka, Pakatan juga akan lingkup.
Aku tak mau cakap pasai Gen Z lagi. Yang paling tua baru berumur 15 tahun. Biarkan mereka bercinta dulu.
Dalam pilihanraya 99, ramai Gen X tak boleh mengundi sebab tidak mendaftar sebagai pengundi. Itu sebabnya, walaupun Anwar berjaya meledakkan reformasi, ianya masih belum mampu menggoncangkan UBN.Gen Y masih belum boleh mengundi.
Tahun 2004, tak payah nak ulang lagi la. Buat sakit hati saja.
Tahun 2008, Semua Gen X sudah boleh mengundi, manakala sebahagian Gen Boomers sudah mati. Dan sebahagian besar daripada Gen Y sudah boleh mengundi. (Mereka yang lahir sebelum 1986)
Dua tahun lagi, jumlah Gen Y akan meningkat dengan mendadak manakala jumlah yang sama dikalangan Boomers akan wafat. Ini yang ditakuti oleh BN. Tetapi apakah Pakatan boleh merasa selesa dengan kehadiran Gen Y ini? Dua komen yang terdapat dalam posting yang lalu, aku berpendapat mewakili sikap Gen Y.
“tam said: salam
bang mat, aku gen y pertengahan, soal kami lancarkan program spt langgar hadi dan kutuk serta tak hormat pada gen2 lebih tua adalah kerana kamu semua dan depa juga yang mengajarkan kami,
MENGAJAR KAMI UNTUK JUJUR, BENAR DAN ADIL DALAM HIDUP, SIAPA BENAR KITA SOKONG, SIAPA SALAH KITA TENTANG WALAU SIAPA PUN DIA, PANGKAT ATAU APA , CUMA BELUM BERANI GEN KAMI TENTANG SULTAN JA TU BIAQ ALLAH PULUN KE DEPA.
KAMI SAMA SEKALI TAK BLEH TERIMA SATU SARANAN GEN W,X UNTUK WALA’ DAN HORMAT DALAM MASA ADA MUNGKAR DEPA BUAT, DAN HORMAT DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN, INI CELAKA PUNYA SARANAN, INI LAH YG UMOO AJAQ , UNTUK JADI BALACI DAN KULI PADA SIAL DAN SETAN RAKYAT WALAUPUN MEREKA PENYAMUN, DISALUT DATO DAN DATO SRI TAN SRI DAN PU**MAK SRI! , MAAF KAMI HANYA KENAL KEBENARAN TIDAK PANGKAT.
INGAT GEN LAIN KAMI HARI INI ADALAH HASIL DARI PENGAJARANMU JUGA
YANG BENAR AKAN KAMI AMALKAN YANG SALAH KAMI SANGGAH!”
Dan yang ini.
“Nizam said: Kami memang menyokong pemimpin yang adil tapi kalau semua parti pemimpin dia macam LAHANAT, kami tak akan sokong lagi. Sampai satu tahap kami akan fikir siapa pun nak pimpin malaysia ni kamu semua punya pasal. Nak bagi pelingkup pun kamu semua punya suka. Semua tu di luar kawalan rakyat. Rakyat hanya pangkah tapi bila pangkah pemimpin yang dirasakan adil pun serupa umno jugak nak bagi pelingkup. Saya hampir-hampir termakan kata kawan yang mengatakan ahli politik semua sama je mana-mana parti pun. Buat masa ni masih bersangka baik pada PR tapi tak mustahil akan datang saya rasa ulama (siapa beri gelaran tah?) pun sama.”
Semasa PRU 2008, Pas, PKR dan DAP masih belum teruji.Majoriti rakyat tahu tentang keburukan Umno, tetapi tidak siapa yang tahu tentang keburukan Pakatan Rakyat. (Pakatan Rakyat pun belum ada masa tu). Lalu mereka memberi peluang kepada Pas, PKR dan DAP untuk membuktikan kemampuan mereka melakukan perubahan.
Tetapi selepas diberi kepercayaan, ada pihak dari Pakatan yang mahu bersekongkol dengan Umno. Ada pula pihak yang terus lompat memeluk umno. Pirrrrah!! Kita harapkan mereka melakukan perubahan kerana mereka menjanjikan perubahan, tetapi sebaliknya mereka pula yang mungkir janji.
Pengajaran yang kita dapat dari PRU 2008 ialah:
1. Kalau dulu kita ingat UBN saja yang boleh memerintah, sekarang kita tahu Pakatan juga boleh memerintah.
2. Kalau dulu kita ingat UBN saja yang kotor, sekarang kita tahu Pakatan juga kotor.
Siapa yang hendak diharapkan lagi untuk melakukan perubahan yang dimahukan oleh Gen X dan Gen Y?
65% daripada Gen X dan Gen Y masih belum memutuskan parti mana yang hendak disokong. Parti sudah tidak penting lagi…tetapi bergantung kepada individu yang bertanding. Gen X dan Gen Y tidak wala’ kepada parti. Gen X dan Gen Y tidak wala’ kepada pemimpin. Tetapi mereka wala kepada asas perjuangan. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Tak kira dari UBN atau Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment